UTAMA PANGWILLA 1Simbolik penyerahan pemerintahan disaksikan oleh Panglima Armada Barat

KUANTAN, 26 Jun – Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) telah melaksanakan Majlis Serah Terima Tugas Panglima Wilayah Laut 1 yang berlangsung di Auditorium Sharif, KD SULTAN ISMAIL (KDSI), Tanjung Pengelih, Johor. Majlis telah disaksikan oleh Yang Berbahagia Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah, Panglima Armada Barat.

Ketibaan Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah telah disambut oleh Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Abu Bakar bin Mohd Ajis, dan Laksamana Muda Mohd Hatim bin Saad. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya. Majlis diteruskan dengan upacara serah terima tugas Panglima Wilayah Laut 1 di antara Laksamana Muda Abu Bakar bin Mohd Ajis dan Laksamana Muda Mohd Hatim bin Saad sebagai Panglima Wilayah Laut 1. Selain itu majlis ini turut menyaksikan acara penyerahan Pengerusi BAKAT (L) MAWILLA 1 di antara Puan Mazuiyah binti Mohd Dom dan Puan Sarinah binti Osman. Majlis ini turut dihadiri oleh pengerusi BAKAT (L) Armada Barat, Datin Noorul Badriah binti Hj Mohd Said. Majlis serah menyerah tugas diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ybhg Panglima Wilayah Laut 1 yang baharu.dan sesi bergambar bersama Panglima Armada Barat dan Kesemua Pegawai Memerintah Kapal dan Unit MAWILLA 1.

Sumber : Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel   : Lt Muhamad Naim bin Zainol Abidin TLDM
Foto      : LK PBS Shahfulnizam bin Abu Kasim

Klik ke galeri

FATAMAPanglima Armada Barat bergambar bersama Komuniti Blok C-32
di Landskap Taman FATAMA

LUMUT, 7 Jun 20 - Majlis perasmian landskap tumbuhan hijau di perkarangan Blok C-32, Kediaman Pegawai RKTLDM Lumut telah disempurnakan oleh Panglima Armada Barat Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah. Majlis telah dimulakan dengan lawatan tapak landskap oleh Panglima Armada Barat dan beliau turut berbesar hati menanam pokok ciku sebagai simbolik perasmian taman landskap tersebut. Menyusuli acara pada pagi itu, majlis penyampaian sijil penghargaan kepada penghuni dan ucapan oleh Panglima Armada Barat.

Ilham taman atau landskap yang diberi nama FATAMA telah dicetuskan daripada huruf pertama bagi nama setiap isteri bagi penghuni blok kediaman C-32 yang secara langsung terbabit dalam menghasilkan landskap tersebut. Pembinaan taman ini telah mula dirancang pada awal Mac hasil cetusan idea Panglima Armada Barat sendiri yang ingin melihat persekitaran kediaman yang lebih kondusif dan selesa. Penghasilan landskap ini juga amat bertepatan dan selari dengan saranan kerajaan negeri Perak, di mana pada 3 Mac 20 yang lalu, Hari Landskap Negara 2020 Negeri Perak telah berlangsung dan bertemakan ‘Generasi Muda Mencorak Landskap Negara’.

Disamping itu, dalam ucapan penghargaan kepada penghuni blok, Panglima Armada Barat turut menyuntik semangat kepada komuniti blok tersebut dengan menggalakkan mereka agar usaha murni ini diteruskan dengan konsisten serta mengambil semangat ‘Rumah ku Syurga Ku’ sebagai satu pemangkin untuk terus mengekalkan pemuliharaan ekosistem yang berkonsepkan landskap.

Selain itu, pembinaan taman ni juga merupakan satu dasar inisiatif bagi merapatkan hubungan jiran tetangga, mewujudkan tempat yang selesa untuk bersosial dengan jiran dan beriadah serta menyahut seruan “Green Navy”. Aktiviti merangka tapak di halaman hadapan blok telah mula dilaksanakan pada 13 Mei 20 iaitu 10 hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kesemua penghuni blok kediaman telah berganding bahu memberikan kerjasama yang baik dalam menyiapkan pembinaan taman ini. Pelbagai jenis tanaman yang ditanam di taman ini termasuk pokok Cempaka, kelapa tacunan, bunga raya, Japanese Blossom, pokok rhu dan lain-lain. Pelbagai jenis tanaman lain turut dirancang akan ditambah bagi memeriahkan dan mencantikkan lagi taman ini pada masa akan datang.

Sumber : Pejabat IT Mk PL

 

FOCDelegasi mematri kenangan bersama sebelum menaiki Bot Tempur CB90

LUMUT, 19 Mei - Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, Yang Berbahagia Datuk Muez bin Abd Aziz telah hadir ke Pangkalan TLDM Lumut bagi melaksanakan lawatan kerja beliau. Panglima Tentera Laut, Laksmana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany bersama Panglima Armada Barat, Laksama Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah menyambut ketibaan KSU di Tambatan Pangkalan TLDM sebelum mengiringi beliau dan delegasi menaiki bot tempur CB90. 

Dalam lawatan kerja ini, KSU telah dibawa untuk menyaksikan demontrasi keupayaan yang disertai anggota Pasukan Khas Laut, Markas Udara TLDM dan kru bot tempur serta melibatkan penggunaan 2 buah bot RHIB dan sebuah bot tempur CB90. Demonsstrasi ini telah dilaksanaka di sekitar Pulau Pangkor dan bertujuan untuk memperlihat keupayaan dan peranan bot CB90 dan RHIB TLDM semasa melaksanakan operasi selain turut memberi gambaran jelas mengenai keperluan mendesak penambahan aset tersebut di dalam TLDM.

Sebelum meninggalkan Pangkalan TLDM Lumut, KSU bersama Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Pertahanan, Yang Berusaha Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman turut sama meluangkan masa bagi mendengar taklimat ringkas dan perancangan operasi TLDM sewaktu lebaran nanti.


Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB
Artikel   : BM TNL Norazi bin Ismail
Foto      : LK PAP Annur Ehsan@Zahrir bin Almonsani


PFLNG DuaTenang. Pemandangan PFLNG DUA dari KD LEKIU

LUMUT, 30 Jan - OP ROTAN merupakan operasi yang telah ditugaskan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) khasnya bagi mengiringi struktur mega PETRONAS Floating Liqufied Natural Gas (PFLNG) DUA milik Syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Operasi ini telah diaktifkan bermula 15 Feb hingga 3 Mac 20 dan berkonsepkan Op Iring yang melibatkan aset TLDM iaitu KD LEKIU, pesawat Super Lynx dan Pasukan Khas Laut (PASKAL) bagi mengiringi PFLNG DUA dari Samsung Heavy Industry (SHI), Geoje, Korea Selatan ke Medan Rotan yang terletak 120 batu nautika Timur Laut Labuan.

PFLNG DUA merupakan struktur mega kemudahan gas asli cecair terapung PETRONAS yang telah siap dibina di Samsung Heavy Industry (SHI), Geoje, Korea Selatan dan juga telah memulakan pelayaran pertama pulang ke tanah air bermula 18 Feb hingga 3 Mac 20 yang diiringi oleh KD LEKIU selama 15 hari. PFLNG DUA juga disokong oleh 3 buah kapal tunda berbendera Singapura sepanjang pelayaran tersebut.

Dengan penugasan sejauh 6100 Batu Nautika selama 31 hari, Penglibatan TLDM secara amnya adalah memberi perlindungan keselamatan kepada struktur PFLNG DUA bagi memastikan ia selamat tiba di Medan Rotan, Sabah. Ianya telah diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambil kira kepentingannya kepada ekonomi negara dan juga risiko dari ancaman luar berikutan nilai aset yang tinggi.

Antara persediaan bagi misi OP ROTAN adalah pelaksanaan Force Protection Measure (FPM), PASKAL Insertion Training, Medical Evacuation (MEDEVAC) dan perbincangan Table Top Exercise (TTX) antara TLDM bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Delegasi Petronas dan juga Tim Projek PFLNG DUA bagi memastikan segala aspek keselamatan telah diambil kira beserta konsep pelaksanaan OP ROTAN sepanjang penugasan aset TLDM. KD LEKIU telah berlepas dari Tambatan Pangkalan Lumut (TPL) pada 30 Jan 20 dan tiba di Geoje, Korea Selatan pada 12 Feb 20 sebelum memulakan pelayaran mengiringi PFLNG DUA pada 18 Feb 20.

Selain itu, KD LEKIU juga berkesempatan untuk berinteraksi bersama TYT Dato’ Mohd Ashri selaku Duta Malaysia di Korea Selatan, pihak pengurusan tertinggi PETRONAS dan delegasi Republic of Korean Navy (ROKN) semasa Majlis Resepsi di Geladak Penerbangan KD LEKIU. Ia secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan. Majlis telah disempurnakan dengan ucapan penghargaan oleh Kept Shaiful Nizam bin Abdul Manan TLDM selaku Pegawai Memerintah KD LEKIU.

Dengan pelayaran selama 15 hari, OP ROTAN telah ditamatkan setiba struktur PFLNG DUA di Medan Rotan, Sabah pada 3 Mac 20. Operasi ini merupakan antara pencapaian TLDM dan ia secara tidak langsung membuktikan bahawa TLDM sentiasa komited dengan misinya iaitu “Melindungi Kedaulatan dan Kepentingan Negara”.

Sumber : Perhubungan Strategik Markas Armada Barat
Artikel   : Lt Dya Az-Zahrawi bin Ismail @ Yusri TLDM
Foto      : KD LEKIU

Klik ke galeri

PTD SJRPanglima Tentera Darat dan Panglima Armada Barat berpuas hati
dengan taklimat lokasi SJR

LUMUT, 20 Apr - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi turun padang ke Pangkalan TLDM Lumut bagi melaksanakan tinjauan ke lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) OP PENAWAR Siri 1/20 di Sektor Daerah Manjung.

Panglima Tentera Darat yang hadir menaiki helikopter Agusta milik Tentera Darat disambut baik oleh Panglima Armada Barat di Markas Udara TLDM sebelum dibawa ke dua lokasi SJR di Changkat Chermin dan Shell Lumut. Lawatan kerja sehari ini bertujuan memantau kelancaran operasi dan melihat dengan lebih dekat penugasan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki Fasa Ketiga bermula 15 hingga 28 Apr 20.

Lawatan ini turut disertai oleh Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Mohd Nazri bin Hj Mami, Panglima Logistik TD, Lt Jen Dato’ Hanafiah bin Jaafar, AKS Sumber Manusia TD, Mejar Jeneral Dato’ Badrul Hisham bin Muhammad dan Pengarah Seketeriat TD, Kol Samsul Rizal bin Musa.

Selain meninggalkan nota yang menyuntik semangat kepada petugas barisan hadapan SJR, Panglima Tentera Darat turut mendengar taklimat perkembangan terkini tentang statistik pergerakan kenderaan selain turut meluangkan masa beramah mesra dengan petugas SJR bagi mendapatkan input dan memberikan kata-kata semangat kepada setiap petugas. Beliau turut menyerahkan sumbangan kepada petugas SJR sebagai penghargaan ke atas pengorbanan masa dan tenaga yang dicurahkan.

Sesungguhnya, lawatan ini nyata memberi impak positif kepada petugas selain turut mencerminkan sikap prihatin kepimpinan tertinggi kepada petugas.

Sumber : Bahagian Komunikasi Strategik MPAB
Artikel   : P/BM TNL Norazi bin Ismail
Foto      : LK PAP An Nur Ehsan @ Zahir bin Almonsani

 

Utama TukarTaklimat HIRARC oleh Pegawai Memerintah KDSM

SEMPORNA, 17 Apr – Hazard Identification, Risk Assestment and Risk Control atau lebih dikenali sebagai HIRARC merupakan langkah di dalam pencegahan sebarang kemalangan di tempat kerja. Warga KD SRI SEMPORNA (KDSM) telah berpeluang mengikuti dan mendalami ilmu berkaitan HIRARC dimana taklimat ini telah disampaikan oleh YBhg Pegawai Memerintah, Kept Ahmad Nazree bin Abu Hassan TLDM. Taklimat ini telah disampaikan di Dewan Nusalanong, Wisma Semporna.

