Nov 10

UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK (UKM) SENJATA KECIL PWTL KUCHING

UKM 010

KUCHING, 06 Nov – Seramai 54 orang pegawai dan anggota melibatkan PWTL Kuching, PSTL Kuching, Tim Nukleus MAWILLA 4 dan PSSTLDM telah melaksanakan Ujian Kemahiran Menembak (UKM) Senjata Kecil di Lapang Sasar Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching.

Acara dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching, Lt Mohd Ismail bin Yakub TLDM dan penerangan berkenaan dengan langkah keselamatan semasa penembakan dijalankan oleh Jurulatih Persenjataan, BM PAP Kerron anak Bujang.

Ujian Kemahiran Menembak ini diadakan secara tahunan untuk menguji dan mempertingkatkan lagi kecekapan dalam mengendalikan senjata kecil, sebagai asas ketenteraan dan mematuhi Arahan Latihan yang dikeluarkan. Secara tidak langsung, kerjasama berpasukan dapat dipupuk dari kalangan warga, memperkukuhkan lagi keyakinan diri semasa menembak dalam pelbagai rutin jarak berbeza menggunakan senjata kecil serta memperkasakan peranan warga dalam aspek persenjataan.

Sumber : PR PWTL KUCHING
Artikel   : Lt M Syful Mirza bin Alluwie PSSTLDM
Foto      : BM TNL Rome bin Paimin

Last modified on Rabu, 10 November 2021 03:11

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 839

Semalam 978

Bulan ini 6965

Keseluruhan 1290414

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM