Latihan yang bermula dari 19 sehingga 27 Jun 12 di Lapang Sasar Abdul Samad, KD PELANDOK merupakan salah satu latihan khusus yang diberikan kepada setiap pelatih PLKN di dalam membina keyakinan diri, menanam sikap bertanggungjawab dan membentuk displin yang tinggi pada setiap pelatih.
![]() |
![]() |
Terdapat dua buah Kem PLKN di sekitar Daerah Manjung yang terlibat iaitu Kem PLKN Teluk Rubiah dan Kem PLKN Segari di mana jumlah keseluruhan adalah seramai 615 pelatih serta 55 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terlatih terlibat secara langsung di dalam latihan ini. Terdapat tiga fasa latihan akan dilaksanakan iaitu fasa latihan teori, latihan praktikal dan latihan penembakan.
![]() |
![]() |
Pegawai Memerintah KD PELANDOK, Kepten K. Shanmuganathan TLDM turut hadir di tapak latihan penembakan disamping beramah mesra dengan pelatih-pelatih. Beliau turut sama memberikan sokongan dan semangat kepada pelatih PLKN yang menjalani latihan.
Rujukan : 190612/02
Sumber : Perhubungan Awam KDP
Artikel & Jurugambar : BM JTP Maliq Faisal Ismail
Last modified on Tuesday, 19 June 2012 17:06



