Category: 2011 Published Date Hits: 2039
Kursus ini telah diadakan mulai 16 Nov 11 hingga 18 Nov 11 di Dusun Eco Resort, Sungai Poh Bentong, Pahang. Penekanan objektif yang diberikan sepanjang pelaksanaan kursus ini ialah menerapkan nilai perkasa diri demi menjana perubahan diri dan pasukan, meningkatkan semangat setia kawan dalam pasukan, bersemangat waja di dalam memainkan peranan sebagai seorang anggota tentera, menerangkan peranan individu selaku anggota tentera terutama di dalam menerima dan melaksanakan arahan, melaksanakan latihan praktikal untuk menguji stategi pertahanan dan menguji sifat keyakinan diri dalam setiap peserta kursus.
Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang kursus iaitu Abseiling (Overcome Fear), Assault Course (Fitness Evaluation), Night War Games (Defence Strategy), senamrobik, Jungle Walk (Trekking), Flying Fox, aktiviti berakit dan Jungle War Games.
![]() |
![]() |
Majlis penutup telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Lt Kdr Syazmihizna binti Saharani TLDM, PS 2 (B) Hal Ehwal Wanita.
Klik Galeri : SRIKANDI TLDM SEMAI SEMANGAT WAJA DI DUSUN ECO RESORT, SUNGAI POH BENTONG, PAHANG PADA 16 NOV 11 HINGGA 18 NOV 11
Sumber: SELWA TLDM
Artikel : Lt Kdr Syazmihizna binti Saharani TLDM
Jurufoto : LK I TNL Hairianti binti Haidir