Lawatan beliau disambut oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PWL 2), Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Mohammad Rosland bin Omar serta pegawai-pegawai kanan Markas Wilayah Laut 2. Beliau telah mengambil kesempatan ini untuk melawat Unit Pengawasan Senggaraan (UPS) Labuan, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK), Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) dan KD SRI SANDAKAN (KDSS).

Dalam intipati ucaptama PA, beliau memaklumkan bahawa situasi persekitaran pertahanan masa kini telah mempengaruhi TLDM yang secara tidak langsung menuntut kepada perubahan drastik dari pelbagai sudut dan peringkat. Keseragaman dan kebersamaan dalam setiap pelaksanaan akan membuahkan hasil yang jitu.
Selain itu, aspek kesejahteraan warga perlu dititik beratkan bagi memastikan moral anggota dan keluarga ditahap yang terbaik. Aspek keselamatan dan keselesaan anggota serta keluarga perlu diambil kira dalam perancangan pembangunan yang ingin dilakukan.
![]() |
![]() |
Pelbagai ruang pembelajaran telah disediakan bagi menentukan semua warga TLDM menjadi warga yang berilmu sesuai dengan arus peredaran masa yang memaksa kita untuk memperkasakan ilmu samada duniawi mahupun ukhrawi.
![]() |
![]() |
Dalam mengakhiri ucapannya, beliau berharap warga TLDM di Markas Wilayah Laut 2 akan sentiasa bersemangat waja, berbangga menjadi warga TLDM serta meningkatkan keazaman ke arah menjadikan TLDM cemerlang, gemilang dan terbilang.
Rujukan : 160612/05
Artikel : LT MOHD FAIZRUDDIN BIN MOHD NOR TLDM
Jurugambar: LK I PBS MUBIN BIN MOHD SALIM



