Nov 17

ASAL USUL LENCANA (INSIGNIA) JURUTERA PROFESIONAL DI DALAM TLDM

gambar logo


Tahukah Anda, Asal Usul Lencana (Insignia) Jurutera Profesional?

Ini disebabkan ramai dipercayai tidak mengetahui latar belakang dan asal usul lencana tersebut.

Asal Usul Lencana

Hasrat untuk mewujudkan Lencana Profesional adalah cetusan idea Panglima Tentera Laut ke-13, Laksamana Tan Sri Ilyas bin Haji Din pada tahun 2005. Hasrat ini telah disampaikan kepada Ketua Jurutera TLDM ke-9, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Ir. Haji Jasan Ahpandi bin Sulaiman. Susulan hasrat ini, Kepten Ir. Azhar bin Jumaat TLDM (Bersara) dan Lt Kdr Ir. Loke Wei Hoo TLDM (Bersara) telah merekabentuk lencana tersebut dan diluluskan untuk pemakaian oleh Pengurusan Tertinggi TLDM dan ATM.

Sejak tahun 2005, hampir 100 Pegawai TLDM telah berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Jurutera Profesional daripada Lembaga Jurutera Malaysia berdasarkan Akta Pendaftaran Jurutera 1967 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Jurutera 1990. Jumlah ini adalah 2% daripada lebih kurang 20,000 Jurutera Profesional yang berdaftar di Malaysia.

Sebagai maklumat terkini warga Navy People, pemakaian lencana Jurutera Profesional akan diperluaskan penghujung tahun ini kepada Teknologis Profesional dan juga Certified Technician, dengan sedikit pengubahsuaian seperti foto disertakan.

Warga Navy People wajar berbangga dengan inisiatif dan pencapaian ini bagi kecemerlangan organisasi. Selain itu ianya wajar dijadikan inspirasi untuk warga Navy People berusaha ke arah mencapai kedudukan terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi.

Sumber: RMN Chief Engineer Office, Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel: Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto: Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut

Last modified on Rabu, 17 November 2021 04:03

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 831

Semalam 978

Bulan ini 6957

Keseluruhan 1290406

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM