PENGURUSAN INOVASI TLDM

Budaya inovasi di dalam TLDM telah bermula seawal tahun 1992, melalui pelaksanaan program Pengurusan Kualiti Menyeluruh atau Total Quality Management (TQM). Pelaksanaan TQM ini merupakan faktor utama dalam mendorong kepada penghasilan dan pembudayaan budaya kerja berkualiti di dalam TLDM yang diamalkan oleh the Navy People sehingga kini. Budaya kerja berkualiti ini, kemudiannya telah dikembangkan kepada satu tahap yang lebih tinggi dengan menerapkan elemen inovasi sebagai platform ke arah penghasilan kerja yang cemerlang.

TLDM telah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi  organisasi melalui pembudayaan kerja berkualiti. Usaha ini diharap dapat membantu mewujudkan asas yang kukuh bagi memastikan Visi TLDM untuk menjadi Tentera Laut Bertaraf Dunia tercapai. TLDM juga memberi penekanan terhadap pembudayaan kreativiti dan inovasi dalam persekitaran yang semakin kompetitif bagi mentransformasikan TLDM ke tahap yang lebih tinggi.

Strategi 1 - Meningkatkan Penggunaan Alat Penjanaan Idea

Strategi 2 - Menggalakkan Warga Menyalurkan Idea Kreatif dan Inovatif

Strategi 3 - Meningkatkan Komitmen dan Penglibatan Warga Dalam Program Inovasi 

Strategi 4 - Mengukuhkan Mekanisme Pengiktirafan dan Penghargaan


PROGRAM INOVASI

Kumpulan Kreatif dan Inovatif

Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KKI) adalah menyamai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang dilaksanakan di dalam perkhidmatan awam. Setiap markas dan unit diarahkan untuk menubuhkan KKI yang bertindak sebagai kumpulan penyelesaian masalah bagi mengatasi kelemahan yang ada secara berterusan. Kumpulan ini dikehendaki memajukan laporan secara berkala kepada Markas Formasi dan seterusnya kepada Bahagian Pengurusan Strategik, Markas Tentera Laut.  

Sistem Cadangan Inovasi

Semua markas dan unit TLDM dikehendaki menyediakan Kotak Cadangan Inovasi dan ditempatkan di lokasi yang strategik. Kotak ini memberi peluang kepada warga untuk menyalurkan idea dan cadangan inovasi. 

Bank Idea TLDM

Bank Idea TLDM merupakan satu pangkalan data yang disediakan untuk merekodkan dan menyimpan idea-idea kreatif dan inovatif daripada warga TLDM. Pangkalan data ini akan digunakan sebagai rujukan dalam mengenal pasti idea dan cadangan yang boleh memberi manfaat kepada TLDM.  

Hari Inovasi TLDM

Hari Inovasi merupakan acara tahunan yang dilaksanakan dalam TLDM. Majlis ini bertujuan menyemarakkan lagi pembudayaan inovasi di kalangan warga di samping memberi pengiktirafan kepada organisasi dan warga yang telah mencapai kecemerlangan. Berbagai-bagai aktiviti yang berkaitan dengan inovasi akan dilaksanakan sempena sambutan Hari Inovasi TLDM seperti Ucapan Hari Inovasi oleh PTL, Penyampaian Anugerah dan Sijil, Ceramah Inovasi, Bacaan Ikrar dan beberapa aktiviti lain yang bersesuaian. 

Hari Inovasi TLDM 2011 | Hari Inovasi TLDM 2012

Big Think Strategy 

TLDM telah menubuhkan Pasukan Big Think TLDM atau RMN Big Think Team yang terdiri daripada pegawai-pegawai di Markas Tentera Laut. Pasukan ini bertanggungjawab mengkaji, menganalisis dan menilai idea-idea kreatif yang dijana oleh warga TLDM. Idea-idea yang berpotensi memberi impak besar kepada TLDM akan diketengahkan kepada Pengurusan Tertinggi TLDM. 

Perekayasaan Proses dan Prosedur Kerja

Pelaksanaan program Perekayasaan Proses dan Prosedur Kerja (PPPK) atau Business Process Reengineering (BPR) dilaksanakan berpandukan kepada panduan yang dikeluarkan oleh MAMPU.  Pelaksanaan PPPK dalam TLDM dilaksanakan merangkumi 4 Fasa iaitu Fasa Persediaan, Fasa Analisis Proses dan Prosedur Kerja Semasa, Fasa  Reka Bentuk Proses dan Prosedur Baru dan Fasa Pelaksanaan. Pelaksanaan PPPK dalam TLDM didokumenkan dalam Manual Pengurusan TLDM (BRL 60). 

Projek Inovasi TLDM

Projek Inovasi TLDM adalah cetusan kreativiti dan idea warga TLDM hasil daripada pelaksanaan program inovasi yang dilaksanakan. Projek inovasi ini digunakan bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas dalam TLDM. Lihat senarai Projek Inovasi TLDM.

Read 34664 times

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 115

Semalam 430

Bulan ini 10599

Keseluruhan 291442

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM