Jumaat, 12 April 2019 12:47

ATLET TLDMLaksma Anuar bin Mohamed bersama pegawai dan atlet TLDM selesai upacara
perasmian penutup 
Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2019

LEMBAH KLANG, 12 Apr - Karnival Sukan Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia 2019 anjuran Lembaga Sukan Tentera Darat Malaysia (TDM) telah berlangsung pada 8 hingga 12 Apr 19 di sekitar kawasan Lembah Klang dan Kem Terendak, Melaka. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah Bola Tampar Lelaki, Bola Tampar Wanita, Bola Tampar Pegawai Lelaki , Petanque, Ping Pong, Polo Air dan Renang. Karnival Sukan ini telah berjalan dengan lancar dan meriah. Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:

a) Bola Tampar Lelaki

Johan: TLDM

N/Johan: TDM

Ketiga: TUDM

b) Bola Tampar Wanita

Johan: TLDM

N/Johan: TDM

Ketiga: TUDM

c) Bola Tampar Pegawai Lelaki

Johan: TDM

N/Johan: TUDM

Ketiga: TLDM

d) Petanque

Johan: TUDM

N/Johan: TLDM

Ketiga: TDM

e) Ping Pong

Johan: TUDM

N/Johan: TLDM

Ketiga: TDM

f) Polo Air

Johan: TDM

N/Johan: TLDM

Ketiga: TUDM

g) Renang

Johan: TDM

N/Johan: TLDM

Ketiga: TUDM

Untuk karnival sukan pada kali ini, pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah memenangi 2 acara iaitu Bola Tampar Lelaki dan Bola Tampar Wanita manakala Bola Tampar Pegawai Lelaki mendapat tempat ketiga. Acara Petanque, Renang, Polo Air dan Ping Pong mendapat Naib Johan.

Pihak Lembaga Kawalan Sukan TLDM (LEKAS TLDM) telah memberikan wang insentif kepada persatuan yang mendapat johan untuk menaikkan lagi semangat juang dan moral atlet agar sentiasa mengekalkan prestasi dan mengharumkan nama TLDM.

Upacara penutup telah disempurnakan oleh Lt Jen Dato’ Kamaruzaman bin Mohd Othman TUDM selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Angkatan Tentera.

Tahniah kepada pengurusan dan atlet TLDM atas kemenangan ini. Terima kasih kepada semua pihak terutama Pegawai Memerintah unit yang telah memberi pelepasan kepada atlet-atlet TLDM.

"Talent wins games, but teamwork and intelligence wins championships.” -Michael Jordan

Bersama kita berusaha mencapai misi kejuaraan kali ke-12 berturut-turut dalam ISG 2019 ini.

Majulah Sukan untuk TLDM.

Sumber : Lembaga Kawalan Sukan TLDM
Artikel   : Lt Kdr Mohd Firdaus bin Abdul Rahim TLDM

Klik ke galeri

Khamis, 14 Mac 2019 07:52

DSC 7066 Ucapan oleh Pegawai Laksana

LUMUT, 14 Mac – Kejohanan Sukan Antara Awasan PROTELA Lumut bagi tahun 2019 telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Bangunan Kompleks Sukan PROTELA Pangkalan TLDM Lumut. Majlis yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Pegawai Laksana Lt Kdr Asuwadi bin Mat Yakob TLDM dan disertai oleh pegawai dan warga PROTELA Lumut TLDM.

Dalam ucapan beliau, Pegawai Laksana berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa pasukan PROTELA Lumut kerana telah berjaya melaksanakan kejohanan Sukan Antara Awasan pada tahun ini. Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga PROTELA kerana telah memberi sokongan yang padu sepanjang kejohanan ini berlangsung dengan melibatkan diri dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyatakan komitmen kepada pasukan yang diwakili.

Sumber : Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut

Klik ke galeri

Sabtu, 27 Oktober 2018 02:54

ALOR SETAR 26 Okt 18 - Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2018 anjuran Lembaga Sukan TUDM telah berlangsung pada 22 hingga 26 Okt 18 di Kolej Tentera Udara, Alor Setar, Kedah. Kejohanan pada kali ini dijalankan secara karnival. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah Memanah, Bola Tampar Lelaki, Bola Tampar Wanita dan Badminton. Kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan meriah. Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:

1Atlet Persatuan Sukan Memanah TLDM

a) Memanah
Johan: TLDM
N/Johan: TUDM
Ketiga: TDM

2Atlet Sukan Bola Tampar Lelaki TLDM

b) Bola Tampar Lelaki
Johan: TDM
N/Johan: TLDM
Ketiga: TUDM

3Atlet Sukan Bola Tampar Wanita TLDM

c) Bola Tampar Wanita
Johan: TLDM
N/Johan: TDM
Ketiga: TUDM

4Pasukan Badminton TLDM

d) Badminton
Johan: TLDM
N/Johan: TDM
Ketiga: TUDM

Untuk kejohanan pada kali ini, TLDM telah mendapat keputusan cemerlang dengan merangkul kejuaraan dalam tiga acara iaitu Memanah, Bola Tampar Wanita dan Badminton. Manakala Bola Tampar Lelaki mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut.

Dengan kemenangan ini, pihak Lembaga Kawalan Sukan TLDM (LEKAS TLDM) telah memberikan skim insentif kemenangan LEKAS kepada persatuan yang beroleh kemenangan Johan, bertujuan menaikkan lagi semangat juang dan moral agar sentiasa mengekalkan prestasi demi menaikkan nama TLDM.

5Perlawanan akhir Bola Tampar Wanita TLDM menentang pasukan TDM
6Perlawanan akhir Bola Tampar Lelaki diantara Pasukan TLDM
menentang pasukan TDM
7Atlet-atlet sukan TLDM bergambar bersama Panglima Wilayah Laut 3
8Pemberian skim insentif kemenangan LEKAS kepada pasukan
Bola Tampar Wanita TLDM
9Pemberian skim insentif kemenangan LEKAS kepada Pasukan Badminton TLDM
10Pemberian skim insentif kemenangan LEKAS oleh Panglima Wilayah Laut 3
kepada Pasukan Memanah TLDM

Upacara penutup telah dirasmikan oleh Mej. Jen Dato’ Pahlawan (DR) Md Amin bin Muslan iaitu Pengarah Perubatan Angkatan Tentera Malaysia bagi mewakili Ketua Staf Markas Angkatan Tentera.

Tahniah kepada Pengurusan dan Atlet Persatuan Sukan TLDM atas kemenangan ini. Terima kasih kepada semua pihak terutama Pegawai Memerintah Unit yang memberi pelepasan kepada atlet sukan ini.

"Talent wins games, but teamwork and intelligence wins championships.” -Michael Jordan

Bersama kita berusaha mencapai misi kejuaraan kali ke-11 berturut-turut dalam ISG 2018 ini.

Majulah Sukan untuk TLDM.

 

Rujukan: 271018/01
Sumber: Lembaga Kawalan Sukan TLDM
Artikel: Lt Kdr Mohd Firdaus bin Abdul Rahim TLDM
Jurufoto: Lembaga Kawalan Sukan TLDM

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 46

Semalam 350

Bulan ini 8046

Keseluruhan 549966

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM