PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

PENGARAH SIBER, MARKAS ATM, KOMLEK

maidinLAKSAMANA PERTAMA MOHD MAIDIN BIN SAHADAN
PAT KAT KMN AMN PJM PPS PPA mpat psc

 

Pemangku Laksamana Pertama Hj Mohd Maidin bin Sahadan dilahirkan di Alor Gajah, Melaka pada 18 Mei 54.  Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Parit Melana, Durian Tunggal, Melaka, Sekolah Kebangsaan Sungala Kem,Port Dickson, Sekolah Kebangsaan Mentakab, Pahang, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Mentakab, Pahang, Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar, Kuantan, Pahang dan menyambung pendidikan menengah di Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera (SPPAT) Port Dickson pada Mei 73 dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur selepas peperiksaan MCE pada tahun 1973. Ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam perkhidmatan TLDM pada 01 Mei 75.

Sepanjang lebih kurang 36 tahun perkhidmatan, Pemangku Laksamana Pertama Hj Mohd Maidin bin Sahadan telah memegang beberapa jawatan di pangkalan-pangkalam TLDM Woodland, Singapura, Lumut, Perak dan Kuantan Pahang, kapal-kapal TLDM serta di Markas Tentera Laut dan Markas Angkatan Tentera.  Pada tahun 1997 hingga 2001 telah dijawatkan sebagai Pegawai Staf 1 di Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahan Markas ATM. Setelah menyandang pangkat Kepten TLDM pada 2003 beliau menjawat jawatan Pengarah Cawangan Kejuruteraan Markas Tentera Laut (Log-Jutra)  hingga Oktober 2005 kemudian nya dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Kejuruteraan di Markas Tentera Laut (Log-Jutra) hingga 18 Mac 2007. Kemudian nya ditukarkan Ke Cawangan Peperangan Siber.


Pada 19 Mac 2007, Pemangku Laksamana Pertama Hj Mohd Maidin bin Sahadan telah diberi kepercayaan untuk menerajui Cawangan Peperangan Siber Markas ATM sebagai Pengarah sehingga sekarang.. Di atas kredibiliti yang ditonjolkan, beliau telah diamanahkan untuk memegang dua jawatan serentak iaitu AKS KOMLEK dan Pengarah Peperangan Siber pada 24 Ogos 2009 hingga 22 Ogos 2010.  Sebagaiseorang pegawai Tentera Laut yang berkemahiran dalam bidang kejuruteraan elektrik dan aturcara komputer, beliau telah memberi banyak pembaharuan khususnya dalam merancang dan menggubal dasar yang berkaitan aspek keselamatan teknologi maklumat yang dikenali sebagai Dasar Keselamatan ICT ATM, mengetuai tim untuk menyemak Dasar Peperangan Informasi, Pelan Induk Peperangan Siber, pembanguan Konsep NCO ATM, Pelan Tindakan Pembanguan NCO ATM yang kini dalam proses pembangunan. Pemangku Laksamana Pertama Hj Mohd Maidin bin Sahadan juga telah salah seorang yang beranggung jawab dan berjaya menubuhkan Cawangan Peperangan Siber ATM yang telah pun beroperasi sejak tahun 2002 dan juga Pusat Latihan Peperangan Elektronik (PE) ATM di Kem Paya Jaras, Sungai Buloh yang bertanggungjawab untuk melatih dan menyediakan bakal-bakal pegawai dan anggota pasukan PE untuk perkhidmatan-perkhidmatan dalam ATM.

Semasa dalam perkhidmatan, Pemangku Laksamana Pertama Hj Mohd Maidin bin Sahadan telah menghadiri beberapa kursus profesional dan kerjaya di dalam dan di luar negara.  Antara kursus yang pernah beliau hadiri adalah Weapon Electrical Eng Application Course di RNEC Manadon United Kingdom pada  1979,  Pengaturcara Komputer di UiTM Shah Alam, Electronic Data Processing for Naval Dockyard Management System pada 1981 di Jerman Barat,  Kursus Staf EW di Reading UK serta EW Specialist di Wales. Pada tahun 1995, beliau telah menghadiri kursus Spherion Hull Mounted Sonar Ilas 3 Torpedo Launching System di Perancis dan kursus Ilas 3 Torpedo Type A 244/S di Livorno, Itali. Lulus kursus Staf serta mendapat Ijazah Sarjana dalam Strategi Pertahanan pada tahun 2002, di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera.

Di sektor awam, Pemangku Laksamana Pertama Hj Mohd Maidin bin Sahadan adalah merupakan salah seorang ahli jawatankuasa dalam perancangan penubuhan National Cyber Crisis Coordinating Center (NC4). NC4 merupakan sebuah jawatankuasa di bawah kelolaan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bertanggungjawab di dalam aspek-aspek keselamatan siber nasional dimana NC4 adalah yang bertanggung jawab dalam memberikan maklumat kepada pemimpin negara secara total berkaitan ancaman siber dipringkat nasional.

Pemangku Laksamana Pertama Hj Mohd Maidin bin Sahadan telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Norisah bte Ismail dan dikurniakan 2 orang putera dan 2 orang puteri.  Beliau mempunyai pelbagai minat terutamanya sukan golf, badminton dan membaca. Topik kegemaran beliau adalah kepimpinan, pengurusan dan hal ehwal antarabangsa.

 

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version