19 Okt DSATPembongkaran jentera utama dimulakan oleh warga bengkel

KOTA KINABALU, 6 Okt – Dalam usaha merealisasikan hasrat Ketua Jurutera TLDM mengoptimumkan kemampuan, kemahiran serta pengalaman yang dimiliki teknisyen TLDM mengekalkan kesiagaan aset-aset yang dimiliki, warga Bengkel Mekanikal DSA Timur telah berjaya melaksanakan rutin major overhaul, pemasangan semula seterusnya ujian di jeti dan laut terhadap jentera utama salah sebuah bot tempur Markas Pemerintahan Armada Timur, CB 90 (201).

Pelbagai cabaran ditempuh dalam proses menyempurnakan tugasan tersebut oleh kerana keusangan jentera utama serta kekerapan pengoperasian CB 90 (201). Pemeriksaan menyeluruh serta pembaikan dilaksanakan dengan teliti bagi mengatasi masalah kerosakan terhadap komponen dalaman jentera utama. Beberapa siri ujian dilaksanakan setelah pembaikan selesai bagi memastikan jentera utama dapat beroperasi dengan baik sebelum dipasang.

Dalam fasa akhir tugasan ini, warga Bengkel Mekanikal DSA Timur diketuai oleh BK TMK Mohd Zailan bin Md Isa melaksanakan pemasangan serta penjajaran semula jentera utama ke dalam CB 90 (201). Jentera utama dioperasikan dan ujian di laut berjaya dilaksanakan dengan tiada lagi kerosakan baharu ditemui. Dengan segala usaha yang dicurahkan serta dorongan berterusan oleh Pegawai Memerintah DSA Timur, Kdr Azmin Zar bin Abd Rashid TLDM menambahkan lagi keyakinan dan semangat warga DSA Timur untuk terus memberikan khidmat yang terbaik dalam memastikan kesiagaan aset-aset TLDM berada di tahap tertinggi.

Artikel      : Lt Dya Mohamad Idzhar bin Anuar TLDM
Kelulusan : Bahagian Komunikasi Strategik MPA Timur
Foto         : LK TMK Mohd Khairul Rizal bin Abdullah

WhatsApp Image 2020 10 14 at 11.57.23
MesPek yang dilangsungkan secara fizikal dan maya

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Mesyuarat Pegawai Kanan Kejuruteraan Siri 2/20 telah dilaksanakan secara hybrid hari ini, iaitu secara fizikal dan maya. Pendekatan ini membolehkan lebih banyak penyertaan pegawai kanan di luar Kuala Lumpur, malah mereka yang berada di luar negara turut menyertai mesyuarat yang diadakan dua kali setahun tersebut.

Antara pengisian mesyuarat termasuk penekanan terhadap pelaksanaan sekurang-kurangnya 27 inisiatif berimpak tinggi baharu oleh Cawangan Kejuruteraan, di mana sebahagiannya telah meningkatkan tahap kesiagaan operasi Armada TLDM. Beberapa inisiatif yang diketengahkan telah didaftarkan untuk projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Kementerian Pertahanan. Terdapat juga inisiatif luar jangka yang telah menjimatkan perbelanjaan Kerajaan dengan ketara.

Ahli mesyuarat turut membincangkan beberapa cabaran yang dijangka dihadapi di masa hadapan serta mengkaji strategi dan pelan tindak yang telah dirangka.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel : Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah
Foto : PW II TLR Muhamad Razid bin Rosman

JUTRA BHCPelbagai isu berkaitan industri pertahanan maritim tempatan dibincangkan
dalam kunjungan hormat CEO BHIC ke atas Ketua Jurutera TLDM

KUALA LUMPUR,12 Okt. – Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer – CEO) Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC), En Sharifuddin Md Zaini Al-Manaf hari ini telah berjumpa dengan Ketua Jurutera TLDM, Laksda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah.

Kunjungan hormat En Sharifuddin yang baharu dilantik itu membincangkan pelbagai isu, seperti kelangsungan industri maritim tempatan. Perbincangan tutur berkisar tentang cabaran dan perkembangan semasa. Industri pertahanan maritim negara dilihat perlu menghasilkan inisiatif baharu, mempunyai Business Plan yang berkesan dan mampan, setidak-tidaknya Revive Plan ke arah self-reliance. Selain itu, industri maritim tempatan perlu merebut pasaran luar, dimana pemain di industri maritim rantau Asia Tenggara kini sedang bergerak begitu pesat ke arah export capability/orientation.

Selain perbincangan peringkat strategik, pertemuan turut menyentuh cabaran di peringkat operasi melibatkan perkhidmatan senggaraan terhadap aset TLDM. Pertemuan diakhiri dengan Ketua Jurutera TLDM menyampaikan Business Card yang diperbuat dari kayu keranji hasil tangan beliau sendiri. Business Card kayu atas nama CEO BHIC tersebut adalah sebagai cendera kenangan pertemuan ulung yang bersejarah hari ini.

Sumber : Mk TL, Bahagian Kejuruteraan
Artikel   : Laksda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : LK I PWP Hasnan bin Amat Senin

UC MkTLKe arah Navy People yang cergas, segak dan sihat

KUALA LUMPUR, 8 Okt - Warga Markas Tentera Laut pada bulan Oktober ini mengambil bahagian dalam Uji Cergas tahunan, yang turut melibatkan pengurusan tertinggi TLDM.

Pagi ini, 80 pegawai dan anggota telah terlibat dengan ujian renang di kolam renang Kem KEMENTAH yang diketuai oleh Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah, Ketua Jurutera TLDM.

Penularan wabak COVID-19 menyaksikan penerapan norma baharu dalam proses kerja harian TLDM, termasuk dalam aspek kesihatan dan kecergasan. Setiap peserta ujian renang menjalani SOP kesihatan seperti pemeriksaan suhu badan dan pendaftaran menggunakan aplikasi MYSejahtera sebelum memasuki kompleks kolam renang.

Penglibatan ramai Pengurusan Tertinggi TLDM di dalam ujian tahunan ini adalah penegasan bahawa pihak TLDM adalah serius untuk memastikan warganya dalam keadaan 3K – Kecergasan, Kesegakan dan Kesihatan – bagi kecemerlangan perkhidmatan.

Sumber : Bahagian Pentadbiran, Markas Tentera Laut
Artikel   : Lt Kdr Abu Amar bin Darus TLDM
Foto      : Lt Kdr Mohd Shahril bin Abdul Ghani TLDM

Utama8Bertanya khabar. Panglima Armada Barat beramah mesra
bersama kakitangan awam MAWILLA 1

TANJUNG GELANG, 6 Okt - Perbarisan Ulung Panglima Armada Barat, YBhg Laksamana Madya Dato’ Muhamad Ridzwan Bin Abdul Rahman telah diadakan di Auditorium Al-Haimi, Pangkalan TLDM Tg. Gelang. Perbarisan kali ini melibatkan seramai 12 pegawai dan 96 anggota lain-lain pangkat. Perbarisan ini diketuai oleh KDR Selva Kumar a/l Subramaniam TLDM dan dibantu oleh PW I TLR Mohd Rizuan bin Iswandi Pegawai Waran Perbarisan. Majlis turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Memerintah, Pegawai-pegawai Kanan dan kakitangan awam MAWILLA 1.

Ketibaan Panglima Armada Barat disambut dengan tabik hormat serta nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya diikuti dengan pemeriksaan ke atas setiap pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang terlibat dalam perbarisan.

Selesai perbarisan, Panglima Armada Barat beramah mesra dan menyampaikan amanat kepada semua warga MAWILLA 1. Sejurus itu, Panglima Armada Barat menuju ke Bilik Mesyuarat Mike One untuk sesi taklimat.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar melibatkan warga MAWILLA 1 yang telah menjayakan perbarisan ulung ini.

Sumber : Strategik Komunikasi MAWILLA 1
Artikel   : PW II TNL Ahmad Hafiz bin Yahya
Foto      : LK PAP Saiful bin Ahmad Nasir

Amanat Ketua JuruteraAmanat Ketua Jurutera TLDM kepada Para Teknisyen Graduan Diploma, Skim DTK

LUMUT, 5 Okt – 51 teknisyen dalam skim Diploma Tugas Khusus pengambilan pertama dan kedua hari ini bertuah kerana dapat berjumpa dengan Ketua Jurutera TLDM, Laksda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah. 

Perjumpaan khas ini adalah untuk menyampaikan mesej daripada pengurusan tertinggi kejuruteraan TLDM. Di antaranya aspirasi, strategic guidance dan amanat, termasuk cabaran serta isu kompetensi. Mesej ini penting untuk difahami serta dijadikan panduan strategik oleh para teknisyen memandangkan mereka adalah tulang belakang Armada TLDM yang perlu memastikan kapal, pesawat udara serta peralatan di dalamnya sentiasa berada dalam up-keep yang terbaik dan tahap pengoperasian yang tinggi.

Sepanjang sesi Admiral on Deck tersebut, Ketua Jurutera TLDM memaklumkan bahawa para Teknisyen DTK mempunyai ruang dan peluang untuk terus maju di dalam TLDM, mahupun dalam industri marin negara, dengan syarat mereka mempunyai tahap disiplin yang tinggi.

Teknisyen yang layak serta berprestasi tinggi berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atas tajaan TLDM di universiti tempatan. Pendekatan ini kelihatan sukar, namun tidak mustahil kerana ramai Teknisyen TLDM yang telah berjaya. Lebih membanggakan, sebahagian besar daripada mereka telah berjaya menjadi Jurutera Profesional (Ir.) yang diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia. Sebagai motivasi, Ketua Jurutera memberikan 10 contoh untuk dijadikan idola, empat (4) diantaranya; Laksamana Pertama Ir. Abdul Rashid bin Hussin, Kepten Ir. Malik bin Sulaiman TLDM, Kdr (B) Mohd Shah bin Parjo TLDM dan Lt Kdr (B) Ir. Ts. Yeo Cheng Kwan TLDM CEng Eur Ing CMgr.

Di penghujung sesi, Ketua Jurutera telah menghebahkan sekurang-kurangnya 22 inisiatif baharu Cawangan Kejuruteraan yang telah melonjakkan keupayaan Armada TLDM dengan ketara. Selain itu, para Teknisyen turut berpeluang untuk memajukan pandangan, idea baharu serta ketidakpuashatian sekiranya wujud kepada Ketua Jurutera TLDM.

Sumber : Mk TL, Bahagian Kejuruteraan
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah

MALBATT 850Timbalan Menteri Pertahanan menyerahkan Jalur Gemilang
kepada Komander MALBATT 850-8

SUBANG, 1 Okt - Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama Malaysian Battalion (MALBATT) 850-8 telah disempurnakan Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz di Pangkalan Udara Subang hari ini.

Warga MALBATT 850-8 akan menggantikan MALBATT 850-7 yang akan menamatkan misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) setelah berkhidmat selama 12 bulan.

Kontinjen MALBATT 850-8 melibatkan seramai 80 pegawai dan 770 anggota lain-lain pangkat, termasuk 3 pegawai dan 27 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang pegawai awam Kementerian Pertahanan dan akan diaturgerakkan secara berperingkat.

Penghantaran kumpulan pertama hari ini melibatkan seramai 215 orang dan diketuai oleh Komander MALBATT 850-8, Kol Azudin bin Hassan. Buat pertama kalinya, majlis penghantaran Kontijen MALBATT tidak dihadiri oleh ahli keluarga bagi mematuhi SOP kesihatan yang telah ditetapkan.

Dato’ Sri Ikmal telah memakaikan beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada Kol Azudin, wakil ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), wakil ABDB, wakil anggota wanita dan anggota ATM.

Penglibatan ATM dalam misi UNIFIL bermula sejak tahun 2007 bagi membantu menguatkuasakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB. Timbalan Menteri Pertahanan turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada Kol Azudin sebagai simbolik mewakili negara dalam misi pasukan pengaman tersebut.

Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM, Panglima ketiga-tiga perkhidmatan termasuk Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany antara pucuk pimpinan ATM dan Kementerian yang hadir.

Sumber : Markas Angkatan Bersama
Artikel   : Lt Norzuhaira binti Ruhanie PSSTLDM
Foto      : LK TNL Mohamad Idris bin Suradi

Klik ke galeri

PUSPAHANAS UTAMAMantap. Barisan Ahli Lembaga Gabenor Maktab Ketahanan Nasional

PUTRAJAYA, 30 Sep - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM mewakili Menteri Pertahanan telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Ketahanan Nasional 2020 dan Serah Terima Tugas Presiden PUSPAHANAS bertempat di Auditorium Utama PUSPAHANAS.

Kursus yang bermula dari 3 sep 2019 ini merupakan siri pertama yang diadakan sejak penubuhan Maktab Ketahanan Nasional pada 31 Julai 2019 yang dihadiri oleh Pegawai Kanan ATM berpangkat Brigadier Jeneral dan Kolonel atau setaraf.

Seramai 12 Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia serta 4 orang Pegawai Kanan dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia telah menghadiri kursus selama 52 minggu itu.

Pada masa yang sama, Panglima Angkatan Tentera turut melancarkan buku bertajuk 'Nation Call', naskah ilmiah yang telah dihasilkan oleh peserta kursus bersama Brig Jen Dato' Dr Mohd Radzi bin Abdul Hamid.

Turut berlangsung pada pagi ini ialah Majlis Serah Terima Tugas Presiden PUSPAHANAS antara Laksdya Dato' Ganesh Navaratnam dengan Leftenan Jeneral Dato' Hj Md Yusof bin Aziz.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany antara yang hadir bersama ahli Lembaga Gabenor MKN yang terdiri dari Panglima-Panglima Perkhidmatan serta para jemputan domestik dan perwakilan asing.

Sumber : BHEA-J7, Markas Angkatan Tentera Malaysia
Artikel   : LK PRL Mohd Faisa bin Mamat
Foto      : LK TNL Mohammad Idris bin Suradi


WhatsApp Image 2020 09 29 at 20.02.34

KUALA LUMPUR, 29 Sep - Majlis Request Pleasure of Your Company (RPC) bersama ahli-ahli kelab bintara Markas Tentera Laut telah berjaya dilaksanakan bertempat di Dewan tertutup KD Sri Gombak.

Ia merupakan upacara yang diadakan julung-julung kalinya bagi memperkenalkan barisan AJK sesi 20/21. Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Kelab Bintara Markas Tentera Laut Sesi 20/21 yang telah dilantik. Semoga barisan AJK sesi 20/21 dapat memberi komitmen dengan semangat kerjasama diantara satu sama lain. Sentiasa berpandangan positif dalam melaksanakan amanah serta berkepimpinan yang berwibawa.

Rujukan : 300920/01
Sumber : Kelab Bintara Markas Tentera Laut
Artikel   : BM TLR Adik Muhammad Fikri bin Mohd Noh

JUTRATeknisyen Skim DTK Siri 221 melapor diri di KD SULTAN ISMAIL

TANJUNG PENGELIH, 24 Sep - Hari ini berlangsung pengambilan dan ucapan Selamat Datang kepada 108 Teknisyen TLDM Skim Diploma Tugas Khusus (DTK) bagi Pengambilan Perajurit Muda Siri 221. Inisiatif ini adalah usaha TLDM sejak tahun 2019 untuk mengambil Teknisyen yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan.

Pihak TLDM mendapati Skim DTK adalah pendekatan terbaik buat masa ini bagi mendapatkan Teknisyen yang kompeten, berbanding pendekatan sebelum ini iaitu membangunkan Teknisyen melalui beberapa skim khusus. Selain itu, Skim DTK ini terdapat ruang dan peluang untuk calon graduan Diploma Kejuruteraan untuk terus maju dalam karier. Diantara ruang dan peluang yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

1. Certified Technician (Tc.). Pihak TLDM akan menguruskan proses sewajarnya agar Teknisyen yang layak dan memenuhi syarat sebagai Tc. oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

2. Jurutera Profesional (Ir.). Teknisyen yang memenuhi syarat dan berkelayakan boleh berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (First Degree) atas tajaan TLDM. Jika lulus, layak dan memenuhi syarat, anggota bakal menjadi seorang Jurutera Profesional (Ir.) yang diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

Warga Navy People mengucapkan Selamat Berkhidmat kepada Teknisyen Pengambilan Siri 221 dengan pesanan – Sedia Berkorban.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 798

Semalam 853

Bulan ini 15790

Keseluruhan 1327558

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM