PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

PANGLIMA TENTERA LAUT KE - 6

 LAKSAMANA MADYA DATO’ MOHD ZAIN BIN MOHD SALLEH

PGAT SPMS SPMJ DPTS DPMP DIMP DPMJ DSAP DSSA JMN CVO PPA PPM jssc


Allahyarham Laksdya Dato’ Mohd Zain bin Mohd Salleh dilahirkan pada 9 Julai 1935 dan berasal dari Chemor, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor sebelum meneruskan persekolahan di Sekolah Tinggi Andersons, Ipoh.

Sebaik tamat pengajian sekolah menengah pada 1 Jun 1956, beliau memasuki TLDM seterusnya dihantar ke Britannia Royal Naval College (BRNC) sebagai Pegawai Kadet Tentera Laut Malaya. Semasa di BRNC, nama beliau sukar diingati oleh orang- orang British, justeru rakan-rakan dan jurulatih memberikan beliau nama gelaran sebagai 'George'’. Kebanyakan anggota TLDM masa itu gemar memanggil beliau George Zain.

Kumpulan Pegawai Kadet yang seangkatan dengan Zain adalah kumpulan kadet pelopor yang terbesar serta unik kerana kebanyakan mereka berjaya menyandang jawatan tinggi dalam memimpin dan membentuk TLDM ke arah pemodenan. Dalam kumpulan kadet pengambilan beliau, terdapat personaliti seperti Laksda Dato’ K. Thanabalasingam (PTL pertama) Laksma P. K. Nettur (Babu). Laksma Alvisse, Laksma Hj Abdul Aziz Wahab, Kept Cheah Leong Voon, Kept Khoo Tee Chuan, Kept Phang Kok Keng dan Lt Kdr Chitharanjan. Pegawai- pegawai Kanan tersebut merupakan mentor dan Role Model bagi kebanyakan pegawai dan anggota lain-lain pangkat TLDM.

Beliau ditauliahkan sebagai Lt Muda pada 19 Disember 1958. Jawatan pemerintah pertama beliau ialah sebagai Pegawai Memerintah KD SRI NEGRI SEMBILAN yang dipegangnya pada 1 September 1961. Sebelum itu beliau memegang jawatan Pegawai Panduarah KD MAHAMERU. Setamat kursus turus di British Naval College Greenwich, Zain dikehendaki memerintah KD SRI TRENGGANU, Kapal Ronda kelas Kedah yang baru siap dibina bersama KD SRI KELANTAN (diperintah oleh rakan seperjuangannya, Lt K. Thanabalasingam) oleh Syarikat Vosper. Kedua-dua kapal itu telah mengukir sejarah dengan membuat pelayaran balik dari Portsmouth ke Malaysia. Dalam pembentukan sayap TLDM. pengalaman mereka beroperasi di laut antarabangsa dan memerintah kapal merupakan kejayaan yang sukar diukur kerana mereka telah membuktikan ketahanan kapal dan warga pelaut kita. 

Sejak kebelakangan ini, generasi muda Malaysia dibangunkan dengan semangat “Malaysia Boleh.” Jika difikirkan kembali, George Zain dan rakan seperjuangannya telah menerajui semangat itu sejak tahun 60-an lagi. Pada April 1966, Zain dinaikkan ke pangkat Lt Kdr dan diperjawatkan sebagai Pegawai Memerintah KD TAHAN, Kapal Penyapu Periuk Api Persisir Pantai. Kedua-dua jawatan pemerintah yang dipikulnya telah terlibat dalam rondaan operasi semasa konfrontasi.

Kenaikan pangkat yang pantas dan perjawatan staf turus kanan yang dijawatnya membolehkan beliau mengikuti kursus staf yang lebih berprestij di HMS DRYAD dan di Joint Service Staff College Latimer, United Kingdom. Pada 1 Febuari 1971, Zain dinaikkan ke pangkat Kepten TLDM dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Turus Tentera Laut, seterusnya dinaikkan ke pangkat Laksamana Pertama tidak lama kemudian. Pada 1 Januari 1977, Zain mengambilalih tugas sebagai Ketua Turus Tentera Laut daripada Dato' K. Thanabalasingam.


Selaras dengan perkembangan pesat TLDM, jawatan ini kemudian ditukarkan kepada Panglima Tentera Laut. Zain merupakan anak Malaysia yang pertama berpangkat Laksamana Muda. Di bawah beliau, TLDM menempah banyak pembangunan dan perkembangan bagi menghadapi cabaran - cabaran baru. ini termasuklah pembangunan Pangkalan TLDM Di Lumut dan di Kuantan, kejatuhan saigon kepada Vietnam Utara dan bebarapa pengarah aktiviti komunis, krisis pelarian dan usaha memperkuatkan Armada bagi melaksanakan rondaan dengan lebih pesat.

Bagi memenuhi keperluan itu, anggaran Belanjawan Pertahanan ditambah secara berperingkat - peringkat termasuk belanjawan TLDM. Beliau bersara pada 1 Mac 1986. Namun, Jasa Dato' Zain dalam melakar hala tuju dan membentuk TLDM selama 9 tahun akan tetap dikenang. Bagi menghargai sumbangan beliau, kerajaan Malaysia telah melantik beliau memegang jawatan Diplomat Kanan iaitu Duta Kehormat Malaysia di New Zealand. 



Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version