LUMUT, 28 Okt – Sesi temuduga Certificate of Competency (CoC) bagi tiga Pegawai Jurutera Udara (PJU) TLDM telah dilaksanakan pada 27 dan 28 Oktober di Markas Udara TLDM. Kept Ir. Hj Ahmad Fahmi bin Jahaya TLDM selaku Senior Air Engineer (SAE) TLDM telah mempengerusikan panel temuduga CoC dan disertai oleh Kdr Nik Afizul bin Nik Alias TLDM, Kdr Mohammad Khairul bin Khamis TLDM dan Kdr Ir. Mohd Zirwandy bin Zainuddin TLDM. PJU yang terlibat dalam temuduga ini adalah Lt Chan Jun Kwan TLDM, Lt Dya Lugman bin Pirmang TLDM, dan Lt Dya Muhammad Zamir bin Mustapa TLDM.

AEOs
Ahli panel temuduga CoC dan PJU yang terlibat

Temuduga CoC ini merupakan kaedah yang diamalkan oleh Tentera Laut Diraja Britain dan Tentera Laut Diraja Australia yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi PJU dalam aspek tugas dan tanggungjawab, sistem pesawat, pengurusan dokumentasi pesawat serta pengurusan technical airworthiness yang telah diadaptasi ke dalam laluan kerjaya PJU. Pegawai yang lulus temuduga ini akan menjawat perjawatan pertama di skuadron penerbangan kelak. Sehingga kini, Cawangan Udara TLDM telah melahirkan seramai 32 orang PJU.

KPKJEKKetiga-tiga Pegawai Ketika Tamat Kursus
Pegawai Kejuruteraan Jentera & Elektronik Kapal Terbang

Lt Chan
Sesi Temuduga Lt Chan TLDM

Sebelum ini, ketiga-tiga pegawai tersebut telah menghadiri Kursus Pegawai Kejuruteraan Jentera dan Elektronik Kapal Terbang bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai latihan asas kejuruteraan udara. Dalam tempoh tersebut, mereka turut didedahkan kepada pengurusan selenggaraan di skuadron penerbangan TUDM yang mengoperasikan pesawat A400M, EC725 dan C130H.

Lt Zamir
Sesi Temuduga Lt Dya Muhammad Zamir TLDM

Sejak penubuhan unit udara TLDM 30 tahun yang lalu, Cawangan Udara TLDM telah mengoperasikan beberapa jenis pesawat seperti WASP, Super Lynx dan Fennec. Aspek kompetensi amat dititikberatkan di seluruh peringkat Cawangan Udara TLDM supaya pesawat yg diterbangkan mencapai tahap airworthiness yang ditetapkan di samping mengekalkan rekod kemalangan sifar dalam operasi penerbangan.

Sumber : Markas Udara TLDM
Artikel   : Lt Chan Jun Kwan TLDM
Foto      : Lt Chan Jun Shen TLDM

JUTRA LG

KUALA LUMPUR, 28 Okt - TLDM amat berbangga dengan kesungguhan 38 Pegawai yang kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Separuh Masa di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan. Bilangan ini adalah jumlah paling ramai setakat ini yang patut diteruskan, tidak termasuk pengajian Secara Penuh Masa. Rekod ini wajar diperbaiki di masa akan datang atas usaha meningkatkan taraf kelayakan akademik serta human capital warga Navy People tanpa bergantung kepada tajaan perkhidmatan semata-mata.

Komitmen tinggi 18 orang Pegawai Kejuruteraan, 17 Pegawai Eksekutif dan 3 Pegawai Bekalan wajar dicontohi oleh warga Navy People yang lain. Warga Navy People perlu berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, selain sentiasa berfikiran positif untuk TLDM dan warganya terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sumber : The Blue Black Office, Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Open Source

JUTRA MAN MALAYSIAPerbincangan antara Ketua Jurutera TLDM dan pihak MAN Malaysia Sdn. Bhd.

KUALA LUMPUR, 28 Okt - Ketua Jurutera TLDM hari ini melaksanakan lawatan kerja khas ke Syarikat MAN Malaysia Sdn Bhd, iaitu pembuat enjin kapal, kenderaan darat dan electrical power generation.

Tujuan utama lawatan kerja khas adalah untuk bertukar pandangan berkenaan tahap sokongan dan keupayaan pembaikan yang tidak mantap bagi senggaraan enjin MAN berkapasiti melebihi 3000kW. MAN Malaysia buat masa ini amat bergantung kepada bantuan dari luar negara bagi memberi perkhidmatan senggaraan enjin berkapasiti tinggi.

Sepanjang pertemuan ini, beberapa inisiatif dan strategi serta perancangan telah dibincang bagi memastikan sokongan terhadap Aset TLDM bertambah baik, selaras dengan aspirasi self-reliance di Kertas Putih Pertahanan (Defence White Paper) yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada bulan Disember 2019 yang lalu.

Pihak MAN Malaysia Sdn Bhd memaklumkan diskusi ini adalah bersifat positif bagi memastikan keperluan pengguna MAN mendapat perkhidmatan after-sale yang terbaik. Di akhir sesi lawatan kerja khas, pihak MAN berjanji akan berusaha mengatasi isu dan cabaran yang dibangkitkan sebelum tahun 2022.

Sumber : The Blue Black Office, Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Lt Kdr Muhammad Faliq Anwar bin Muhammad Fauzi TLDM

WhatsApp Image 2018 04 05 at 10.40.17

SAC adalah inisiatif melibatkan penubuhan tim khas oleh Cawangan Kejuruteraan bagi mengenal pasti permasalahan serta mitigasi yang perlu dilakukan terhadap kapal di Skuadron Kapal Ronda Ke-17.

Ahli tim SAC melibatkan pegawai kejuruteraan TLDM, Boustead Naval Shipyard (BNSSB) dan yang terkini beberapa universiti tempatan. Pendekatan kajian dan mitigasi banyak menggunakan teknologi serta aplikasi kejuruteraan sains yang terkini.

Hasil kerja SAC ini telah menampakkan keberkesanan dimana beberapa isu kerosakan telah berjaya diselesaikan setelah root cause dikenal pasti. Inisiatif ini, secara in-house diyakini mampu menghasilkan pegawai kejuruteraan TLDM yang mempunyai human capital bernilai tinggi di dalam industri. Selain itu, ianya juga akan membuka lebih banyak lagi peluang dan ruang kepada warga Navy People untuk terus menyumbang bakti secara berkesan kepada Armada TLDM.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Kdr Ir. Ts. Ng Keng Lip TLDM

RNO1Pemakaian Pangkat pegawai PSSTLDM

KUCHING, 24 Okt – Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching, Lt Mohd Ismail Bin Yakub TLDM menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai PSSTLDM hari ini. Majlis ringkas penuh bermakna ini turut diserikan dengan kehadiran kedua ibu bapa pegawai yang dirai, Penguasa Kastam Ismail Bin Roslan sebagai wakil majikan pegawai yang dirai dan disaksikan oleh seluruh warga Navy People PWTL Kuching.

Majlis seumpama merupakan salah satu pengiktirafan kepada warga terhadap perkhidmatan yang disumbangkan. Pegawai yang menerima kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

Pegawai Kadet Kanan ke Leftenan Muda PSSTLDM
1. Lt M Syful Mirza Bin Alluwie PSSTLDM - Cawangan Bekalan

Majlis dilaksanakan secara berasingan dengan majlis sebelum ini kerana pegawai baru sahaja selesai menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Dalam ucapan ringkas, PWTL Kuching mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai yang telah dinaikkan pangkat serta menzahirkan keterujaan beliau di mana selain berkhidmat sebagai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia, pegawai yang dirai juga bertugas dalam badan beruniform awam di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Perkara yang jarang berlaku sebegini menunjukkan minat yang dipertonjolkan oleh pegawai sangat mendalam di samping ingin mencuba sesuatu kelainan.

Beliau turut menyeru warga agar terus berusaha dan bersama mengembeleng tenaga agar hasrat dan matlamat TLDM dapat dicapai dengan optimum. Tanpa komitmen dan kesungguhan yang padu ianya bukanlah satu perkara yang mudah.

Sebelum mengakhiri ucapan, PWTL Kuching merakamkan setinggi penghargaan kepada tetamu jemputan, Penguasa Kastam Ismail bin Roslan dan kedua ibu bapa pegawai yang dirai kerana sudi hadir untuk memeriahkan majlis.

Perjalanan majlis telah diadakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard seperti yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara sepenuhnya bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

Sumber : PR PWTL KUCHING
Artikel   : LT M Syful Mirza bin Alluwie PSSTLDM
Foto      : LK PNK Ajariah binti Umar

Klik ke galeri

PEGAWAI BIASISWA LUAR NEGARA

KUALA LUMPUR, 24 Okt – TLDM melakar sejarah setakat ini sebagai agensi Kerajaan yang mempunyai bilangan kakitangan paling ramai yang mendapat tajaan biasiswa berprestij di luar negara.

Berakhir Oktober 2020, seramai enam pegawai TLDM telah ditaja bagi pengajian Sarjana seperti berikut:

1. United Kingdom (Chevening Scholarship)
a. ​Laksamana Madya Datuk Anuwi bin Hassan (Bersara) – tahun 1999.
b. ​Kepten (B) Ir. Azhar bin Jumaat TLDM – tahun 2002.
c. ​Lt Kdr (B) Navin Gopal a/l G. Supramaniam TLDM – tahun 2005.
d. ​Lt Kdr (B) Ir. Loke Wei Hoo TLDM – tahun 2006.
e. ​Komander Ir. Khairol Nizam bin Mansor TLDM – tahun 2018/2019.

2. Sweden (Swedish Institute Study Scholarship)
a. Lt Kdr Ir. Mohd Shafiq Sharhan bin Zainal TLDM pada tahun 2019/2020.

Selaras dengan inisiatif memperkasakan dan menghasilkan modal insan yang terbaik (crème de la crème), warga Navy People wajar merebut peluang tawaran lebih kurang 30 jenis biasiswa berprestij yang ditawarkan oleh Kerajaan luar negara kepada warga Malaysia.

Diharap usaha ini membolehkan TLDM dan warganya terus gemilang, cemerlang dan terbilang.

Sumber : The Blue Black Office, Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah
Foto      : Sistem Maklumat Sumber Manusia, TLDM

RNO 231020Ringankan beban. PWTL menyampaikan sedikit sumbangan kepada anggota
yang kehilangan tempat tinggal

KUCHING, 22 Okt – Dua rumah panjang membabitkan 48 pintu yang dihuni kira-kira 40 keluarga di Pasai Siong Tengah di sini musnah terbakar pada 19 Okt 20 yang lalu. Kebakaran yang berlaku pada tengah hari itu turut memusnahkan 15 buah motosikal, 3 buah kereta, sebuah lori dan sebuah van.

Dimaklumkan bahawa terdapat 3 buah rumah keluarga anggota TLDM yang turut musnah iaitu:
a) LK II HDI Kennedy Anak Engkabang (KD PERANTAU)
b) P/PW II PNK Jusutine Anak Kennedy (Markas Pemerintahan Kapal Selam)
c) PW I JJM (B) Siba Anak Rentap

Satu lawatan kebajikan ke Rumah Panjang Jelian Pasai Siong Tengah telah dikoordinasikan oleh Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching (PWTL Kuching) Lt Mohd Ismail bin Yakub TLDM, disertai oleh Lt Mohammed Abdullah Izkandar Bin Roseley PSSTLDM. Pihak PWTL Kuching turut menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas berupa pakaian terpakai, makanan dan wang saguhati hasil sumbangan daripada pegawai dan warga PWTL Kuching, Pasukan Simpanan Tentera Laut Kuching (PSSTLDM Kuching) dan sumbangan wang daripada pihak Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS) melalui derma kilat yang telah dilaksanakan.

PWI JJM (B) Sibaan ak Rentap berkata, beliau amat terharu dengan sumbangan terutamanya kehadiran pihak TLDM yang diwakili oleh PWTL Kuching kerana sudi datang untuk memberi sumbangan walaupun beliau telah bersara. “Saya sangat terharu kerana kedatangan dari pihak tuan, mengingatkan kembali saya di dalam perkhidmatan. Saya tidak menyangka keprihatinan TLDM yang tinggi kepada anggota TLDM ini sehingga sanggup datang dari Kuching serta turut tidak melupakan anggota yang telah bersara,” katanya.

Sumber : PR PWTL KUCHING
Artikel   : LT Mohd Ismail bin Yakub TLDM
Foto      : LK I TNL Henry Sawan AK Galong

refit KD SERANGPenyerahan Sijil Penerimaan KD SERANG kepada Panglima Logistik Timur

LABUAN, 22 Okt – Hari ini, Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Affenddy bin Suhaimi menyempurnakan upacara penerimaan refit KD SERANG di Preston Shipyard Sdn Bhd. Upacara ini amat bermakna kerana refit KD SERANG berjaya disiapkan mengikut jadual berdasarkan perancangan yang dikemaskini susulan pandemik Covid-19.

Lebih membanggakan, kejayaan serta keberhasilan inisiatif repowering ke atas sistem kuasa gerak kapal, iaitu kejayaan melibatkan kapal yang keempat. Berdasarkan inisiatif ini, kesemua jentera utama, kotak gear, shafting dan propeller ditukar baharu, menggantikan peralatan lama yang telah mencecah 40 tahun.

Warga Navy People wajar berbangga dengan kejayaan ini dan disaran terus berinovasi dengan inisiatif baharu yang berimpak tinggi bagi memastikan TLDM terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : UPS TLDM Timur

IMG 20200708 160039

TLDM melalui Cawangan Penguasa Kejuruteraan Armada (CPKA) setakat ini telah membentuk lima EWG dengan universiti awam dan swasta iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) sejak Feb 2020. EWG ini bertujuan melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi bidang kejuruteraan marin dan senibina kapal dalam usaha menyelesaikan permasalahan kejuruteraan yang dihadapi oleh perkhidmatan.

Selain untuk penyelidikan dan pembangunan, EWG juga berperanan untuk mengenalpasti dan mencadangkan tindakan penyelesaian yang berkesan kepada Amada TLDM terhadap isu kejuruteraan. Disamping itu, hasil kajian yang dihasilkan boleh digunakan sebagai sumber rujukan untuk kegunaan akademik bagi pengajian lanjutan peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah. Bahkan ianya boleh diguna untuk peningkatan kerjaya seperti menjadi Jurutera Profesional, Teknologis Profesional serta Juruteknik Bertauliah. Pelaksanaan inisiatif ini adalah bertujuan salah satu pendekatan untuk menyokong Program Transformasi #15to5 TLDM.

Kesimpulanya, tujuan utama penubuhan EWG adalah sebagai langkah untuk mengenal pasti permasalahan kejuruteraan serta langkah-langkah penambahbaikan yang boleh meningkatkan lagi kesiagaan operasi Armada TLDM. Justeru dengan wujudnya EWG, sebarang isu kejuruteraan yang timbul dalam pengoperasian aset-aset TLDM dapat diuruskan dengan lebih baik di peringkat strategik melalui pelan tindak serta penambahbaikan yang bakal dikenal pasti. Pendekatan ini juga adalah ke arah melestarikan CPKA sebagai Penguasa Tunggal Kejuruteraan (Single Engineering Authority) di dalam TLDM selain transformasi perubahan ke arah menjadi Center of Excellence for Naval Engineering (CoENE) dan Center of Expertise (CEx).

Sumber : Mk TL-Bahagian Kejuruteraan
Artikel   : Kdr Ir. Ts. Ng Keng Lip TLDM

JUTRA 221020Ketua Jurutera TLDM, Pegawai TLDM dan Ahli MBoT bersetuju menjalinkan
kerjasama untuk Pengiktirafan Teknologis Profesional (Ts.) dan
Juruteknik Bertauliah (Tc.) kepada warga Navy People

Cawangan Kejuruteraan melalui Cawangan Penguasa Kejuruteraan Armada (CPKA) kini dalam transformasi perubahan ke arah menjadi Center of Excellence for Naval Engineering (CoENE) dan Center of Expertise (CEx).

Sehubungan itu, satu jalinan kerjasama telah dilaksanakan dengan Malaysia Board of Technology (MBoT). Kerjasama ini membolehkan Pegawai Kejuruteraan dan Teknisyen TLDM yang mempunyai kelayakan, kemahiran serta know-how yang khusus diiktiraf sebagai Teknologis Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Tc.). Diharap dengan pendekatan ini, Warga Navy People wajar berusaha ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi dan dapat meningkatkan moral warga Navy People, selain memastikan kapal diselenggara oleh warga yang kompeten.

Sumber : Mk TL-Bahagian Kejuruteraan
Artikel   : Kdr Ir. Ts. Ng Keng Lip TLDM

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 772

Semalam 853

Bulan ini 15764

Keseluruhan 1327532

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM