Nov 03

KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI WAKIL TENTERA LAUT KUCHING KE ATAS KOMANDAN PULAPOL KUCHING

PULAPOL 02

KUCHING, 02 Nov – Kunjungan Hormat Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching, YBhg Lt Mohd Ismail Bin Yakub TLDM ke atas Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, YDH SAC Razali Bin Mohamad memantapkan lagi kerjasama dua hala antara kedua-dua pihak terutama aspek latihan di samping sebagai agensi yang mengawal keselamatan dan mempertahankan kedaulatan negara.

Hadir sama adalah Pegawai Laksana PSTL Kuching, Lt Kdr Kenny Wong Toh Wee PSSTLDM dan Pembantu Pegawai Staf PSTL Kuching, Lt M Nurharun Bin Samsuddin PSSTLDM berlangsung selama satu jam banyak membincangkan hal-hal yang berkaitan terutama dari segi latihan, penggunaan kemudahan lojistik dan pusat latihan sebagai memantapkan kemahiran warga PSTL Kuching dalam semua aspek.

Pihak PULAPOL Kuching juga sedia berkongsi kepakaran dan ilmu pengetahuan dalam bidang persenjataan serta perundangan sebagai memantapkan lagi kemahiran setiap warga.

Kunjungan Hormat telah diadakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard seperti yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak bagi mengelak penularan wabak COVID-19

Sumber : PR PWTL Kuching
Artikel   : Lt M Syful Mirza bin Alluwie PSSTLDM
Foto      : LK I TNL Muhammad Zulhisyam bin Mohd Zuki

Last modified on Rabu, 03 November 2021 04:50

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 822

Semalam 978

Bulan ini 6948

Keseluruhan 1290397

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM