
Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali, Mantan Panglima Tentera Laut telah melancarkan Kapsul Masa Pangkalan TLDM Lumut dan Kapsul Masa TLDM pada 27 April 2007. Kapsul Masa Pangkalan TLDM Lumut akan dibuka pada 20 Januari 2030 sempena Ulang Tahun ke-50 penubuhan Pangkalan TLDM Lumut manakala Kapsul Masa TLDM akan dibuka pada 27 April 2034 sempena Ulang Tahun ke-100 TLDM. Kedua-dua Kapsul Masa ini telah diletakkan di monumen pintu masuk Galeri Panglima, KD PELANDOK. Antara kandungan Kapsul Masa Pangkalan TLDM Lumut ialah dokumen bersejarah pembangunan Pangkalan TLDM Lumut, Blue Print, gambar-gambar serta aktiviti.