Nov 10

WARNA TINTA HIJAU DI DOKUMEN TLDM

Tinta Hijau

Tahukah Anda, apakah rasional Panglima Tentera Laut (PTL) menggunakan tinta warna hijau, bukan warna hitam atau biru?

Ramai warga Navy People mengetahui bahawa sebahagian besar catatan di persuratan di dalam TLDM, sektor awam serta swasta adalah menggunakan tinta warna hitam, biru atau merah. Namun ramai tidak mengetahui sebab dan rasional penggunaan warna hijau oleh Panglima Tentera Laut negara-negara Komanwel.

Rasional Penggunaan Warna Hijau oleh PTL

Amalan di mana PTL di negara Komanwel menggunakan tinta hijau untuk menulis catatan dan menandatangani surat-menyurat pentadbiran adalah berasal dari tradisi Tentera Laut Diraja British. Warna ini mula digunakan semasa pelantikan Laksamana Sir Jackie Fisher sebagai Sea Lord Tentera Laut Diraja British di awal Perang Dunia Pertama. Dalam biografi Fisher (The Life of Lord Fisher of Kilverstone, Vol 2 [1929], 161), Laksamana Bacon menceritakan bahawa sekembalinya Admiral Sir Fisher ke Lord of Admiralty pada bulan Oktober 1914 atau kini dikenali sebagai Admiralty Board (Jawatankuasa Laksamana - JLAKS), beliau memulakan label khas 'RUSH' untuk mempercepatkan pengagihan surat-menyurat pentadbiran.

Apabila mendapati bahawa Lord of Admiralty sebelum beliau iaitu Sir Winston Churchill telah menggunakan pen dakwat merah untuk minitnya, Sir Fisher telah menggunakan warna hijau dan menjadikan warna ini warna penulisan Sea Lord secara eksklusif. Amalan dan tradisi ini telah diteruskan oleh Sea Lord Tentera Laut Diraja British dan PTL negara-negara Komanwel sehingga sekarang. Di dalam TLDM, penggunaan tinta warna hijau ini telah ditetapkan di dalam Buku Rujukan Laut (BRL) TLDM iaitu BRL 1210-2 (Manual Pengurusan Fail dan Persuratan TLDM)

Diharap maklumat yang dikongsi ini memberi manfaat dan boleh dijadikan rujukan apabila berurusan dengan pihak yang berkaitan di masa akan datang.

Sumber : 1. RMN Chief Engineer Office, Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
              2. Royal Australian Navy
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung

Last modified on Rabu, 10 November 2021 00:15

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 810

Semalam 978

Bulan ini 6936

Keseluruhan 1290385

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM