KEMULIAAAN ialah melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan jujur, ikhlas, bertanggungjawab dan profesional demi kebaikan organisasi.
KESETIAAN ialah semangat setia kawan kepada rakan sekerja dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada organisasi, perkhidmatan serta negara.
KEBERANIAN ialah semangat keperwiraan dan berpegang teguh kepada kebenaran serta bertanggungjawab terhadap semua tindakan.
KEBANGGAAN ialah berkhidmat untuk TLDM dengan penuh rasa megah, komited dan berdedikasi.