Nov 23

KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI MEMERINTAH REJIMEN KE-7 ARTILERI DIRAJA

WhatsApp Image 2021 11 23 at 17.28.59
Pegawai KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL bersama delegasi
Rejimen Ke-7 Artileri Diraja

Tg Pengelih 23 Nov 21 – Pegawai Memerintah KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL, Kdr Segar a/l Muniandy TLDM telah berbesar hati menerima kunjungan hormat Pegawai Memerintah Rejimen Ke-7 Artileri Diraja, Leftenan Kolonel Mohamed Ridzal bin Radzuan dan delegasi.

Kapal yang sedang dalam Op BENTENG LAUT telah merapat di Jeti Tambatan Pangkalan Tanjung Pengelih bagi tujuan ulang bekal. Rejimen ke-7 Artileri Diraja kini sedang melaksanakan Op MERPATI di sekitar pantai timur Johor dan kedua-dua pihak telah mengambil peluang ini untuk berkongsi serta bertukar maklumat berkaitan operasi yang dilaksanakan di KTJ masing-masing. Sesi ini turut disertai oleh Pegawai Kapal dan Pegawai dari 7 RAD. Maklumbalas yang positif diterima oleh kedua-dua pihak di atas inisiatif yang dilaksanakan ini.

Artikel : Pegawai Perhubungan Raya KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL
Foto : LK II JTP Muhammad Izzat bin Sakdin

Klik Ke galeri

Last modified on Selasa, 23 November 2021 09:47

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 844

Semalam 978

Bulan ini 6970

Keseluruhan 1290419

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM