KD PERAKPenyampaian Sijil oleh Pangsiaga kepada PM KD PERAK

LUMUT, 5 Sep - KD PERAK telah berjaya menjalani Latihan Penyesuaian Laut (LPL) dengan jayanya. Latihan ini telah dilaksanakan mulai 14 Ogos sehingga 4 Sep 19 bertempat di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) dan Tambatan Pangkalan Lumut (TPL). Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan LPL ini bagi menentukan tahap kesiagaan sumber manusia dan kapal berada di tahap kesiagaan yang tinggi.

Latihan Penyesuaian Laut yang dirancang ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kesiagaan warga dalam tatacara serta prosedur pengendalian evolusi di laut merangkumi keseluruhan aspek tugas dan peranan kapal. Antara aktiviti LPL merangkumi perkara seperti Taklimat LPL, Pemeriksaan Staf di Pelabuhan dan di Laut, Latihan Fasa Pelabuhan, Latihan Fasa Laut, Penilaian Janggal dan Penilaian Kesiagaan Operasi.

Latihan Fasa Laut telah diadakan di perairan Kota Kinabalu dan pelayaran ke TPL dengan mempraktikkan semua evolusi am bersesuaian dengan peranan kapal. Semua evolusi yang dilaksanakan perlu mematuhi prosedur dan langkah keselamatan yang telah ditetapkan. Piawaian masa untuk setiap evolusi adalah seperti yang terkandung dalam Fleet Operational Standard (FOS) dan sepanjang tempoh fasa ini, kapal belayar dengan kapal pengiring bersesuaian dengan rancangan latihan.

Seterusnya, Penilaian Kesiagaan Operasi atau dikenali Operational Readiness Evaluation (ORE) telah dilaksanakan di akhir program LPL. ORE adalah bertujuan untuk menilai pencapaian kesiagaan keseluruhan operasi kapal sebelum kapal dikategorikan sebagai layak ataupun tidak layak beroperasi. Antara latihan yang dilaksanakan semasa ORE adalah seperti Laluan Bebas Periuk Api, Manuvra Taktis, Penembakan Meriam 76mm dan 30mm, MKMA, ECCD, Orang Jatuh Laut, Pemindahan Jackstay Ringan, Menggeledah dan Bersauh secara Formasi. Secara keseluruhan, KD PERAK telah dapat melaksanakan latihan yang dirancang dengan baik.

Penilaian Kesiagaan Operasi telah dinilai dan KD PERAK berjaya memperolehi pencapaian markah 3.92 mengikut SSR (78.4 peratus) dan layak beroperasi sepenuhnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga KD PERAK.

Sumber : Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM

Klik ke galeri

MERDEKAPeserta dayungan KD Sri Semporna

SEMPORNA, 29 Ogos – Ambang Sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-62 kian dirasai. Warga KD SRI SEMPORNA (KDSM) berpeluang melahirkan semangat kecintaan kepada negara dengan melaksanakan aktiviti mendayung dan mengibarkan Jalur Gemilang di Terusan Tando Bulong, Semporna

Aktiviti mendayung melibatkan seramai 90 orang warga KDSM yang telah dikoordinasikan oleh PW II PKL Wan Ibrahim sebagai ketua program. Jarak mendayung adalah sejauh 8 bn. Peserta telah dilepaskan memulakan dayungan seawal jam 7 pagi.

Kemuncak aktiviti mendayung adalah dimana kesemua peserta mendayung telah melintasi perkampungan air daerah Semporna di hadapan Jeti Pelancongan yang menjadi ikon pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara.

Kesemua peserta telah mendayung pulang dan telah selamat tiba di tempat pelepasan sekitar jam 10 pagi. Pegawai Memerintah KDSM, Kepten Ahmad Nazree bin Abu Hassan TLDM melahirkan rasa syukur dan gembiran di atas kejayaan yang diperolehi oleh pasukan pada hari ini. Beliau turut menyifatkan bahawa aktiviti sebegini wajar diteruskan dan ditambah baik bagi menghasilkan impak yang lebih besar bersama penduduk setempat.

Sumber : Pejabat Perhubungan Raya – KD SRI SEMPORNA
Artikel   : Lt Muhammad Haziq bin Sharifuddin TLDM
Foto      : LK PAP (PKL) Burhan bin Samsu

Klik ke galeri

FlashmintMajlis Penutup Eksesais JCET FLASHMINT siri 1/19 

SEMPORNA, 23 Ogos – Majlis Penutup Eksesais JCET FLASHMINT siri 1/19 telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah KD SRI SEMPORNA, Kept Ahmad Nazree bin Abu Hassan TLDM pada 23 Jul 19. Eks JCET Flashmint merupakan acara tahunan yang dilaksanakan melibatkan 2 pasukan khas daripada 2 buah negara iaitu Malaysia dan Amerika Syarikat.

Eks JCET Flashmint siri kali ini sekali lagi menjadikan daerah Semporna sebagai kawasan Latihanbermu 23 Jul hingga 23 Ogos 19. Sepanjang tempoh sebulan eksesais dilaksanakan, beberapa siri latihan seperti Compass Marching, Long Range Navigation, VBSS, Cast and Recovery dan Serangan Amfibi Skala Kecil.

Perkongsian pendapat, teknik serangan serta prosedur latihan merupakan objektif utama eksesais dilaksanakan. Selain daripada itu juga, latihan turut memfokuskan tahap kesiagaan dan readiness anggota-anggota PASKAL.

Keakraban turut dilihat terjalin di antara kedua-dua tim ini dan pengalaman selama sebulan turut di manfaatkan oleh anggota PASKAL bagi meningkatkan keyakinan diri di dalam aspek penguasaan bahasa inggeris.

Majlis penutup telah berlangsung pada 23 Ogos 19 dan anggota Green Beret ODA 1123 turut disajikan dengan pelbagai buahan tempatan seperti Durian, Rambutan dan lain-lain. Secara keseluruhannya, objektif eksesais berjaya dicapai dengan jayanya. Diharapkan agar kerjasama pertahanan seperti ini dapat diteruskan bagi menjamin kesiagaan pertahanan negara amnya.

Sumber     : Pejabat Perhubungan Raya – KD SRI SEMPORNA
Artikel       : Lt Talhah bin Abd Karim TLDM
Foto          : LK I TLR Muhammad Asnawi bin Aminudin

Klik ke galeri

RNO KUCHINGPegawai PWTL Kuching memberi taklimat tentang program yang diadakan

KUCHING, 3 Sep – Unit Pegawai Wakil Tentera Laut Kuching telah melaksanakan Program Kajian Indeks Persepsi Keselamatan Maritim bertempat di Pelabuhan Pending Kuching, Sarawak yang dikoordinasikan oleh Pegawai Operasi Tim Nukleus Mawilla 4. Program ini melibatkan jemputan seramai lebih kurang 30 orang wakil dari pelbagai agensi komuniti maritim dan syarikat perkapalan termasuk wakil Pegawai Eksekutif Pelabuhan Pending. 

Program ini berkonsepkan direct approach di mana tim yang ditugaskan membuat taklimat berkaitan inisiatif Rakan Maritim (RAKAM), aplikasi telefon pintar K3M dan mengisi borang Kajian Indeks Persepsi Keselamatan Maritim.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menilai persepsi komuniti maritim terhadap tahap keselamatan (safety and security) di kawasan perairan berkepentingan di zon Sarawak. Di samping itu juga ia dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara penduduk setempat dengan warga Navy People di Kuching Sarawak.

Sumber   : PR PWTL Kuching
Artikel     : BK TLR Mohd Samsul Ridzuan bin Omon 
Foto        : LK TLS Amir anak Sangalang

Audit Verifikasi MPLAudit Verifikasi Markas Pangkalan Lumut 

LUMUT, 28 Ogos - Markas Pangkalan Lumut telah menjalani Audit Verifikasi (AV) mulai 27 hingga 28 Ogos 19. AV ini merupakan kesinambungan daripada Audit Kesiapsiagaan Markas Pangkalan Lumut bagi tahun 2019 dan dilaksanakan oleh Bahagian Inspektorat Jeneral MPAB bermula semalam bagi menyemak ketepatan setiap ruang teguran semasa Audit Kesiapsiagaan tersebut telah diambil tindakan sepenuhnya.

Seawal jam 0900, juruaudit yang terdiri daripada pegawai dan bintara dari bahagian IJ MPAB telah disambut mesra oleh pihak pengurusan markas. AV kali ini telah diketuai oleh Kdr Murthi A/L Subromoniam selaku AKS Inspektorat Jeneral MPAB. Seterusnya, mereka telah diberikan taklimat oleh Lt Kdr Zairil Fahairi Bin Zainol TLDM berkenaan segala tindakan yang telah diambil terhadap teguran Laporan Audit Kesiapsiagaan yang lepas di Bilik Mesyuarat Markas Pangkalan Lumut. Pada jam 0930, juruaudit telah memulakan audit dengan menyemak semua fail dan bahan bukti berdasarkan maklum balas audit yang lepas.

Setelah selesai, juruaudit telah membentangkan hasil daripada audit yang dilaksanakan dan mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan Markas Pangkalan Lumut kerana mengharungi Audit Verifikasi dengan jayanya. Walau bagaimanapun, terdapat ruang - ruang penambahbaikan yang perlu pihak markas ambil tindakan dengan segera bagi mengekalkan kecemerlangan.

Sumber     : Pejabat IT Mk PL

Klik ke galeri

Hall Of FamePanglima Angkatan Tentera menyerahkan momento Hall Of Fame Ke-14
kepada Panglima Tentera Laut sebagai simbolik penganugerahan

KUALA LUMPUR, 23 Ogos - Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany telah dianugerahkan sebagai ahli Hall of Fame ke-14 Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) hari ini. Datuk Mohd Reza dipilih menjadi ahli Hall of Fame ke-14 dan merupakan salah seorang penuntut MTAT pada tahun 2001.

Upacara telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin dengan penyerahan momento sebagai simbolik penganugerahan.

Di dalam ucapan beliau, Datuk Mohd Reza telah memberi penghargaan kepada ahli-ahli Hall of Fame yang lain dan berbesar hati dapat menyertai mereka. Datuk Mohd Reza turut gembira dapat berjumpa dengan rakan alumni kursus MTAT 30/2001 termasuk Maj Jen Datuk Hasan bin Ali, Laksda Ir Saiful Adli Chung bin Abdullah, Maj Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM, Maj Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan Brig Jen Hj Zawawi bin Hj Adam.

Turut hadir, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Timbalan Naib Canselor UPNM, Prof Emeritus Dato’ Tengku Mohd bin Tengku Sembok, Komandan MTAT, Brig Jen Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, ahli Lembaga Gabenor Maktab, Pegawai-pegawai Kanan serta para penuntut MTAT.

Datuk Mohd Reza dan Tan Sri Hj Affendi turut diraikan sempena ulang tahun kelahiran mereka masing-masing pada 13 dan 21 Ogos yang lalu.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut

Klik ke galeri

Audit MPKSTaklimat Penutup Audit Kedua EKSA

KOTA KINABALU, 22 Ogos - Angkatan Kapal Selam (AKAS) TLDM telah berjaya melaksanakan Audit Dalaman Kedua EKSA bermula 19 hingga 22 Ogos 19 sebagai persediaan untuk menghadapi audit pensijilan oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). 

Selain itu, objektif audit adalah untuk memastikan pembudayaan EKSA di AKAS TLDM menepati Panduan Pelaksanaan EKSA ATM dan MAMPU serta melahirkan suasana kerja yang lebih bersih, selamat dan berimej koporat. Pembudayaan EKSA di AKAS TLDM juga adalah bertepatan dan seiring dengan pelaksanaan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) di samping menerapkan budaya kerja berasaskan International Organisation for Standardization (ISO).

Pihak pengurusan AKAS TLDM sangat komited untuk membudayakan EKSA di semua unit AKAS TLDM selain melihat ianya sebagai satu medium penambahbaikan yang lebih efektif kepada selenggara dan kesiagaan. Audit Dalaman Kedua EKSA telah mencatatkan pencapaian BAIK dengan markah 87 peratus.

Sumber : Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS)
Artikel   : Lt Kdr Norhasim bin Nordin TLDM
Foto      : Sel Fotografi dan Penerbitan, MPKS

Klik ke galeri

Lawatan PROTELA MkTLPegawai dan Anggota PROTELA MKTL yang terlibat bergambar kenangan 
bersama Pegawai Jabatan Kimia Malaysia 

15 Ogos - Provos Tentera Laut (PROTELA) dari Markas Tentera Laut telah melaksanakan lawatan sambil belajar ke Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia. Lawatan ini disertai seramai 15 orang pegawai dan anggota PROTELA yang diketuai oleh Marsyal Provos Kept Abd Hamid bin Ali TLDM.

Peserta telah diberi taklimat khas tentang sejarah penubuhan, visi dan misi serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Jabatan Kimia Malaysia. Diikuti dengan sesi taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Cik Farah Idwani binti Abd Rahman. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pegawai dan anggota berkaitan Bahagian Narkotik, Toksikologi dan Pemeriksaan Dokumen. Bahagian Narkotik menjalankan analisis dadah atau bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan dadah haram di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan memeriksa peralatan, Toksikologi menjalankan analisis dalam pengesanan racun di dalam specimen biologi bagi tujuan penguatkuasaan manakala Bahagian Pemeriksaan Dokumen menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dokumen seperti pemeriksaan tulisan tangan, pemalsuan tandatangan dan pengubahan dokumen.

Seterusnya para peserta lawatan dibawa melawat ke beberapa makmal seperti makmal Bahagian Narkotik, Bahagian Toksikologi dan Bahagian Pemeriksaan Dokumen. Di Bahagian Toksikologi misalnya, peserta lawatan dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai analisis alkohol dalam darah, air kencing, dadah merbahaya dalam bendalir badan dan racun berjadual.

Aktiviti lawatan ini menjadi satu aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh peserta kerana berpeluang untuk meneroka pengetahuan baru dan ianya memberi pelbagai impak positif kepada kami yang terlibat dengan bidang penguatkuasaan. Lawatan diakhiri dengan penyerahan cenderahati kepada wakil dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Vanitha Kunalan.

Sumber : Provos Tentera Laut (PROTELA) Markas Tentera Laut
Artikel   : Lt Ahmad Muslihin bin Mohamad Umbaidah TLDM 

MTA RMN USN 19Jalinan kerjasama diperkukuh dengan MTA TLAS-TLDM 2019

LUMUT, 14 Ogos – Majlis Pembukaan ‘Maritime Training Activity’ (MTA) RMN-USN 2019 telah disempurnakan oleh Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah serta disaksikan oleh Panglima Penguasa Maritim Pasifik, Laksamana Madya Linda L.Fagan di Tambatan Pangkalan Lumut hari ini.

MTA TLDM-TLAS 2019 ini telah bermula pada 13 sehingga 18 Ogos 19. Eksesais selama enam hari ini akan dilaksanakan di Pangkalan TLDM Lumut dan di sekitar Selat Melaka. Eksesais kali ini merangkumi pelbagai acara termasuklah acara pembukaan, sukan persahabatan, Pertukaran Pakar Subjek atau Subject Matter Expert Exchange (SMEE) dan Field Training Exercise (FTX).

Panglima Armada Barat dalam ucapan beliau menekankan kepentingan program seumpama ini untuk terus dilaksanakan. Menarik kali ini, ia turut melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan United States Coast Guard (USCG). Menurut beliau, MTA TLDM-TLAS ini dilihat sebagai satu inisiatif bagi hubungan ketenteraan dua hala serta agensi penguatkuasaan maritim untuk terus memperkukuh kerjasama and menjalin integrasi dalam mempertingkat kestabilan serantau dan keselamatan maritim.

Eksesais kali ini melibatkan seramai hampir 300 hadirin dan beberapa aset TLDM seperti KD LEKIU, KD GAGAH SAMUDERA manakala Maritim Malaysia akan diwakili KM MARLIN. Aset TLAS dan USCGS yang akan terlibat pula adalah USS MONTGOMERY, USNS SALVOR dan USCGS STRATTON.

Majlis diakhiri dengan sesi lawatan ke kapal USS MONTGOMERY, USCGS STRATTON dan di sekitar unit Pangkalan yang mengambil bahagian dalam MTA TLAS-TLDM 2019.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

9 Ogos - Bahagian Komunikasi dan Sistem Informasi berbesar hati menerima kunjungan daripada delegasi Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian, Universiti Malaysia Pahang (UMP). Delegasi ini yang terdiri daripada 13 orang pensyarah diketuai oleh Timbalan Dekan Fakulti iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Nizam bin Mohd Kahar.

1
Pengarah Sistem Informasi dan Timbalan Dekan Fakulti
berbincang hala tuju kerjasama TLDM - UMP

Perbincangan selama hampir dua jam ini merangkumi kerjasama yang boleh dilaksanakan dalam latihan atau seminar berkenaan perkembangan dan pembangunan ICT serta Big Data Analytic (BDA). TLDM juga menawarkan untuk menjadi platform kajian bagi penyelidikan yang memberi manfaat kepada perkhidmatan dan bersedia memberikan kerjasama yang sewajarnya. Delegasi dari UMP menunjukkan minat untuk bersama-sama terlibat dengan Research and Development (R&D) dalam ICT TLDM kerana banyak peluang yang boleh digunakan oleh pensyarah dan pelajar untuk meneroka industri baru.

2
Delegasi UMP bergambar di Pejabar Sistem Informasi

Kemuncak perbincangan, kedua-dua pihak bercadang untuk melaksanakan kerjasama antara TLDM dan UMP bagi merealisasikan matlamat yang bakal memberi manfaat kepada semua.

Sumber : Cawangan Informasi MkTL - KSI
Artikel : Lt Kdr Eini Suriani binti Louis TLDM

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 222

Semalam 723

Bulan ini 15586

Keseluruhan 730099

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM