PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

PANGLIMA WILAYAH LAUT 2


LAKSAMANA MUDA DATO' PAHLAWAN MOHAMMAD ROSLAND BIN OMAR
PSAT DPTS PAT KAT KMN PJM PPS PPA MA Dip PS psc 

Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Mohammad Rosland Omar dilahirkan di Gopeng, Perak pada 11 November 1957. beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gunung Panjang, Gopeng dan Sekolah Menengah Idris Shah, Gopeng. Pada tahun 1974, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Cawangan Putera, Maktab Tentera Diraja Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Beliau mula memasuki perkhidmatan TLDM pada bulan Disember 1974 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM pada tahun 1977.  
 
Sepanjang 36 tahun perkhidmatan, Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Mohammad Rosland telah memegang beberapa jawatan di Armada mahupun di pangkalan.  Di Armada beliau pernah memegang jawatan di kapal ronda KD RENCONG, KD SRI BANGGI (LST),  KD GANAS, KD PERKASA(Pembinasa Laju(Misil)) dan KD LEKIR(Korvet). Beliau juga pernah menjadi Pegawai Memerintah KD GEMPITA dari tahun 1993 sehingga 1994 dan KD KASTURI dari 1997 hingga 1999. Di pangkalan pula beliau telah menjawat jawatan Pegawai Pengambilan Rekrut, Pegawai Staf Peperangan  Markas Armada, Ketua Rancang Pembangunan di Pustakmar dan Pengarah Rancang di Markas Tentera Laut mulai tahun 2000 hingga 2003. Pada tahun 2003, beliau telah ditugaskan di Pasukan Projek  Kapal Selam sebagai Ketua Unit Dasar dan Polisi  di Cherbourg, Perancis dan pada Julai 2005 mengambilalih jawatan  Ketua Pasukan Projek Kapal Selam.

Beliau juga telah  menghadiri beberapa kursus professional dan kerjaya di dalam mahupun luar negara. Antara kursus yang telah beliau hadiri ialah kursus PWO (Principal Warfare Officer) di United Kingdom dan Electronic Warfare Course di Netherlands. Beliau juga pernah melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Pengajian Strategi di Universiti Kebangsaan Malaysia dan ke peringkat Sarjana Kajian dan Keselamatan di University of London, United Kingdom.

Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Mohammad Rosland Omar telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Ir Nor Aishah Mohd Nasri dan dikurniakan 5 orang cahaya mata. Beliau meminati sukan golf  dan membaca.

Sebagai mengenang jasa beliau, Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Rosland telah dikurniakan Darjah Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Dato’ Pahlawan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Di peringkat kebangsaan beliau telah dianugerahkan  Kesatria Mangku Negara (KMN). Di peringkat Angkatan Tentera pula, beliau telah dianugerahkan Darjah Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) dan Kesatria Angkatan Tentera (KAT). Di peringkat antarabangsa, beliau dianugerahkan  Pingat Order of Legion d’Honneur oleh kerajaan Perancis di atas penglibatan beliau dalam mengeratkan hubungan dua hala Tentera Laut  DiRaja Malaysia dan Tentera Laut Perancis.

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version