KDSM MERDEKAMerdeka 63. Warga KDSM mengibar Jalur Gemilang di puncak Bukit Tengkorak

SEMPORNA, 1 Sep – Dengan bertemakan Malaysia Prihatin, warga KD SRI SEMPORNA (KDSM) tidak terlepas dari menzahirkan rasa kecintaan kepada negara dengan melaksanakan beberapa aktiviti bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan ke-63 yang disambut pada 31 Ogos saban tahun. Sepanjang bulan Ogos 2020, warga KDSM telah melibatkan diri di dalam beberapa program bersempena dengan bulan kemerdekaan.

Antara program dan aktiviti yang telah dilaksanakan warga KDSM dalam menyemarakkan semangat cintakan negara ini adalah seperti:

a. Program Merdeka @ Komuniti Daerah Semporna.

b. Pop Kuiz Merdeka.

c. Pendakian Bukit Tengkorak.

d. Kempen Derma Darah.

Secara kesimpulannya, kesemua program telah berlangsung dengan jayanya dan dilihat memberi impak positif di dalam menyemarakkan semangat patriotisma dan cintakan negara. Diharapkan program-program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

“SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-63, MALAYSIA PRIHATIN”

Sumber : Pejabat Perhubungan Raya – KD SRI SEMPORNA
Artikel   : Lt Dya Dhiya’ Wathiq binti Johari TLDM
Foto      : LK TLR Ahmad Zaki bin Rail

HRMIS MPPSSelesai. Peserta Kursus HRMIS ATM Siri 3/2020 bergambar bersama 

MASAI, 28 Ogos – Kursus Human Resource Management Information System (HRMIS) ATM Siri 3/2020 telah diadakan bermula 24 hingga 28 Ogos yang lalu bertempat di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM (MPPS TLDM). Kursus yang melibatkan 22 orang peserta terdiri daripada pegawai dan anggota dari ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara bagi pasukan-pasukan atau unit-unit yang berada di Zon Selatan yang mana menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir/Rekod atau Ketua Kerani/Kerani Rekod. Kursus telah dijalankan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara objektif Kursus HRMIS Siri 3/2020 ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan konsep, proses serta fungsi-fungsi yang terlibat bagi modul-modul HRMIS ATM mengikut peranan masing-masing. Seterusnya membimbing peserta akan penggunaan modul yang terdapat dalam sistem ini terutama proses-proses pengurusan sumber manusia.

Majlis Penutup dan penyampaian sijil kursus ini telah disempurnakan oleh Lt Kol Erman Shah bin Mohd Khafe, Pegawai Staf 1 Sistem Informasi. Ketua Staf MPPS TLDM, Kept Ismail bin Othman TLDM turut berkesempatan melakukan lawatan ramah mesra.

Sumber : Seksyen BPR & HRMIS
Artikel   : Lt Kdr Mahazean binti Mat Lawi TLDM
Foto      : BK PBK Hazarul Affendiy bin Ismail

MPAB STBerjalan lancar. Panglima Tentera Laut menyaksikan upacara penyerahan tugas 
Panglima Armada Barat

LUMUT, 21 Ogos – Hari ini dalam lipatan sejarah warga Navy People apabila kepimpinan tertinggi Armada Barat iaitu Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah secara rasmi menyerahkan tampuk pemerintahan Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) kepada Laksamana Madya Dato’ Muhamad Ridzwan bin Abdul Rahman setelah mengemudi Armada Barat selama 1 tahun 1 bulan dan 28 hari sebelum bertukar keluar sebagai Komander National Task Force (NTF).

Laksamana Madya Dato’ Muhamad Ridzwan bin Abdul Rahman telah diberi kepercayaan bagi memimpin warga Navy People di Pangkalan TLDM Lumut sebagai Panglima Armada Barat ke-25 sekaligus menjadi panglima terkanan di Pangkalan TLDM Lumut.

Upacara penyerahan tugas ini telah disaksikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany. Warga Navy People turut sama menyaksikan upacara penurunan insignia pemerintah dan pertukaran teropong simbolik pertukaran tampuk pemerintahan.

Majlis diteruskan dengan upacara serah terima tugas Pengerusi BAKAT (L) Armada Barat di antara Datin Noorul Badriah binti Hj Mohd Said dengan Datin Siti Halijah binti Karim yang disaksikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Laut, Puan Sri Maslina binti Ismail.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

JHEV UtamaSumbangan derma oleh Puan Sri Noorainee sebagai simbolik
pelancaran kempen tabung pahlawan

PETALING JAYA, 19 Ogos - Kempen Tabung Pahlawan 2020 telah dilancarkan oleh YABhg. Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman, selaku penaung kempen tersebut.

Majlis yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama hari ini merupakan kerjasama antara Media Prima Berhad dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia untuk memberi penghormatan dan penghargaan atas pengorbanan para perajurit dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara selama ini.

Kempen ini juga bertujuan menggalakan orang ramai memberi sumbangan ikhlas untuk membantu Veteran ATM yang telah berkorban kepada negara. Hasil kutipan tabung akan digunakan untuk membantu Veteran ATM yang kurang upaya, balu veteran OKU, kos perubatan, bantuan perlatan perubatan, bantuan bencana alam dan bantuan kebajikan yang lain.

Antara yang hadir di majlis pelancaran ini adalah Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan wakil setiap perkhidmatan termasuk Panglima Tentera Laut.

Majlis pagi ini dimeriahkan lagi dengan persembahan kawad senyap oleh warga Navy People selain dari persembahan oleh wakil perkhidmatan yang lain.

Sumber : Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM)

PIKETLatihan praktikal galakkan warga ambil bahagian

TELUK SEPANGGAR, 17 Ogos – Bertempat di Depot Senggara Armada Timur (DSAT), sekumpulan warga Piket BOMBA DSAT yang terdiri daripada 15 orang telah diberi pendedahan dan pengukuhan ilmu berkenaan tatacara melawan kebakaran.

Idea ini tercetus atas keprihatinan dan kesungguhan Pegawai Memerintah DSAT, Kdr Azmin Zar bin Abd Rashid TLDM yang ingin mengukuhkan Piket BOMBA unit ke tahap yang lebih tinggi dan berkeyakinan semasa menghadapi sebarang kemalangan. Acara telah dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh PW I TMK Hafezie bin Omar sebelum latihan praktikal diteruskan di perkarangan depot.

Dalam program ringkas ini, Piket BOMBA DSAT telah diberi peluang melawan kebakaran secara terus dengan menggunakan Alat Pemadam Api Kecil. Dengan peluang dan ilmu yang diperolehi, mereka dilihat teruja dan lebih berkeyakinan dalam menghadapi sebarang malapetaka di masa hadapan.

Sumber : Bahagian Komunikasi Strategik MPAT
Artikel   : Lt Kdr Chin a/l In TLDM
Foto      : LK I TMK Mohd Shahbudin bin Tajudin

 

MAWILLA1 UtamaPANGWILLA 1 bergambar bersama warga MAWILLA 1

KUANTAN, 18 Ogos - Perbarisan Ulung Panglima Wilayah Laut 1 (PANGWILLA 1), YBhg Laksamana Muda Mohd Hatim bin Saad telah diadakan di Auditorium Al-Haimi Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan. Perbarisan ini melibatkan seramai 15 pegawai dan 151 anggota lain-lain pangkat. Perbarisan diketuai oleh KDR Mohd Fadzli bin Abdullah dan dibantu oleh PW I KOM Raja Izam Shah bin Raja Abd Murad sebagai Pegawai Waran Perbarisan. Majlis turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Memerintah, Pegawai-pegawai Kanan dan kakitangan awam MAWILLA 1.

Ketibaan PANGWILLA 1 disambut dengan tabik hormat serta nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya diikuti dengan pemeriksaan ke atas setiap pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang terlibat dalam perbarisan.

Majlis diteruskan dengan upacara pemakaian pangkat 20 anggota dari unit bawah naungan MAWILLA 1 yang dinaikkan ke pangkat masing-masing dari pangkat Pegawai Waran I seorang, Pegawai Waran II seramai 6 orang, Bintara Kanan 6 orang, Bintara Muda 5 orang dan 2 orang Laskar Kanan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Anugerah Bintara dan Laskar Kreatif dan Berkualiti MAWILLA 1 bagi suku ke-2 tahun 2020. Anugerah Bintara Kreatif dan Berkualiti MAWILLA 1 dianugerahkan kepada BM TLR Rosni bin Abd Aziz dari Depot Logistik Wilayah 1, manakala bagi Anugerah Laskar Kreatif dan Berkualiti pula dianugerahkan kepada LK I BDI Nur Faezah binti Abdul Majid dari Sri Kuantan.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar melibatkan warga MAWILLA 1 yang telah menjayakan perbarisan ulung ini.

Sumber : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel   : PW II TNL Ahmad Hafiz bin Yahya
Foto      : LK PAP Saiful bin Ahmad Nasir

JUTRA SMEBarisan ahli Mesyuarat Kajian Pembangunan Laluan Kerjaya
Cawangan Kejuruteraan

MELAKA, 14 Ogos - Mesyuarat Kajian Pembangunan Laluan Kerjaya bagi Subject Matter Experts (SME) Cawangan Kejuruteraan telah dilaksanakan pada 11 hingga 14 Ogos 2020 di Bayview Hotel, Melaka. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Panglima Logistik Barat merangkap Pengarah Kanan Kejuruteraan.

Objektif mesyuarat yang diadakan ini adalah:

a) Menyenaraikan jumlah SME yang diperlukan.
b) Membincangkan jumlah SME yang diperlukan perkhidmatan.
c) Merangka laluan kerjaya yang perlu dilalui SME.
d) Merancang kursus yang perlu dilalui untuk menghasilkan seorang SME.
e) Menetapkan tahap-tahap SME yang diperlukan perkhidmatan.
f) Menambahbaik SME sedia ada.

Kesemua ahli mesyuarat yang terlibat adalah dipilih berdasarkan kepakaran dan kelayakan semasa yang dimiliki. Melalui mesyuarat ini, pembangunan SME di Bahagian Kejuruteraan dilaksanakan dengan lebih komprehensif kerana menerima collective output daripada peserta.

Hasil mesyuarat ini akan digunakan sebagai penambahbaikan berterusan (kaizen) seterusnya memperkasakan pengurusan sumber manusia di Bahagian Kejuruteraan.

Sumber : Bahagian Pembangunan Sumber JUTRA
Artikel   : PS 1 PSIP

JUTRA TDAKerjasama dalam interaksi awal pembangunan PBC ini perlu
diteruskan untuk kebaikan bersama

PUTRAJAYA, 13 Ogos - TLDM melakar sejarah sebagai agensi kerajaan yang pertama melaksanakan Performance Based Contract (PBC). PBC tersebut adalah Kontrak Perkhidmatan Sewaan Helikopter Squirrel untuk TLDM selama 3 tahun mulai 2001 sehingga 2003. Ini disusuli dengan kontrak In-Service Support (ISS) Kapal Selam Kelas Perdana Menteri dari tahun 2010 sehingga sekarang. PBC yang terkini adalah ISS Helikopter Fennec yang berkuatkuasa mulai tahun 2020 hingga 2023.

Bagi memperluas dan memperkasakan lagi PBC di dalam TLDM, hari ini di Putrajaya, Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut telah menjalin inisiatif “learn and work together” dengan Technology Depository Agency Berhad (TDA).

TDA merupakan Pusat Rujukan PBC (Performance Based Contract Centre of Reference) bagi pelaksanaan PBC di sektor perkhidmatan awam. Inisiatif tambahan ini turut dihadiri oleh wakil Bahagian Operasi & Strategi serta Contract Management Office Markas Tentera Laut.

Inisiatif “learn and work together” bertujuan menghasilkan spesifikasi PBC bagi komponen/peralatan sesuatu aset dalam bentuk dokumen teknikal. Dokumen teknikal tersebut akan dijadikan dokumen tender, di mana perolehan perkhidmatan perlu dilaksana secara Tender Terbuka.

Warga Navy People wajar berbangga dengan pencapaian PBC oleh TLDM di peringkat nasional. Namun, penambahbaikan berterusan perlu dilaksanakan agar TLDM terus unggul, cemerlang dan terbilang.

Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung

13 OgosTanda Kenangan. Pegawai Memerintah DSAT menyampaikan cenderahati
kepada Pegawai Laksana PLKS

TELUK SEPANGGAR, 13 Ogos – Pusat Latihan Kapal Selam (PLKS) merupakan satu-satunya unit yang memiliki simulator Kapal Selam Scorpene di dunia. Justeru, Depot Senggara Armada Timur (DSAT) tidak ketinggalan mengambil peluang dengan menganjurkan lawatan sambil belajar ke PLKS bertujuan memberi pendedahan kepada warganya tentang kehidupan sebenar warga kapal selam semasa di darat dan ketika beroperasi di laut.

Lawatan sambil belajar selama tiga hari bermula dari 11 hingga 13 Ogos 20 ini disertai oleh 60 peserta secara keseluruhan. Penyertaan peserta di setiap simulator dilaksanakan secara penggiliran mengikut Standard Operating Procedure (SOP) seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana tidak menggalakkan anggota untuk bersesak di tempat yang sempit dalam satu masa. Pegawai Memerintah DSAT, Kdr Azmin Zar bin Abd Rashid TLDM turut meluangkan masa menyertai lawatan bersama peserta pada hari terakhir.

Dalam taklimat ringkas di setiap simulator, jurulatih yang berkepakaran serta berpengalaman telah menunjukkan demonstrasi pengendalian simulator di samping berkongsi ilmu pengetahuan berkenaan modul-modul latihan yang dilaksanakan di PLKS. Mereka turut memberi penerangan berkenaan cabaran dan langkah keselamatan bagi anggota kapal selam apabila menghadapi situasi kecemasan di dalam kapal.

Lawatan ini dilihat dapat mencapai objektifnya di mana selain warga DSAT memperolehi ilmu, ia turut menyuntik minat warganya yang bercita-cita untuk menjadi sebahagian daripada keluarga angkatan kapal selam.

Sumber : Bahagian Komunikasi Strategik MPA Timur
Artikel   : Lt Kdr Chin a/l In TLDM
Foto      : Lt Dya Bismi Arif bin Mohd Razif TLDM

Majlis Pemakaian Pangkat MPABKenaikan pangkat menyuntik motivasi buat warga Navy People

LUMUT, 12 Ogos – Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Sijil Bintara, Laskar dan Staf Awam Kreatif dan berkualiti Suku Tahun Kedua 2020 MPA Barat telah berlangsung di Serambi Markas MPA Barat.

Majlis yang serba ringkas dengan kehadiran minima warga MPA Barat bersesuaian dengan tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.

Upacara pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Laksamana Pertama Yusne bin Mokhtar, Timbalan Panglima Armada Barat. Seramai 11 anggota lain-lain pangkat (LLP) telah dinaikkan pangkat yang melibatkan seorang Pegawai Waren II yang telah dinaikkan ke pangkat Pegawai Waren I, empat orang Bintara Kanan dinaikkan ke pangkat Pegawai Waren II, tiga orang dinaikkan ke pangkat Bintara Kanan, dua orang dinaikkan ke pangkat Bintara Muda dan seorang telah dinaikkan ke pangkat Laskar Kanan

Dalam majlis yang sama, Timbalan Panglima Armada Barat turut menyampaikan sijil APC kepada dua orang pegawai dan tiga belas anggota Lain-lain pangkat (LLP). Timbalan Panglima Armada Barat juga telah menyampaikan Sijil Bintara, Laskar dan Staf Awam Kreatif dan Kualiti bagi Suku Tahun Kedua 2020 kepada;

1. P/PW II PNK Hamadee bin Haris
2. Laskar I KOM Nurul Ain binti Mohd Ariffin
3. En.Muhamad Abdillah bin Ibrahim

Dalam ucapan beliau,Timbalan Panglima Armada Barat telah menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada kesemua warga Navy People yang dinaikkan pangkat dan berharap dengan kenaikan pangkat tersebut dapat dijadikan pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB
Artikel   : Lt Siti Fatimah binti Muhammad Ali TLDM
Foto      : LK KOM Mohd Jalaluddin Al-Sayuti bin Hj Hamid

 

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 765

Semalam 853

Bulan ini 15757

Keseluruhan 1327525

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM