Raya PROTELAWarga PROTELA Lumut bergambar bersama sebagai kenangan

LUMUT, 28 Jun – Bertempat di serambi PROTELA Lumut telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga PROTELA Lumut 2019/1440H. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Asisten Marsyal Provos (AMP) Kdr Farizan bin Hussain TLDM, Pegawai Laksana (XO) Lt Kdr Mohd Asuwadi bin Mat Yacob TLDM, Pegawai-pegawai serta warga PROTELA Lumut.

Majlis bertujuan untuk meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan mengeratkan hubungan pertalian silaturrahim diantara warga. Pelbagai jenis menu dan santapan yang disajikan antaranya lemang, sate, nasi himpit, kek, buah-buahan, rendang dan banyak lagi. Ucapan penghargaan dari AMP kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Acara sebegini sudah menjadi `tradisi` bagi warga PROTELA Lumut meraikan Aidilfitri bersama-sama agar keceriaan sentiasa terpancar dibulan yang mulia ini. Dalam majlis yang sama juga AMP sudi memberi cenderahati kepada anggota yang bertukar keluar dan menimang cahaya mata pertama. Akhir kata serangkap pantun daripada beliau.

Majlis Aidilfitri Meriah Dirai,
Pelbagai Juadah Enak Disaji,
Terima Kasih Daun Keladi,
Moga Tahun Hadapan Bersua Lagi.

Sumber : Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut

Klik ke galeri

KANM MPKSKetua Audit Negara Malaysia dan Panglima Tentera Laut bersama Tim Audit
serta pegawai-pegawai dari Markas Pemerintahan Kapal Selam

KOTA KINABALU, 27 Jun – Ketua Audit Negara Malaysia (KANM), Yang Berbahagia Dato’ Nik Azman bin Nik Abdul Majid telah melakukan lawatan rasmi ke Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS) bersempena dengan kajian audit terhadap pengurusan dan pengoperasian kapal selam TLDM yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara.

KANM bersama delegasi yang turut disertai oleh pegawai-pegawai Jabatan Audit Negeri Sabah (JANS) telah disambut oleh Panglima Tentera Laut (PTL), Asisten Ketua Staf Kejuruteraan (AKS JUTRA), Markas Tentera Laut (Mk TL) dan Panglima Angkatan Kapal Selam (PAKS) serta pegawai-pegawai kanan Angkatan Kapal Selam (AKAS) TLDM.

Aturcara lawatan ini telah dimulakan dengan sesi taklimat di Bilik Mesyuarat MPKS di mana beberapa siri taklimat telah disampaikan oleh AKS JUTRA dan Ketua Staf MPKS merangkumi pengenalan AKAS TLDM, pengurusan kontrak dan refit kapal selam di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. Taklimat bertujuan memberikan gambaran jelas berkaitan penyelenggaraan kapal selam terutamanya yang melibatkan aspek pematuhan kepada prosedur, pengurusan kewangan, pengurusan alat ganti dan pengendalian kontrak ISS serta refit kapal selam secara keseluruhannya.

Selesai taklimat, KANM dan delegasi telah dibawa melawat ke Pusat Latihan Kapal Selam (PLKS), dan kedua-dua buah kapal selam negara. Delegasi telah diberi peluang melihat dan menimba pengalaman menyelam dengan menggunakan simulator selaman.
Lawatan ini telah diakhiri dengan sesi tandatangan buku pelawat dan penyerahan cendera kenangan. Audit dan lawatan ini telah dapat memberikan kefahaman yang baik tentang cabaran yang dihadapi TLDM di dalam menguruskan aset strategik negara. Kerjasama yang semakin erat di antara JAN dan TLDM juga telah dapat ditingkatkan melalui lawatan ini.

Sumber : Pejabat Logistik
Artikel   : Lt Muda Muhammad Anas bin Zulkornain TLDM
Foto      : PW I PBS Mohd Sakri bin Lazim

Klik ke galeri

UTAMA PANGWILLA 3 menyempurnakan Upacara Penutup SEA EX THAMAL 65 2019PANGWILLA 3 menyempurnakan Upacara Penutup SEA EX THAMAL 65 2019

LANGKAWI, 24 Jun – Eksesais SEA EX THAMAL 65/2019 telah berlangsung dengan jayanya mulai 20 - 24 Jun 19 dimana Upacara Pembukaan telah diadakan di 3rd Naval Area Command, Phuket Thailand dan Upacara Penutup di Markas Wilayah Laut 3 (MAWILLA 3), Langkawi. Eksesais ini telah disertai oleh pihak TLDM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin, Royal Thai Navy dan Polis Marin Thailand yang melibatkan aset-aset seperti KD HANDALAN, HTMS SONGKHLA, KM MARLIN, PGM 992 dan PA 50.

Upacara penutup telah disempurnakan oleh Panglima Wilayah Laut 3, Laksamana Pertama Mohamad Azuwan bin Harun di Dewan Wan Darus, Pangkalan TLDM Langkawi. Upacara ini turut dihadiri oleh Chief Of Staff 3rd Naval Area Command, Rear Admiral Kristana Kunteeya RTN, dan Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Awam PDRM, Dato’ Zainal Abidin bin Kassim.

Memetik ucapan Panglima Wilayah Laut 3, beliau berharap agar eksesais ini dapat diteruskan di masa hadapan dalam mengeratkan hubungan kerjasama yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Thailand selain dapat membangkitkan lagi tahap kemahiran dan profesionalisme warga yang terlibat.

Upacara diakhiri dengan sesi bergambar di Parkir Blok Bujang MAWILLA 3.

Sumber  : Markas Wilayah Laut 3

Artikel    : Lt Dya Siti Hajar binti Talha PSSTLDM

Foto       : LK I TLS Noor Azrul Amirullah bin Mat Zin

Klik ke galeri

Utama Fair Winds and Following Seas DatoFair Winds and Following Seas, Dato'

LANGKAWI, 22 Jun – Mantan Panglima Armada Barat (PAB), Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli bersama-sama isteri, Datin Nurlaila bte Abd Latif telah melaksanakan Lawatan Penghargaan ke Markas Wilayah Laut 3 (MAWILLA 3). Program selama dua hari yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk menghargai jasa dan khidmat bakti PAB sepanjang perkhidmatan beliau selama hampir 42 tahun di dalam TLDM.

Lebih istimewa dan bermakna lagi buat warga MAWILLA 3, PAB pernah memegang tampuk pemerintahan Panglima Wilayah Laut 3 yang ke-8 sepanjang pemerintahnnya. Terdapat beberapa pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh PAB termasuklah menaiktaraf Pusat Perubatan dan Pusat Pergigian Angkatan Tentera Langkawi. PAB dan isteri telah tiba di MAWILLA 3 pada 21 Jun 19 di mana beberapa aktiviti telah dilaksanakan iaitu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri BAKAT (L) MAWILLA 3 serta Majlis Barbeku PAB bersama warga MAWILLA 3 yang diadakan pada sebelah malam.

Seterusnya, program Lawatan Penghargaan PAB disambung keesokan harinya dengan Perbarisan Penghargaan PAB, Majlis Ucapan Penghargaan serta Street Lining PAB. Perbarisan diketuai oleh Pegawai Staf Operasi MAWILLA 3, Lt Kdr Mohd Hazfanizam bin Razali TLDM. Memetik kepada ucapan penghargaan PAB, beliau merasakan amat terharu dengan sambutan oleh warga MAWILLA 3 dan menyeru agar semua warga terus berganding bahu dalam mencapai misi dan visi TLDM di masa hadapan.

Selesai lawatan, PAB dan isteri telah bertolak pulang ke Pangkalan TLDM Lumut dengan menaiki pesawat Fennec di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Sumber  : Markas Wilayah Laut 3

Artikel    : Lt Dya Siti Hajar binti Talha PSSTLDM

Foto       : LK I TLS Noor Azrul Amirullah bin Mat Zin

Klik ke galeri

Serah Terima Tugas PABSerah Tugas Panglima Armada Barat berjalan lancar

LUMUT, 24 Jun – Hari ini memahat sejarah kepimpinan tertinggi di Armada Barat apabila Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli secara rasminya menyerahkan tampuk pemerintahan Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) kepada Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah. Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan telah diberi kepercayaan bagi memimpin warga Navy People di Pangkalan TLDM Lumut sebagai Panglima Armada Barat ke-24 sekaligus menjadi panglima terkanan di Pangkalan TLDM Lumut.

Upacara penyerahan tugas ini telah disaksikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany yang sebelum itu telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 8 orang Pegawai Kanan TLDM termasuk Panglima Armada Barat yang baharu. Senarai Pegawai yang telah dinaikkan pangkat adalah seperti berikut:

a. Laksamana Muda ke Laksamana Madya
1) Laksamana Muda Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah.

b. Laksamana Pertama kepada Laksamana Muda
2) Laksamana Pertama Roslan bin Mohd Yunus.

c. Kepten TLDM kepada Laksamana Pertama
3) Kepten Sahak bin Omar TLDM

d. Komander TLDM kepada Kepten TLDM
4) Komander Abd Halim bin Kamarudin

e. Leftenan Komander TLDM kepada Komander TLDM
5) Lt Kdr Mazri bin Sayudin TLDM
6) Lt Kdr Norhasram binti Mohamad Muharami TLDM
7) Lt Kdr Ahmad Hezry bin Ab Majid TLDM
8) Lt Kdr Muhamad Nazer bin Abdullah TLDM

Panglima Tentera Laut seterusnya menyaksikan upacara serah terima tugas yang telah dimulakan dengan jawatan Panglima Pendidikan dan Latihan di antara Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah kepada Laksamana Muda Khalid bin Jaafar dan diakhiri dengan majlis serah tugas bagi jawatan Panglima Armada Barat di antara Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli dan Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah. Warga Navy People turut sama menyaksikan upacara penurunan insignia pemerintah dan pertukaran teropong simbolik pertukaran tampuk pemerintahan.

Selesai majlis, warga Navy People turut melaksanakan perarakan menghantar pulang atau ‘Send Off Street Lining’ bagi memberi penghormatan terakhir kepada Laksamana Madya Dato’ Rusli dan isteri, Datin Nurlaila Abd Latiff.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Raya MAWILLA 1Wajah-wajah ceria anak-anak kecil beratur untuk mendapatkan duit raya

KUANTAN, 22 Jun – Bertempat di Auditorium Al-Haimi, Pangkalan TLDM Tg Gelang, Majlis Sambutan Aidilfitri Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) 2019 telah berlangsung dengan meriah. Majlis ini dihadiri oleh semua warga MAWILLA 1 bersama keluarga dan tetamu jemputan MAWILLA 1.

Panglima Wilayah Laut 1 (PANGWILLA 1) Laksamana Muda Abu Bakar bin Mohd Ajis dan isteri Puan Mazuiyah binti Mohd Dom turut bersama bagi memeriahkan majlis. Satu kali das tembakan meriam buluh merupakan gimik permulaan majlis. PANGWILLA 1 seterusnya membuat lawatan ke gerai-gerai juadah hari raya dan sempat beramah mesra bersama warga Navy People MAWILLA 1. Juadah hari raya seperti lemang, satay, rendang, dodol dan beberapa juadah lain yang disajikan semasa majlis ini adalah disediakan sendiri oleh unit-unit di bawah naungan MAWILLA 1.

Majlis diteruskan dengan sesi jamuan dan warga Navy People MAWILLA 1 dihiburkan oleh Band Rhythm One yang mendendangkan lagu-lagu instrumental nostalgia hari raya. Bagi meraikan kanak-kanak yang hadir, PANGWILLA 1 bersama isteri dan Ketua Staf MAWILLA 1 dengan berbesar hati menghulurkan sampul duit raya. Jelas terpancar di raut wajah hadirin keceriaan dan seloka sesama warga Navy People menggamitkan lagi suasana ceria hari raya.

Pertandingan Pakaian Sedondon, Bujang Macho, Anggun Pesona dan Comel Bergaya menjadi acara penutup Majlis Sambutan Aidilfitri MAWILLA 1 pada tahun ini. Senyuman para hadirin yang hadir dirakamkan sebagai tatapan dan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Majlis sebegini diharapkan dapat mengukuhkan lagi silaturrahim dan ukhwah di kalangan warga MAWILLA 1 khasnya dan Navy People amnya.


Sumber : Komunikasi Strategik MAWILLA
Artikel   : Komunikasi Strategik MAWILLA
Foto      : LK PBS Mohd Shahfulnizam bin Abu Kasim
            : LK PAP Saiful bin Ahmad Nasir

Klik ke galeri

Mesyuarat KKMAhli yang hadir ke Mesyuarat KKM bergambar bersama Panglima Tentera Laut

KUALA LUMPUR, 20 Jun- Seramai 72 peserta dari 50 syarikat ahli Kumpulan Kerja Maritim (KKM) seluruh negara telah hadir Mesyuarat KKM MIDES Siri 1/2019 yang telah dilaksanakan di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia.

Mesyuarat ini julung kali dipengerusikan oleh Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Laut selaku Pengerusi KKM dengan matlamat 'Memperkasa Industri Tempatan'. Matlamat ini adalah salah satu sasaran yang disenaraikan dalam rangka cadangan bagi mencapai dasar self-reliance yang terkandung dalam draf Kertas Putih Pertahanan negara.

Sepanjang mesyuarat, ahli yang hadir juga tidak melepaskan peluang mengutarakan pandangan, cadangan dan soal jawab ke arah memperkasakan industri maritim tempatan.

Sumber : Sekretariat KKM MIDES
Artikel   : Laksda Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah - AKS JUTRA
Foto      : LK TNL Mohammad Idris bin Suradi - PR MkTL

Fleet Review PABHormat! Laksamana Madya Dato’ Rusli Ramli dan Datin Nurlaila
menyambut tabik hormat dari warga kapal

LUMUT, 20 Jun – Fleet Review atau Lintas Hormat Armada bersempena Penghargaan Panglima Armada Barat ke-23 telah berlangsung penuh istiadat tentera laut di sekitar Perairan Pulau Pangkor, Perak. Upacara lintas hormat ini telah dihadiri oleh Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli, Panglima Armada Barat ke-23 dan Jawatankuasa Laksamana Armada Barat.

Lintas Hormat Armada telah melibatkan sebanyak 13 buah kapal TLDM, iaitu KD MAHAWANGSA, KD PERANTAU, KD LEKIU, KD JEBAT, KD KASTURI, KD GAGAH SAMUDERA, KD TEGUH SAMUDERA, KD LAKSAMANA HANG NADIM, KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL, KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN, KD LAKSAMANA TAN PUSMAH, KD LEDANG dan KD JERAI. Aset Udara TLDM iaitu SUPERLYNX dan FENNEC turut sama menyertai lintas hormat ini dengan terbang melintasi kapal platform 11 pagi. KD MAHAWANGSA telah dipilih menjadi platform bagi menempatkan tetamu jemputan dan KD KASTURI telah menjadi platform yang memberikan 15 das tembakan ‘gun salute’ sebagai tanda perasmian lintas hormat bermula.

Sebelum melintasi kapal platform, kelihatan warga kapal segak mengambil posisi ‘Manning The Side’ di bahagian kanan kapal dan seterusnya Pegawai Memerintah, Pegawai dan Bintara telah memberi tabik hormat. Tiupan tetuang ‘Pipe The Still’ dan 'Pipe Carry On’ turut dilaksanakan sepertimana ritual tentera laut.

Panglima Armada Barat juga sempat beramah mesra bersama warga Navy People yang terlibat sebelum menaiki helikopter pulang ke Pangkalan TLDM Lumut.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

 

Perbarisan MPABLaksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli memeriksa kontinjen buat kali
terakhir sebelum menyerahkan tampuk pemerintahan isnin ini

LUMUT, 19 Jun – Perbarisan Penghargaan Panglima Armada Barat telah dilaksanakan di Padang Kawad KD PELANDOK, Pangkalan TLDM, Lumut dengan penuh tradisi tentera laut. Perbarisan ini merupakan perbarisan yang terakhir daripada warga Navy People sebagai tanda penghargaan bagi Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli setelah beliau mengambil alih tampuk pemerintahan tertinggi di Armada Barat sejak 15 Nov yang lalu.

Perbarisan pagi ini melibatkan 17 Pegawai dan 424 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang tampil segak berpakaian istiadat No.1 TLDM. Kdr Erman Shahril bin Adlan TLDM bersemangat memimpin kontinjen serta dibantu Pegawai Waran Perbarisan iaitu Pegawai Waren 1 PBS Roslan bin Yaacob.

Melengkapi ritual perbarisan ini, Panglima Armada Barat telah mengambil tabik hormat serta memeriksa perbarisan warga Navy People. Laungan ‘Gempur Wira’ penuh semangat mempamerkan penghargaan tertinggi warga Navy People kepada kepimpinan tertinggi ini. Lintas hormat oleh skuadron udara TLDM turut memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin ini.

Formasi Sauh yang dilaksanakan di akhir perbarisan adalah simbolik kesatuan kesemua warga Navy People di samping menyemat rasa cintakan perkhidmatan TLDM. Majlis berakhir dengan acara ramah mesra antara Laksamana Madya Dato’ Rusli bin Ramli bersama warga Navy People yang hadir.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

PWMPegawai Waran TLDM serta Pegawai Waran Markas yang hadir bergambar
bersama Panglima Markas Wilayah Laut 1

KUANTAN, 17 Jun – Markas Wialayah Laut 1 (MAWILLA 1) telah melaksanakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Waran Markas (PWM) di Auditorium Al-Haimi. PW I JTP (H) Mohammad Khan b Hj Mohd Newaz, Pegawai Waran Markas Wilayah Laut 1 yang ke-3 telah dilantik secara rasminya dalam satu majlis yang dikendalikan sepenuhnya oleh Markas Wilayah Laut 1. PW I TMK Syed Faizal bin Abu Bakar akan bertukar keluar ke KD SRI GOMBAK untuk tumpangan peralihan seterusnya akan menjalani kursus di PERHEBAT.

Upacara majlis serah terima tugas, penyerahan insignia serta simbolik PWM telah disaksi dan disempurnakan oleh Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Abu Bakar bin Mohd Ajis.

Turut hadir Pegawai Waran TLDM, PW I TMK Muhammad Eizad bin Ramli, Pegawai Waran MPAB, PW I PAP (GI) Abu Bakar bin Amat, Pegawai Waran Markas Pemerintahan PKL, PW I PAP (PKL) Russli bin Basah, Pegawai Waran Markas PHN, PW I TNL Mohamad Sufian bin Dibok dan Pegawai Waran MU TLDM, PW I TNL Ratnawati binti Hj Muhamad.

Sumber : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel   : PW II TNL Ahmad Hafiz bin Yahya
Foto      : LK PAP Saiful bin Ahmad Nasir

Klik ke galeri

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 266

Semalam 723

Bulan ini 15630

Keseluruhan 730143

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM