May 09

KLD Tunas Samudera

800px Tunas Samudera
KLD Tunas Samudera

KLD Tunas Samudera (KLD merupakan singkatan kepada Kapal Layar Diraja) merupakan sebuah kapal latihan milik Tentera Laut Diraja Malaysia. Tunas Samudera telah dibina pada Disember 1988 di limbungan Brooke Yacth, Lowestoft United Kingdom. Ia kemudian dilancarkan pada bulan Ogos 1989 dan ditauliahkan pada ke dalam perkhidmatan TLDM pada bulan Oktober 1989. Peranan utama KLD Tunas Samudera adalah sebagai satu platfom bagi memberi asas-asas pengendalian kapal dan pelayaran.

KLD Tunas Samudera merupakan schooner bertiang layar dua, atau brigantine. KLD Tunas Samudera dibina oleh Brooke Yachts di Lowestoft, United Kingdom. Ia mula dibina pada tahun 1988, dilancarkan pada tahun 1989, dan dinamakan oleh Elizabeth II dan Yang di-Pertuan Agong.[1] KLD Tunas Samudera merupakan kapal latihan perlayaran Tentera Laut Diraja Malaysia.

Kapal ini direka oleh Colin Mudie dari JuruReka Diraja bagi Industri (Royal Designers for Industry), yang turut bertanggung-jawab bagi kapal saudara STS Young Endeavour (dikendali oleh Tentera Laut Diraja Australian), dan kapal layar INS Tarangini (Tentera Laut India) dan TS Lord Nelson. nbjkjdfPada tahun 2007 dan 2008, KLD Tunas Samudera singgah di beberapa pelabuhan Eropah, termasuk Cherbourg dan Brest, Perancis, semasa pelayaran mengelilingi dunia, dengan awak-awak seramai 46 orang.

 

 

Last modified on Tuesday, 09 May 2017 03:29

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 353

Semalam 385

Bulan ini 7890

Keseluruhan 310410

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM