Category: Badminton Published Date Hits: 708
KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA UPSI 2010/1
![]() |
Seramai 45 regu telah menyertai Kejohanan Badminton Terbuka UPSI Kali Pertama 2010/11. 4 regu dari Pasukan TLDM telah menyertai kejohanan tersebut iaitu pasangan Makhazim/Shafei, Mansor/Azlan, Iryadi/Supian dan Fadrul Izzad/Zafri. Keputusan membanggakan di mana 3 regu RMN TLDM membuat kejutan membolot kesemua tempat Pertama hingga tempat ke-3. Johan diraih pasangan Makhazim/Shafei yang menewaskan pasangan Iryadi/Supian di perlawanan akhir yang berlanjutan ke 3 set yang membawa pulang Piala Pusingan untuk Julung kalinya. Tempat ke-3 diraih pasangan Mansor/Azlan yang menewaskan pasangan dari Tanjung Malim. Pasangan Izzad/Zafri terkandas di peringkat pusingan suku akhir. Walaubagaimanapun syabas untuk regu Badminton TLDM. Majulah sukan untuk TLDM.