Kursus yang bermula pada 26 dan berakhir pada 28 Mac 12 itu disertai 22 peserta iaitu sembilan pegawai dan 13 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) daripada pelbagai unit TLDM.
Kursus yang dikendalikan oleh Saiful Amin Jalun dari Syarikat Northern Alliance Management itu bertujuan untuk memberi kefahaman dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif bagi memanfaatkan sesebuah organisasi serta individu.
Selain itu, ia juga bertujuan mengaplikasikan pemikiran yang sistematik dalam menjana idea baru secara langsung dan dapat menganalisa setiap masalah yang timbul iaitu dengan mempelajari teknik tertentu bagi menjana idea dan mencari alternatif penyelesaian sesuatu masalah.
Antara modul yang diajar bagi mencapai tujuan tersebut adalah; Introduction Ice-Breaking, Mental Models for Thinking & Learning, Critical Thinking Essentials, Solving Problems using Analysis and Prioritization, The Creative Method and System, Case Study, Presentation dan Discussion.
Majlis penutup kursus tersebut telah disempurnakan Pegawai Memerintah (PM) PK TLDM, Kepten (Kept) Mohd Fadzli Mohd Mohaldin TLDM.
Sumber : Perhubungan Awam MPL TLDM
Last modified on Friday, 25 January 2013 15:11