IHYA RAMADAN

KUALA LUMPUR, 9 Apr - Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan dan Sumbangan Tabung Zakat ATM 1442H telah disempurnakan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM di Masjid Khalid bin Al-Walid hari ini.

Ungkapan Ihya’ Ramadhan membawa maksud memeriahkan atau menghidupkan bulan Ramadhan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah demi mendapatkan keredhaan dari Allah SWT. Program Ihya’ Ramadhan yang dipimpin oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) ini juga bertujuan memupuk semangat warga ATM yang beragama Islam untuk meningkatkan penghayatan dan amalan terhadap agungnya bulan yang penuh dengan keistimewaan ini

Dalam ucapan beliau, Panglima Angkatan Tentera berkata dengan kewujudan Tabung Ihya’ Ramadan ini, peluang untuk kita memperbanyakkan amal jariah serta membelanjakan harta ke jalan Allah akan lebih dipermudahkan. Hasil yang diperolehi daripada kutipan tabung Ihya’ Ramadhan ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan seperti penyediaan juadah berbuka puasa serta pelaksanaan program memasak dan mengagihkan bubur lambuk.

AKS Kejuruteraan, Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah telah mewakili Panglima Tentera Laut menerima sumbangan untuk TLDM. Turut hadir Panglima Tentera Darat, Ketua Staf Markas ATM, wakil Panglima Tentera Udara dan wakil Panglima Angkatan Bersama.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut

CCT 2021Chiefs' Circle Talk siri 1/2021 anjuran Malaysian Institute of Defence & Security (MiDAS)

KUALA LUMPUR, 7 Apr - Sesi pertama Chiefs’ Circle Talk (CCT) untuk tahun ini telah dirasmikan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM di Wisma Perwira ATM. Forum anjuran MiDAS ini melibatkan barisan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM serta melibatkan mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera, Panglima Perkhidmatan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah menyampaikan ucaptama secara rakaman. Enam mantan PTL turut hadir ke sesi hari ini yang bertemakan “Pelaksanaan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara”.

Forum ini merupakan platform dialog bagi stakeholders dalam sektor keselamatan dan pertahanan untuk mengupas secara lebih mendalam kandungan yang terdapat di dalam Kertas Putih Pertahanan. Selain itu, CCT kali ini juga membincangkan perkembangan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara dan hala tujunya.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut

 

PAB 21Serah Tugas Panglima Armada Barat berjalan lancar

LUMUT, 5 Apr – Hari ini dalam lipatan sejarah warga Navy People apabila kepimpinan tertinggi Armada Barat iaitu YBhg Laksamana Madya Dato’ Muhamad Ridwan bin Abdul Rahman secara rasmi menyerahkan tampuk pemerintahan Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) kepada YBhg Laksamana Madya Datuk Abu Bakar bin Mohd Ajis setelah mengemudi Armada Barat selama 227 hari sebelum bertukar keluar sebagai Asisten Ketua Staf Sumber Manusia.

Laksamana Madya Datuk Abu Bakar bin Mohd Ajis telah diberi kepercayaan bagi memimpin warga Navy People di Pangkalan TLDM Lumut sebagai Panglima Armada Barat ke-26. Upacara penyerahan tugas ini telah disaksikan oleh Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany di KD SRI GOMBAK. Warga Navy People di Pangkalan TLDM Lumut, turut sama menyaksikan upacara penurunan insignia pemerintah dan pertukaran teropong simbolik pertukaran tampuk pemerintahan secara lansung dalam talian di Auditorium Zain PUSTAKMAR Lumut Perak.

