A- A A+
Kemaskini Terakhir : Selasa, 16 September 2014 |21 Zulkaedah 1435
 1 light2 3 green2 2 blue2  but bahasaLain2

MINDEF    ATM    TDM    TUDM     MAB     STRIDE     JLKN     JHEV

Menu
Wednesday, 30 October 2013 11:41

PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TLDM

PENGENALAN

 

PSSTLDM merupakan Angkatan Simpanan TLDM yang berfungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara. Penyertaan generasi muda di dalam PSSTLDM sejajar dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) seperti termaktub di dalam Dasar Pertahanan Negara. HANRUH akan berjaya jika semua sumber negara termasuk sumber manusia terlibat di dalam aktiviti yang menyumbang kepada ketahanan nasional.

 

 

SEJARAH  

 

Tentera Laut Diraja Malaysia bermula daripada sebuah pasukan simpanan iaitu Straits Settlement Naval Volunteer Reserve (SSNVR) yang ditubuhkan oleh kerajaan Kolonial British pada 27 April 1934.  SSNVR ditubuhkan untuk membantu Tentera Laut Diraja British mempertahankan kawalan perairan Tanah Melayu. Pada 1939, SSNVR dikenali sebagai Malayan Royal Navy Volunteer Reserve (MRNVR). Apabila Perang Dunia ke-2 meletus, British telah menubuhkan pasukan Malay Navy dan anggota MRNVR diserapkan ke dalam pasukan tersebut bagi mempertahankan Tanah Melayu. 

 

Selepas Perang Dunia Ke-2, Pasukan Tentera Laut Malaya ditubuhkan. Pada tahun 1952, Pasukan ini ditukar nama kepada Tentera Laut Diraja Malaya setelah dianugerahkan taraf Diraja oleh Queen Elizabeh II.  Apabila Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1963 dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pasukan simpanan dikenali sebagai Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSTLDM).

 

 

PSSTLDM telah distruktur semula kepada komponen seperti berikut:

 

:: Simpanan Pilihan (PALAPES/PLAS)

:: Simpanan Pakar (Pelabuhan/Perkapalan/Limbungan)

:: Simpanan Khusus (Perikanan/Perubatan/Jabatan Laut)

:: Simpanan Sukarela Biasa

:: Simpanan Angkatan Tetap (Bekas Pegawai dan LLP TLDM) 

 

 

KEANGGOTAAN

 

PSSTLDM dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada daripada sektor kerajaan atau swasta, golongan profesional, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Politeknik. Disamping bertugas sebagai guru, usahawan, pengurus bank, jurutera, pekerja kilang dan sebagainya, mereka memilih untuk menjalani hidup yang penuh cabaran iaitu sebagai sukarelawan di dalam PSSTLDM pada masa lapang. Anda boleh memilih mana-mana pasukan yang sesuai untuk berkhidmat di dalam PSSTLDM.

 

 

LATIHAN 

 

Latihan Perajurit Muda. Setiap anggota PSSTLDM perlu menjalani latihan Rekrut selama 14 hari berterusan atau melalui Latihan Tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Laskar Muda.

 

Latihan Tempatan. Latihan dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota PSSTLDM. Latihan dijalankan pada masa yang sesuai terutama pada hujung minggu. Tempoh latihan ialah antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 360 jam setahun.

 

Latihan Berterusan. Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam.

 

Latihan Tahunan. Latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Tempoh latihan tersebut tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. Latihan dilaksanakan secara berkumpulan dengan mengaplikasikan ilmu tentera laut yang diperolehi sepanjang tahun.

 

 

KELAYAKAN 

 

Individu yang ingin berkhidmat dalam PSSTLDM sama ada sebagai pegawai atau anggota biasa(LLP) mesti memenuhi syarat asas seperti berikut:

 

- Warganegara Malaysia

- Berumur diantara 18 hingga 40 tahun

- Sihat Tubuh Badan

- BMI antara 20 hingga 26.9

- Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda bagi pegawai dan Sijil Pelajaran Malaysia bagi anggota biasa. Penerimaan masuk tertakluk pada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah) dan lulus temuduga yang dikendalikan oleh Markas Tentera Laut.

 

 

KEMUDAHAN

 

Apakah yang anda perolehi apabila menyertai PSSTLDM?

 

:: Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyumbang kepada pertahanan negara.

:: Meneroka bidang baru iaitu melaksanakan aktiviti di laut.

:: Mempelajari kepakaran baru dalam PSSTLDM.

:: Menambah keupayaan `Soft skills’ dengan percuma.

:: Menambah kenalan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

:: Berpeluang melawat pasukan PSSTLDM di serata negara.

:: Layak menyertai insuran berkelompok ATM.

:: Cuti tanpa rekod selama 30 hari dalam satu tahun apabila menyertai latihan (bagi kakitangan kerajaan sahaja).

:: Boleh dikerahkan untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam TLDM bagi mereka yang layak.

:: Layak mendapat kemudahan membeli barangan PERNAMA.

:: Sajian dan penginapan percuma apabila terlibat dengan aktiviti latihan dan operasi.

:: Diberi elaun kehadiran dan elaun perjalanan ketika menghadiri latihan.

:: Diberi pakaian seragam percuma (LLP) atau elaun Pakaian (pegawai).

:: Mendapat rawatan perubatan dan pergigian percuma di mana-mana hospital kerajaan jika kemalangan berlaku semasa bertugas.

 

 

ELAUN SEMASA LATHAN

 

Elaun Latihan Tempatan – Dibayar mengikut jam latihan.

Elaun Latihan Berterusan – Dibayar apabila menghadiri latihan berterusan mengikut kadar gaji pangkat semasa dan mengikut jumlah hari yang hadir.

Elaun Tahunan (Bounti) – Dibayar kepada anggota yang layak berdasarkan tahap keaktifan latihan dalam satu tahun. 

 

 

KEPAKARAN DALAM PSSTLDM

 

Pegawai dibahagikan kepada 3 Cawangan iaitu:

 

:: Cawangan Eksekutif

:: Cawangan Bekalan

:: Cawangan Kejuruteraan 

 

manakala Lain Lain Pangkat dibahagikan kepada 3 Cawangan iaitu:

 

:: Cawangan Pelaut (PAP, KOM dan PRL)

:: Cawangan Bekalan (PNK dan TNL)

:: Cawangan Teknikal (TMK, TLR dan TLS)

 

 

ANDA BERMINAT DAN INGIN MENYAHUT CABARAN?

klik disini untuk menghubungi unit PSSTLDM yang terdekat.

Read 17786 times Last modified on Wednesday, 30 October 2013 15:03