Taklimat yang melibatkan pegawai dan bintara pasukan ini telah berlangsung selama 2 jam. Beberapa modul penyampaian telah dijadikan medium sepanjang taklimat berlangsung. Antaranya adalah sesi pembentangan slaid dan brainstorming pemikiran kritis melalui kenyataan masalah atau situasi. Kesemua peserta taklimat telah mempamerkan kerjasama dan memberikan respon yang baik sepanjang taklimat berlangsung.

Secara Keseluruhannya, taklimat berjaya disampaikan dan difahami dengan baik oleh peserta yang terlibat. Program sedemikian adalah dilihat bersesuaian dengan kehendak pengurusan tertinggi TLDM di dalam mengamalkan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) atau lebih dikenali sebagai Navy Safe. Safe First Safety Always!

Sumber : Pejabat Perhubungan Raya – KD SRI SEMPORNA
Artikel   : Lt Muhammad Haziq bin Sharifuddin TLDM
Foto      : LK TLR Mohd Zaki bin Rail

Green Navy KDSMWarga KDSM berjalan kaki menuju ke bangunan
pentadbiran pasukan

SEMPORNA, 15 Apr – Sejajar dengan inisiatif yang telah digariskan oleh Pengurusan Tertinggi TLDM, KD SRI SEMPORNA (KDSM) telah melaksanakan Program Amalan Green Navy peringkat pasukan. Program pada kali ini telah melibatkan semua warga KDSM dan telah dibahagikan kepada 2 fasa pelaksanaan. Fasa-fasa ini dibahagikan kepada fasa pertama dan fasa kedua mengikut kepada tempoh dan durasi masa pelaksanaan.

Fasa pertama ini telah dimulakan mulai jam 7 pagi sehingga 6 petang manakala fasa kedua pula menyaksikan keseluruhan mengambil bahagian pada jam 9 malam sehingga jam 10 malam. Sepanjang program ini berlangsung, beberapa amalan telah berjaya dilaksanakan.

Fasa Pertama (0700H – 1800H)

1. Hari Tanpa Kenderaan Bermotor
2. Hari Tanpa Tembakau dan Rokok Elektronik
3. Hari Tanpa Plastik
4. Program Kitar Semula

Fasa Kedua pula diselarikan bersesuaian dengan inisiatif Earth Hour dimana keseluruhan pangkalan telah mematikan bekalan elektrik untuk tempoh 1 jam. Segala inisiatif dan amalan ini bertujuan membudayakan sikap cintakan alam dan sebagai langkah penjimatan elektrik. Pada masa yang sama juga, warga diperamati tetap mematuhi penjarakan sosial di dalam segala aktiviti yang telah dilaksanakan.

Secara umumnya, pasukan telah berjaya mengumpulkan 8Kg botol plastik, 40kg kotak kertas dan sebahagian bahan kitar semula lain di dalam pelaksanaan amalan ini. Secara kesimpulannya, objektif program berjaya dicapai dan berjaya meningkatkan kesedaran warga di dalam Pembudayaan Amalan Green Navy.

Sumber : Pejabat Perhubungan Raya – KD SRI SEMPORNA
Artikel   : Lt Dya Ahmad Irfan Afif bin Azman PSSTLDM
Foto      : LK PAP (PKL) Burhan bin Samsu

KDSM UTAMAKepten Ahmad Nazree menyempurnakan pemakaian pangkat
warga KDSM

SEMPORNA, 14 April – Berlangsung satu Majlis Pemakaian Pangkat bagi Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di padang kawad KD SRI SEMPORNA. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Pegawai Memerintah iaitu Kepten Ahmad Nazree bin Abu Hassan TLDM.

Senarai pegawai dan anggota LLP yang telah dinaikkan pangkat adalah seperti berikut:

Lt Dya TLDM ke Lt TLDM:

1. Lt Dya Nor Shadilah binti Saidan TLDM N/405454
2. Lt Dya Amir Bush bin Amir TLDM N/405492

Bintara Muda ke Bintara Kanan:
3. 827229 BM PAP (PKL) Amrin bin Abdul Hakim

Laskar Kanan ke Bintara Muda:

4. 828092 LK PAP (GI) (PKL) Zulkefli bin Mohd @ Kamaruddin
5. 829360 LK PWP Kamaruddin bin Kalik

Majlis turut menyaksikan warga pangkalan yang hadir telah memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakkan sosial sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia demi mencegah penularan wabak COVID-19. Secara kesimpulannya, majlis berjalan dengan lancar dan telah diakhiri dengan bacaan doa oleh Lt Amir Bush bin Amir TLDM.

Sumber : Pejabat Perhubungan Raya – KD SRI SEMPORNA
Artikel   : Lt Amir Bush bn Amir TLDM
Foto      : LK TLR Ahmad Zaki bin Rail

DSC 4993Tahniah. Semoga prestasi kekal cemerlang

KUALA LUMPUR, 14 Apr - Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany hari ini meraikan kenaikan pangkat Navy People dalam satu majlis yang sederhana tetapi penuh bermakna. Majlis pemakaian pangkat melibatkan 24 orang pegawai TLDM, termasuk dua orang pegawai kanan yang dinaikkan pangkat ke Laksamana Pertama.

Panglima Tentera Laut turut menyempurnakan pemakaian pangkat bagi 2 pegawai PSSTLDM yang dinaikkan pangkat ke Leftenan Madya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang dinaikkan pangkat dan berharap dengan kenaikan pangkat tersebut menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang.

Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut

MPAB 13 AprKenaikan pangkat menyuntik motivasi buat warga Navy People

LUMUT, 13 Apr – Penuh ringkas namun penuh bermakna. Inilah gambaran suasana majlis pemakaian pangkat warga Navy People yang telah berlangsung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 di Markas Pemerintahan Armada Barat. Majlis yang hanya dihadiri oleh segelintir warga ini adalah seiring dengan prosedur keselamatan yang telah digariskan. Pihak penganjur juga telah mengambil langkah pencegahan dan keselamatan dengan mempraktikkan kedudukan jarak sosial antara seorang individu ke individu lain selain turut mewajibkan setiap individu untuk memakai topeng muka sebilang masa kecuali ketika pemakaian pangkat dilaksanakan.

Upacara pemakaian pangkat ini telah dilaksanakan bagi meraikan kenaikan pangkat bagi lima orang Pegawai TLDM dan 20 anggota lain-lain pangkat (LLP).

Antara yang menerima kenaikan pangkat hari ini adalah:

Kept TLDM kepada Pemangku Laksamana Pertama
1. Kapten Hj Satria Sarawak bin Hj Jais TLDM – Pegawai Memerintah Depot Bekalan Armada Barat.

Komander TLDM kepada Kepten TLDM
1. Kdr Hj Shaiful Fadzli bin Ismail TLDM – Pegawai Memerintah KD KEDAH.
2. Kdr Mohd Nazree bin Hj Mohd Noor TLDM – AKS Logistik MPA Barat
3. Kdr Ir. Razali bin Mohd Arsad TLDM - Pegawai Memerintah Depot Senggaraan Armada Barat.

Lt Dya TLDM kepada Lt TLDM
1. Lt Dya Nur Asikin binti Johari TLDM – MPA Barat.

Seterusnya, Panglima Armada Barat turut menyempurnakan pemakaian pangkat bagi 4 orang Pemangku Pegawai Waran II, 4 orang Pemangku Bintara Kanan dan 12 orang Pemangku Bintara Muda.

Dalam ucapan beliau, Panglima Armada Barat telah menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada kesemua warga yang dinaikkan pangkat dan berharap dengan kenaikan pangkat tersebut dapat dijadikan pemangkin semangat untuk terus cemerlang. Di samping itu, beliau juga mengingatkan warga supaya sentiasa tabah dan sabar dalam tempoh PKP ini selain turut menitikberatkan penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB
Artikel   : P/BM TNL Norazi bin Ismail
Foto      : LK PAP An Nur Ehsan @ Zahir bin Almonsani

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 711

Semalam 801

Bulan ini 8582

Keseluruhan 802242

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM