VD7A4410

KUALA LUMPUR, 14 Okt - Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany telah menyempurnakan pemakaian pangkat 12 pegawai kanan TLDM dan 6 pegawai PSSTLDM dalam satu majlis yang diadakan di KD SRI GOMBAK hari ini.

Mendahului senarai Laksamana Pertama Abd Halim bin Hj Shaari dan Laksamana Pertama Khir Junaidi bin Idris yang dinaikkan pangkat ke Laksamana Muda.

Pegawai-pegawai kanan TLDM dan pegawai PSSTLDM lain yang dinaikkan pangkat adalah seperti berikut:
1. Kept Zahari bin Hj Samsuri TLDM dinaikkan ke pangkat Laksamana Pertama
2. Lt Kdr Shah Dziaul Haq bin Jusop TLDM dinaikkan ke pangkat Komander TLDM
3. Lt Kdr Mohd Jhairunie bin Mohamaed TLDM dinaikkan ke pangkat Komander TLDM
4. Lt Kdr Muhamad Azli bin Adnan TLDM dinaikkan ke pangkat Komander TLDM
5. Lt Kdr Thamendran A/L Khrisnan Kutty TLDM dinaikkan ke pangkat Komander TLDM
6. Lt Kdr Ahmad Shahir bin Hasnan TLDM dinaikkan ke pangkat Komander TLDM
7. Lt Kdr jantan bin Abdul Hamid TLDM dinaikkan ke pangkat Komander TLDM
8. Lt Kdr Khairulniza binti Kamarulzaman TLDM dinaikkan ke pangkat Komander TLDM
9. Lt Kdr Noorulzaki bin A. Rahman TLDM dinaikkan ke pangkat Komander TLDM
10. Lt Kdr Ahmad Kamimi bin Abdul Hamid TLDM dinaikkan ke pangkat Komander TLDM
11. Lt M Mohd Mustafa bin Zainal Abidin PSSTLDM dinaikkan ke pangkat Lt Madya PSSTLDM
12. Lt M Iqleema binti Fadzil PSSTLDM dinaikkan ke pangkat Lt Madya PSSTLDM
13. Lt M Hanis Nadiah binti Mohd Ali PSSTLDM dinaikkan ke pangkat Lt Madya PSSTLDM
14. Lt M Noor Adibah binti Md Akhir PSSTLDM dinaikkan ke pangkat Lt Madya PSSTLDM
15. Lt M Nordalilah binti Abdullah PSSTLDM dinaikkan ke pangkat Lt Madya PSSTLDM
16. Lt M Nurhidayah binti Che Rahim PSSTLDM dinaikkan ke pangkat Lt Madya PSSTLDM

Selesai pemakaian pangkat, Panglima Tentera Laut telah menyaksikan serah terima tugas Asisten Ketua Staf Pentadbiran dan Sekretariat di antara Komander Syed Azman bin Syed Tahir TLDM dan Laksamana Pertama Ahmad Asri bin Yaacob.

Turut hadir Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Abdul Rahman bin Ayob dan Komander National Task Force, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut
Artikel   : Lt Norzuhaira binti Ruhainie PSSTLDM
Foto      : LK TNL Mohd Badrul Hisham bin Che Hussin

MINDEF Prihatin 2Panglima Tentera Laut menerima Bakul MINDEF Prihatin yang disampaikan
oleh Menteri Kanan Pertahanan

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Seramai 1,500 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah menerima sumbangan bakul makanan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam Majlis Penyerahan Bakul Makanan di bawah program MINDef Prihatin hari ini.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein bersama Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Program MINDEF Prihatin ini merupakan kerjasama di antara Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dengan MAFI.

Sebagai simbolik pelancaran, bakul makanan telah diagihkan kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz dan semua panglima perkhidmatan termasuk Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany.

Sumbangan yang diagihkan kepada 1,125 warga ATM dan 375 warga MINDEF adalah berupa barangan keperluan asas seperti sayur sayuran, buah-buahan dan produk-produk industri makanan.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut
Foto      : LK PNK Muhamad Fairuz bin Muhamad Azman

PANGLIMA GARANG

LUMUT, 1 Okt - Panglima Tentera Laut dan warga Navy People berbesar hati kerana Kepten Yang Dipertua TLDM, DYMM Sultan Selangor berkenan menyempurnakan upacara penamaan dan pentauliahan KD PANGLIMA GARANG di Pangkalan TLDM Lumut.

Ketibaan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj disambut Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM; Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato' Abdul Rahman bin Ayob bersama Panglima Pasukan Khas Laut, Laksamana Pertama Hj Mohd Redzuan bin Hj Talib.

Tarikh 1 Oktober 2021 ini diambil bersempena dengan tarikh hari ulang tahun penubuhan Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang ke-39.

Di dalam sejarah Kesultanan Negeri Selangor, nama Panglima Garang merupakan gelaran yang dianugerahkan kepada Pahlawan Melayu yang mempunyai sifat keberanian dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tengku Panglima Besar Raja Abdul Samad yang kemudian ditabalkan sebagai Sultan Selangor ke-4. Panglima Garang merupakan seorang pendekar yang sangat handal di dalam permainan senjata dan memiliki ilmu peperangan yang tinggi serta amat digeruni musuh.

KD PANGLIMA GARANG adalah Pusat Latihan PASKAL yang mempunyai fasilitas pelantar minyak, satu-satunya fasilitas di Malaysia yang dibina dengan tujuan untuk memudahkan tim PASKAL melaksanakan latihan melawan keganasan maritim dengan lebih efisien, selain daripada menempatkan mereka di pelantar minyak sebenar pada satu-satu masa.

Selain itu, fasilitas lain yang terdapat di KD PANGLIMA GARANG termasuk dataran latihan fizikal, tiga jenis lapang sasar, rumah tempur dan kolam selam.

Sejak penubuhan PASKAL pada tahun 1982, unit pasukan khas TLDM ini telah melatih 1,103 pegawai dan anggota unit pasukan khas dalam dan luar negara melalui pelbagai kursus yang ditawarkan.

Turut hadir ke upacara hari ini Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan Malaysia, Tuan Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut
Artikel   : Lt Norzuhaira binti Ruhanie PSSTLDM

Foto      : LK TNL Mohd Badrul Hisham bin Che Hussin

PALAPES1Pegawai muda yang diraikan bergambar kenangan
bersama Timbalan Panglima Tentera Laut

KUALA LUMPUR, 25 Sep - Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Sijil Pegawai PALAPES Laut Universiti Awam Tahun 2020 peringkat Zon Tengah telah diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM hari ini. Majlis disempurnakan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato' Abdul Rahman bin Ayob yang diiringi oleh Panglima Pasukan Simpanan, Laksamana Pertama Zainul Rashid bin Abdullah.

Seramai 99 orang Pegawai Kadet Kanan PALAPES Laut daripada 9 universiti telah dinaikkan pangkat ke Lt Muda PSSTLDM dan menerima sijil pentauliahan masing-masing. Timbalan Panglima Tentera Laut juga telah menyampaikan Pedang Kehormat kepada Pegawai Kadet Terbaik daripada setiap universiti.

Senarai Pegawai Kadet Terbaik adalah seperti berikut;
1. Lt M Nur Nadhirahanani binti Sarju PSSTLDM ( UTM )
2. Lt M Muhammad Amirul bin Mustafa PSSTLDM ( UMS )
3. Lt M Amirul Ashraf bin Ahmad Zaidi PSSTLDM ( UiTM )
4. Lt M Abdul Muhaimin bin Azman PSSTLDM ( USM )
5. Lt M Nur Mahirah Afiqah binti Abdul Rahman PSSTLDM ( UPM )
6. Lt M Izzah Rasyidah binti Abdul Karim PSSTLDM ( UMP )
7. Lt M Siti Norsamsiah binti Mat Tahir PSSTLDM ( UUM )
8. Lt M Muhammad Solihin bin Mohd Jasmy PSSTLDM ( UMT )
9. Lt M Wan Ahmad Farihin bin Adzlan PSSTLDM ( UM )
10. Lt M Putri Nabilah Amanda binti Ab. Lah Suhaimi PSSTLDM ( UMK )

Majlis yang dikoordinasikan oleh KD SRI KLANG ini turut dihadiri Ketua Pengarah Hidrografi, Asisten Ketua Staf (AKS) Materiel, Pegawai Memerintah KD SRI KLANG dan Pegawai Memerintah KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut

Klik untuk ke galeri

Capt Suhaimi at USNA

Kepten Suhaimi bin Sani TLDM (Bersara) adalah seorang Veteran TLDM, melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama dinobatkan di Hall of Fame bagi Sukan Ragbi di United States Naval Academy (USNA). Majlis rasmi penganugerahan tersebut telah disempurnakan pada 10 Sep 21 di Annapolis, Maryland, Amerika Syarikat. Detik bersejarah ini turut menyaksikan beliau adalah individu non-American pertama dinobatkan anugerah ini di USNA, sejak penubuhan sukan ragbi di akademi tersebut pada tahun 1963.

Kepten Suhaimi (Bersara) adalah mantan midshipmen di USNA menyertai Pasukan Ragbi USNA sepanjang 4 tahun pengajian di sana dari tahun 1989 hingga 1993, di mana beliau juga adalah pemain tunggal non-American dalam pasukan tersebut. Selain itu, beliau turut terpilih mewakili US Armed Forces Jr Rugby Team.

Sekembali ke tanah air, Kepten Suhaimi (Bersara) terus aktif di dalam Pasukan Navy ORCA TLDM bagi kejohanan ISG (Inter-Service Games) dan juga liga tempatan. Disamping itu beliau turut mewakili ATM di mana pada tahun 1994 telah berjaya merangkul kejuaraan Ragbi Kebangsaan Piala Agong. Lebih membanggakan iaitu pada tahun yang sama, Kept Suhaimi (Bersara) menyarung jersi pasukan Ragbi Kebangsaan 7-Sebelah, berpeluang bermain menentang Pasukan New Zealand ALL BLACKS yang bertaraf dunia dalam kejohanan yang berlangsung di Fiji.

Kepten Suhaimi (Bersara) telah hadir sendiri ke Annapolis bersama isteri untuk menerima anugerah Hall of Fame tersebut. Majlis penganugerahan turut dihadiri oleh lebih 350 orang penggiat sukan ragbi. Lebih manis lagi, ianya turut dihadiri oleh bekas jurulatih beliau serta 13 orang bekas pemain sepasukan. Detik bersejarah tersebut turut dihadiri oleh wakil Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur iaitu Defence Attache Captain Zeff Khan USN.

Sebagai tradisi pengiktirafan Hall of Fame, Kepten Suhaimi (Bersara) dan kesemua penerima anugerah Hall of Fame yang masih hidup telah diraikan semasa perlawanan ragbi USNA menentang US Air Force Academy, di mana diperkenalkan barisan penerima kepada semua yang hadir di separuh masa pertama perlawanan.

Maklumat tambahan berkaitan Kepten Suhaimi (Bersara) adalah seperti di pautan berikut: https://www.facebook.com/RoyalMalaysianNavy/posts/3635054079885907

Berdasarkan kejayaan, pencapaian dan pengiktirafan Kepten Suhaimi Sani TLDM (Bersara) yang turut membanggakan TLDM, selain telah mengharumkan nama Malaysia, ianya wajar dijadikan contoh serta inspirasi kepada warga Navy People.

Sumber : RMN Chief Engineer Office, Bahagian Kejuruteraan Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Sumber Manusia, Markas Tentera Laut dan Kept Suhaimi Sani TLDM (Bersara)

ATM88Sambutan 88 tahun ATM di Kem Segenting, Port Dickson

PORT DICKSON, 22 Sep - Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menjayakan sambutan Hari ATM ke-88 yang diadakan di Kem Segenting buat julung kalinya.

Bertemakan 'Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama', sambutan disempurnakan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.  Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) menjadi keutamaan bagi memastikan acara dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengawal sebarang kebarangkalian penularan wabak COVID-19.

Sambutan hari ini dijayakan 2,500 orang warga ATM yang terlibat dengan Latihan Kesiagaan Aset dan Kompetensi serta Perbarisan Statik Tempur.

Latihan Kesiagaan yang dilaksanakan mempamerkan keupayaan aset dan warga ketiga-tiga cabang perkhidmatan - Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Demonstrasi ini menjadi bukti kesiapsiagaan ATM dalam menggalas tanggungjawab mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

Warga Navy People berbangga dapat menjayakan Latihan Kesiagaan ini sebagai elemen maritim yang melibatkan aset KD MAHAWANGSA, KD LEKIU, KD JEBAT dan KD LEKIR, selain anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL).

Selesai demonstrasi Kolonel Mohd Rosli bin Abu Bakar mengetuai lapan detasmen untuk Perbarisan Statik Tempur daripada TDM, TLDM, TUDM, Malaysian Battalion (MALBATT) Gerup Gerak Khas (GGK), PASKAL, Pasukan Khas Udara (PASKAU) dan Pasukan Aturgerak Cepat (PARA).

Pesawat Super Lynx dan Fennec dari Cawangan Udara pula terlibat dengan lintas hormat pesawat.

Turut diadakan penyampaian Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera yang merupakan anugerah tertinggi di dalam ATM. Tahniah diucapkan kepada Komander Asri bin Dasman TLDM, Pegawai Memerintah KD LEKIR yang menerima anugerah tersebut.

Tahun ini merupakan tahun kedua ATM berhadapan dengan cabaran dalam menggalas tugas sekunder membantu negara mengekang penularan wabak COVID-19. Namun, ATM sebagai benteng utama pertahanan Malaysia terus komited untuk mendokong misi dan wawasan negara bagi menentukan keamanan dan kedaulatannya sentiasa terpelihara.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut
Artikel   : Lt Norzuhaira binti Ruhanie PSSTLDM
Foto      : LK PWP Muhamad Zul Akmal bin Ahmad

KDTAJ1Pegawai Memerintah menyempurnakan pemakaian pangkat
warga KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL

LUMUT, 20 Sep – Majlis pemakaian pangkat dan penghargaan warga KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Pegawai Memerintah, Kdr Segar a/l Muniandy TLDM telah berbesar hati menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada anggota yang terlibat. Seramai 4 orang anggota telah dinaikkan ke pangkat LK I yang terdiri daripada:

a. LK I PWP Mohamad Alif Ikhwan bin Rosli.
b. LK I KOM Mohd Hadri bin Md Radi.
c. LK I JTP Muhammad Hariz bin Ismail.
d. LK I BDI Muhammad Amirul Ashraf bin Dolah.

Selain itu, majlis turut diserikan lagi dengan penyampaian cendera kenangan kepada Timbalan Pegawai Persenjataan, Lt Dya Wan Ramli bin Wan Omar TLDM yang akan bertukar keluar ke KD SRI SEMPORNA. Dalam ucapan, beliau mengucapkan tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat dan menegaskan tentang tanggungjawab yang turut digalas. Beliau juga menyeru agar anggota sentiasa mencabar diri untuk melakukan yang terbaik dalam pelaksanaan tugas.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada yang dinaikkan pangkat. Semoga pangkat baharu yang diterima menjadi penyuntik semangat untuk lebih berjaya di dalam TLDM.

Sumber : Pegawai Perhubungan Raya KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL
Foto      : LK II JTP Muhammad Izzat bin Sakdin

JUTRA 150921

KUALA LUMPUR, 15 Sep 21 – Sesi Town Hall di antara pihak TLDM dengan limbungan tempatan telah dilaksanakan hari ini secara atas talian (webinar), dimana lebih daripada 150 peserta telah menyertainya. Town Hall dikendalikan oleh Ketua Jurutera TLDM, bertujuan menjelas dan bertukar pandangan terhadap pelaksanaan terkini rutin selenggaraan berjadual kapal TLDM yang menggunakan kaedah S.M.A.R.T Refit. Tujuan S.M.A.R.T Refit adalah memendekkan tempoh refit kapal TLDM di limbungan tempatan secara drastik. Kaedah ini hampir 180 darjah berbeza berbanding refit secara konventional yang telah diamalkan lebih kurang 30 tahun.

Town Hall telah memberi peluang kepada pihak limbungan untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan S.M.A.R.T Refit, selain diberi peluang mengkisahkan cabaran serta kekangan yang dihadapi bagi melaksanakannya. Selain penjelasan terhadap metodologi S.M.A.R.T Refit, sesi turut merangkumi elemen pengurusan projek dalam perspektif Project Management Body of Knowledge (PMBOK). Ini bagi mengelakkan S.M.A.R.T Refit yang sedang dilaksanakan bertukar kepada pendekatan “atas kertas”.

Di akhir sesi Town Hall, pihak limbungan tempatan turut dimaklumkan iaitu TLDM akan melaksanakan kaedah S.M.A.R.T Refit Plus pada pertengahan tahun hadapan bagi memastikan program ini lebih dinamik, berdaya saing dan lebih singkat pada kos yang kompetitif.

Memandangkan Town Hall ini mendapat sambutan di luar jangkaan, sesi susulan akan dilaksanakan. Ini kerana ramai industry players tidak dapat menyertai webinar kali ini disebabkan kapasiti medium yang terhad.

Hasil Town Hall secara webinar ini diharap memberi inspirasi serta motivasi kepada warga Navy People agar terus menghasilkan inisiatif lain yang lebih berimpak tinggi demi kepentingan TLDM. Bagi pihak limbungan pula disaran agar mereka dapat melaksanakan S.M.A.R.T Refit dengan menghasilkan success story.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : PW 1 TLS Hazemi bin Mamat

1. INS RANVIJAY INS KORA KD LEKIU DAN KD JEBAT MELAKSANAKAN MANUVRA TAKTIKAL CopyINS RANVIJAY, INS KORA, KD LEKIU dan KD JEBAT melaksanakan manuvra taktikal

LUMUT, 6 Sep – TLDM bersama Tentera Laut India (TLI) terus menyemarakkan hubungan kerjasama pertahanan yang sedia utuh terjalin melalui Passage Exercise (PASSEX) di perairan Selat Melaka hari ini.

Eksesais yang berlangsung melibatkan 3 buah aset oleh TLDM, iaitu KD LEKIU, KD JEBAT serta helikopter Super LYNX bersama 2 buah aset TLI iaitu INS RANVIJAY serta INS KORA. Terdahulu kedua-dua aset TLI ini sedang melaksanakan pelayaran pulang ke negara asal selesai misi penugasan keselamatan maritim di sekitar Laut China Selatan yang merupakan sebahagian daripada dasar ‘Act East’ TLI dalam usaha memperluaskan kerjasama pertahanan antara New Delhi dengan negara serantau.

Matlamat eksesais telah diterjemahkan melalui beberapa siri latihan yang direalisasikan meliputi manuvra taktikal, pengoperasian bot dan sail pass. Kelangsungan latihan yang lancar tanpa sebarang insiden jelas menggambarkan sikap profesionalisme, keupayaan dan ketersediaan warga kedua-dua angkatan laut.

Selain komited terhadap keselamatan maritim dan kerjasama pertahanan negara rantau ini, TLDM akan terus memanfaatkan setiap peluang beroperasi bersama angkatan laut sahabat dalam memacu ketersediaan warga untuk melindungi serta mempertahankan kepentingan maritim negara pada sebilang masa.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

HMAS CANBERRA HMAS ANZAC KD LEKIU DAN KD JEBAT BELAYAR DALAM FORMASIHMAS CANBERRA, HMAS ANZAC, KD LEKIU dan KD JEBAT belayar dalam formasi

LUMUT, 5 Sep – Pandemik COVID-19 yang menyelubungi dunia tidak menghalang semangat kerjasama dan diplomasi pertahanan yang sedia utuh terjalin menerusi pelaksanaan Malaysia-Australia Sea Training Exercise (MASTEX) 2021 antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Tentera Laut Diraja Australia (TLDA) di sekitar perairan Selat Melaka baru-baru ini.

Eksesais bilateral tahunan berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) berlangsung selama 3 hari mulai 2 - 4 Sep 21 ini merupakan eksesais yang telah dilaksanakan sejak tahun 2002 melibatkan tentera laut kedua negara dalam memperkukuhkan interoperability serta kerjasama strategik meliputi konteks pertahanan maritim melalui kaedah perkongsian idea dan kepakaran lapangan secara profesional di peringkat antarabangsa.

Mendepani pandemik, TLDM terus mempamerkan komitmen menerusi penglibatan 3 buah aset iaitu KD LEKIU, KD JEBAT dan helikopter SUPER LYNX di ikuti ketumbukan TLDA diketuai 2 buah kapal iaitu HMAS CANBERRA, HMAS ANZAC bersama dua buah helikopter CH47 dan sebuah helikopter MH-60S dari Australian Maritime Task Group. Tidak ketinggalan adalah 2 buah pesawat F/A 18D dan 2 buah pesawat HAWK milik TUDM sebagai aset sokongan.

Beberapa siri latihan bersama telah direalisasikan meliputi latihan peperangan anti-serangan udara, anti-kapal selam, penembakan sasaran permukaan, manuvra taktikal dan pengoperasian bot sepanjang FTX. Kelangsungan latihan yang lancar tanpa sebarang insiden jelas menggambarkan sikap profesionalisme, keupayaan dan ketersediaan warga yang amat membanggakan dalam aspek pengendalian aset pertahanan negara masing-masing. Latihan secara norma baru ini dilihat kekal menyemarakkan semangat kerjasama operasi maritim dan udara antara negara serantau selain turut menyediakan peluang bagi pemantapan latihan keselamatan dan pengawasan maritim secara bersama.

Secara keseluruhan eksesais pada kali ini memenuhi matlamat dan objektif yang telah ditetapkan selain mencerminkan kualiti kemampuan aset dan kredibiliti warga TLDM untuk beroperasi bersama aset-aset dari negara sahabat. Ini jelas membuktikan bahawa TLDM adalah sebuah angkatan laut kredibel dan sentiasa berkeupayaan untuk melindungi serta mempertahankan kepentingan maritim negara pada sebilang masa.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 808

Semalam 978

Bulan ini 6934

Keseluruhan 1290383

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM