Nov 12

MESYUARAT PROJECT MANAGEMENT REVIEW KETIGA PEROLEHAN HOM TLDM

HOM UtamaDato' Seri Muez bersama Tan Sri Mohd Reza dapat melihat dengan mata
sendiri perkembangan perolehan HOM TLDM

VERGIATE, 10 Nov - Mesyuarat Project Management Review (PMR) Ketiga kontrak perolehan tiga buah Helikopter Operasi Maritim (HOM) TLDM telah diadakan hari ini bertempat di premis Leonardo Helicopter di Vergiate, Itali. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Seri Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia bagi membincangkan status pembinaan dan kemajuan projek bagi HOM TLDM dari jenis AW139 yang dijangka akan memasuki perkhidmatan TLDM pada suku tahun kedua 2022. Turut hadir YBhg Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Laut.

Mesyuarat turut dihadiri wakil dari Kementerian Kewangan, Datin Rashidah binti Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Laksamana Muda Dato’ Roslan bin Mohd Yunus, Panglima Wilayah Laut 2 dan Laksamana Pertama Ahmad Shafirudin bin Abu Bakar, Panglima Udara TLDM.

Delegasi dibawa melihat sendiri proses pemasangan helikopter dengan lebih dekat di final assembly line.

Delegasi turut berpeluang untuk mengikuti penerbangan bagi dua buah HOM yang telah sedia untuk menjalani fasa Pre-Delivery Inspection (PDI) dalam masa terdekat.

Sumber : Pasukan Projek HOM TLDM

Last modified on Jumaat, 12 November 2021 00:37

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 822

Semalam 978

Bulan ini 6948

Keseluruhan 1290397

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM