![]() |
![]() |
Latihan ini juga ini merupakan salah satu latihan bersama sempena Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) 2012. Anggota US Navy yang terlibat adalah dari USS VANDERGRIFT (FFG – 48) seramai 7 anggota, USS GERMANTOWN (LSD – 42) seramai 7 anggota dan USCGC WAESHE (WMSL – 751) seramai 6 anggota. Wakil US Navy di ketuai oleh Ensign Erik Selberg dan CPO (Damage Control) Chief Parl Green.
![]() |
![]() |
Warga Kapal TLDM yang terlibat dalam latihan ini terdiri dari KD LEKIR seramai 11 anggota dan diketuai oleh BK TMK Mohd Haidzir bin Abd Shukor. Manakala Lt Mohd Shafiq Sharhan bin Zainal TLDM (Pegawai Staf Pengajian NBCD) adalah wakil TANGKAS yang mengendalikan latihan.

Rujukan : 170612/02
Sumber: Perhubungan Awam KDP