Rangkuman sepanjang Program Penghargaan Panglima Armada Barat sebelum Majlis Serah Terima Tugas, iaitu dimulia dengan Perbarisan Penghargaan Panglima Armada Barat di Padang Kawad KD PELANDOK pada 31 Mac 2021, diikuti dengan Majlis Ramah Mesra Penghargaan di Auditorium M. Sidek Shabudin KD PELANDOK dan Serambi Markas Pemerintahan Armada Barat. Pada tanggal 2 Apr 2021 diadakan Fleet Review daripada aset-aset dibawah Pemerintahan Panglima Armada Barat serta Street Lining sebagai tanda mengiringi kepulangan YBhg Panglima Barat dan pada sebelah malam pula diadakan Majlis Makan Malam Beradat “Mess Dinner”, merupakan tradisi dalam TLDM.

Buat Mantan Panglima Armada Barat jasa YBhg Dato’ sentiasa dikenang dan kami mengucapkan selamat datang buat Panglima Armada Barat yang baru dan tahniah diucapkan atas kenaikan pangkat YBhg Datuk. Warga Navy People di Pangkalan Lumut Perak mengalu-alukan kedatangan YBhg Laksamana Madya Datuk Abu Bakar bin Mohd Ajis sebagai PA Barat yang ke-26.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

 

TLDM APMMMajlis tandatangan penyerahan RCC

LANGKAWI, 5 Apr – TLDM dan APMM hari ini selesai melaksanakan serah terima 2 Men Recompression Chamber (RCC). Peralatan ini telah diserahkan oleh APMM kepada TLDM untuk kegunaan operasi selam di negara ini. RCC ini merupakan small lightweight recompression chamber jenis 2 Men (one patient and one attendant). Ia digunakan untuk melaksanakan penyahmampatan ke atas penyelam dan merawat penyakit penyelaman sebelum menerima rawatan lanjut dengan hyperbaric.

Inisiatif sedemikian di antara TLDM dan APMM dijangka akan meningkatkan keupayaan Markas Selam dan Peperangan Periuk Api TLDM ke arah sebagai Centre of Excellance (CoE) keupayaan selam negara. Upacara tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan APMM Langkawi, En. Ahmad Fuad bin Ishak dan Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api, Laksamana Pertama Abdullah Sani bin Ismail.

Beberapa inisiatif baharu juga sedang dirangka di antara TLDM-APMM melibatkan aktiviti Search & Rescue. Sehubungan itu, warga Navy People perlu terus berusaha mengoptimumkan sumber ke arah kecemerlangan.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Mk TL
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Pejabat Perhubungan Raya, Markas Wilayah Laut 3

TLDM BEMSesi bergambar bersama BEM

KUALA LUMPUR, 31 Mac - Inisiatif mewujudkan kerjasama di antara TLDM dengan Badan Profesional Kejuruteraan berdasarkan Akta Pendaftaran Jurutera 1967, Akta 138 sedang dirangka. Bagi merealisasikan hasrat ini, perbincangan strategik peringkat awal di antara Pegawai Kejuruteraan dari Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut bersama BEM telah dilaksanakan hari ini di Ibu Pejabat BEM. Perbincangan diketuai oleh Kepten Ts. Mohd Faesac bin Talla TLDM.

Di antara kerjasama strategik jangka panjang yang hendak dilaksana ialah mengukuhkan pelaksanaan pengiktirafan terhadap Jurutera TLDM serta cross contribution BEM/TLDM dalam aspek kejuruteraan di peringkat organisasi dan juga nasional. Justeru, beberapa pelan tindak sedang diperincikan seperti berikut:

a. Mengenal pasti langkah interim bersama pihak BEM bagi memastikan aspek Kejuruteraan di dalam TLDM serta industri adalah sumbang menyumbang dalam aspek know-how, selain seiring dengan keperluan serta teknologi terkini.

b. Menyelaraskan pendaftaran Pegawai Kejuruteraan TLDM yang layak dengan BEM, mengikut peraturan di Akta Pendaftaran Jurutera 1967.

Kerjasama terbaharu ini adalah satu-satunya inisiatif Cawangan Kejuruteraan bagi memperkasakan jaringan (network) dengan semua Badan Profesional seperti BEM, selain berusaha agar warga Navy People yang layak mendapat pengiktirafan sewajarnya dan marketable di masa hadapan. Dijangka inisiatif ini akan memberi Return on Investment (ROI) yang tinggi, bukan sahaja kepada warga Navy People, malah kepada Badan Profesional serta industri terlibat di peringkat nasional.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Mk TL
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Cawangan Pembangunan Sumber, Bahagian Kejuruteraan, Mk TL

 

PRAKTIKAL MENGGARI

KUANTAN, 26 Mac - Kursus Intermediate Interdiction Siri 1 Bil 1/2021 telah dilaksanakan pada 22 hingga 26 Mac 21 di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) Sungai Ular, Gebeng Kuantan, Pahang. Kursus ini dikoordinasikan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang disertai oleh 22 Pegawai APMM dan dua orang Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Objektif utama kursus ini adalah memberi penekanan khusus berpandukan Standard Operating Procedure (SOP) dalam meningkatkan pengetahuan secara teori dan praktikal dalam menggeledah. Selain itu, adalah untuk meningkatkan kebolehan melaksanakan teknik mempertahankan diri dan mengawal situasi yang kritikal serta meningkatkan kemahiran dan keyakinan pegawai sebagai Pegawai Geledah.

Konsep pembelajaran dan pengajaran yang diimplementasikan oleh AMSAS adalah penglibatan semua jurulatih yang telah disenaraikan akan hadir bersama di dalam kelas dan membantu jurulatih yang ditugaskan untuk mengajar bagi setiap modul dari sesi demonstrasi, tambahan fakta serta perkongsian pengalaman semasa jurulatih tersebut berkhidmat di lapangan.

AMSAS telah menyediakan fasiliti khas untuk kegunaan kursus-kursus Interdiction di mana, kelas dan tempat perlaksanaan latihan adalah ditempat yang sama. Setelah selesai menjalani kelas teori dan praktikal, peserta kursus telah didedahkan dengan Latihan Menggeledah yang melibatkan Latihan Menggeledah Tahap 1 dan 2 serta Latihan Menggeledah Sebenar.

Sepanjang Latihan Praktikal ini dijalankan semua juruatih terlibat sebagai penilai dan juga Tekong serta Awak-Awak bagi menimbulkan situasi sebenar semasa proses penggeledahan dijalankan. Penglibatan TLDM di dalam kursus ini wajar diteruskan agar Pegawai Geledah mendapat pendedahan secara lebih khusus terhadap prosedur menggeledah serta tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Boarding Officer (BO). Selain itu, fasiliti dan kepakaran APMM adalah lebih meluas dalam melaksanakan pemeriksaan dan penggeledahan dan amat bermakna untuk TLDM menimba pelajaran dari pengalaman ini.

Usahasama serta kerjasama antara TLDM dan APMM perlu diteruskan agar kursus seperti ini dapat diselaraskan dan penyertaan dari kedua-dua agensi dapat menghasilkan BO yang professional serta seragam dalam melaksanakan tugas semasa di lapangan.

Sumber : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Artikel   : Lt Ahmad Faris bin Fadzil TLDM
Foto      : Lt Dya (M) Mohd Shukri bin Ishak

CERTIFIED PROJECT MANAGERSesi bergambar oleh Pengarah Kanan CPKA, peserta kursus dan tenaga pengajar

LUMUT, 29 Mac - Inisiatif melahirkan lebih ramai Pengurus Projek yang kompeten dan diiktiraf oleh Badan Profesional antarabangsa di kalangan warga Navy People telah dimulakan. Bagi kick-off keperluan ini, kursus Certified Project Manager telah dilaksanakan secara outsource selama seminggu bermula hari ini di Fakulti Kejuruteraan, KD PELANDOK. Kursus kelayakan ini melibatkan 10 pegawai dari ketiga-tiga Cawangan iaitu Eksekutif, Kejuruteraan dan Bekalan.

Inisiatif melahirkan Pegawai TLDM yang kompeten dan diiktiraf di dalam pengurusan projek adalah selari dengan keperluan TLDM iaitu bagi pengurusan projek berimpak tinggi seperti program Littoral Mission Ship (LMS), Fast Interceptor Craft (FIC), penambahbaikan Combat Management System (CMS), Obsolescence Management (OM) dan Obsolescence Program (OP).

Pada masa ini, TLDM hanya memiliki 4 Pegawai yang diiktiraf oleh Badan Profesional antarabangsa dalam bidang pengurusan projek iaitu:
1. Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung - The Australian Institute of Project Management (AIPM).
2. Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin Jeyasekhar Joseph - Project Management Institute (PMI), Amerika Syarikat.
3. Lt Kdr Ir. Lee Juan Jym TLDM - Project Management Institute (PMI), Amerika Syarikat.
4. Lt Kdr Jeffery Daneil Ng See En TLDM - Projects in Control Environments (PRINCE2), United Kingdom.

Kursus kelayakan ini disempurnakan oleh Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin J. Joseph, Pengarah Kanan Cawangan Penguasa Kejuruteraan Armada (CPKA) yang juga merupakan Project Manager Professional (PMP) yang diiktiraf oleh Project Management Institute (PMI), Amerika Syarikat. Beliau turut berkongsi ilmu dan pengalaman yang dimiliki, disamping menyampaikan hasrat Pengurusan Tertinggi TLDM untuk melahirkan warga Navy People yang kompeten dalam pengurusan projek.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Mk TL
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : KD PELANDOK

LAKSMA DATO Ir. Dr. Hj AHMAD MURAD B

KUALA TERENGGANU, 27 Mac - Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Veteran TLDM, Laksamana Pertama Dato’ Ir. Dr. Haji Ahmad Murad bin Haji Omar (Bersara) di atas penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Teknologi (PhD) dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini, sempena Konvokesyen UMT Ke-18.

Penganugerahan PhD ini membanggakan TLDM kerana merupakan warga Navy People yang pertama menerima PhD dalam Teknologi, dan yang kelima menerima PhD dari UMT selepas:
1. Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Dr. Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor (Bersara) - Doktor Pengurusan pada tahun 2007
2. Laksamana Tan Sri Dr. Abdul Aziz bin Hj Jaafar (Bersara) - Doktor Pengurusan pada tahun 2015
3. Laksamana Madya Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ahmad Ramli bin Hj Mohd Nor (Bersara) - Doktor Pengurusan pada tahun 2016
4. Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Panglima Dr. Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin - Doktor Pengurusan pada tahun 2019

Penganugerahan PhD ini adalah lanjutan sumbangan berterusan dan berimpak tinggi Laksamana terhadap arus pendidikan negara serta Badan Profesional di negara ini. Lebih membanggakan, Laksamana adalah Ahli Lembaga Board of Engineer (BEM) Malaysia untuk tahun 2020 hingga 2021, iaitu melakar sejarah sebagai warga TLDM yang pertama menyandang posisi tertinggi di bawah Akta Jurutera 1967. Maklumat tambahan jasa bakti Laksamana adalah seperti di pautan berikut: https://www.facebook.com/355294844528530/posts/2980821591975829/

Sesungguhnya penerimaan Ijazah Kehormat Doktor Teknologi ini wajar dijadikan motivasi dan inspirasi kepada warga Navy People.

Sumber : RMN Chief Engineer Office, Bahagian Kejuruteraan, Mk Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Laksamana Pertama Dato’ Ir. Dr. Haji Ahmad Murad bin Haji Omar (Bersara)

SKTLDMSesi bergambar Bersama ahli Bengkel SME LLP

SITIAWAN, 24 Mac – Inisiatif mewujudkan Subject Matter Expert (SME) di kalangan warga LLP Cawangan Kejuruteraan sedang dimulakan. Bagi kick-off keperluan ini, inisiatif awal melibatkan pembangunan modul SME telah dilaksana melalui Bengkel Khas di SKTLDM Parit, Perak dari 24 hingga 26 Mac 21. Bengkel Khas ini dihadiri oleh Pegawai Kejuruteraan dan Bintara Teknisyen yang berkelayakan serta terpilih sahaja.

Hasrat mewujudkan SME LLP adalah selaras dengan pendekatan TLDM untuk memperkasakan Teknisyen TLDM agar selari dengan keperluan kompetensi di Armada, selain akan marketable di pasaran/industri kelak apabila mereka menamatkan perkhidmatan. Justeru diantara strategi jangka panjang adalah:

a. Mendaftar senarai SME LLP Kejuruteraan mengikut Pekeliling Kerajaan berkuatkuasa, berdasarkan kesuaian kepakaran diperlukan untuk pengoperasian serta senggaraan Aset Pertahanan.

b. Merangka laluan kerjaya jangka panjang dan interim untuk bakal Teknisyen TLDM yang menjadi SME kelak.

Pembangunan SME LLP ini diketuai oleh Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin Jeyasekhar Joseph selaku Pengerusi Penyelia Tred dan Kepakaran (PTK) Kejuruteraan, juga sebagai Pengarah Kanan CPKA, yakni Directorate General Technical Seaworthiness (DGTS). Beliau telah memberikan beberapa strategic guidance dan pendekatan untuk modul SME sebelum boleh diangkat ke Pengurusan Tertinggi TLDM bagi perakuan seterusnya.

Pembangunan SME LLP Cawangan Kejuruteraan ini adalah salah satu inisiatif terkini Cawangan Kejuruteraan bagi memperkasakan in-house capability dan mengurangkan outsource dependency untuk perkhidmatan senggaraan mahupun pembaikan di masa akan datang secara berperingkat. Hasil pembangunan SME melalui Bengkel Khas ini boleh digunakan untuk penambahbaikan berterusan (Kaizen) bagi melestarikan pengurusan sumber manusia di Cawangan Kejuruteraan. Dijangka inisiatif ini akan memberi Return of Investment (ROI) yang tinggi, bukan sahaja kepada TLDM malah kepada anggota LLP yang bakal layak dan diiktiraf sebagai SME.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Mk TL
Artikel   : Laksmana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Cawangan Pembangunan Sumber, Bahagian Kejuruteraan, Mk TL

KD SGR 1KD SELANGOR sebagai Ketua Gugus Tugas (CTG) berjaya laksanakan Penembakan
76mm Medium Range Gun atau A-Gun dalam Perang Borneo 3/21 semalam

KOTA KINABALU, 26 Mac - Perang Borneo Siri 3/21 terlaksana penuh jaya di sekitar Perairan Laut China Selatan semalam.

Siri latihan kali ini telah melibatkan lima buah kapal Armada Timur seperti KD SELANGOR, KD KEDAH, KD SUNDANG, KD SERANG dan KD GANAS serta tiga buah kapal Markas Wilayah Laut 2 iaitu KD YU, KD TODAK dan KD PARI. Turut menyertai latihan kali ini adalah Helikopter Fennec TLDM serta sebuah Bot Tempur CB90.

Eksesais Intra-TLDM ini dilaksanakan bertujuan menguji dan menilai keupayaan serta kesiagaan aset Armada Timur dalam peperangan maritim terutama dalam aspek peperangan, navigasi dan ilmu kelautan.

Selain menguji tahap keupayaan anggota serta aset yang beroperasi di Sabah, eksesais ini turut bertujuan memperagakan kehadiran TLDM di Perairan Laut China Selatan di samping menjadi platform persediaan bagi warga #NavyPeople yang akan menyertai Eks KERISMAS yang dijangka dilaksanakan di pertengahan tahun nanti.

Sumber : Bahagian Komunikasi Strategik MPA Timur

 

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 852

Semalam 978

Bulan ini 6978

Keseluruhan 1290427

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM