![]() |
![]() |

CARAT 2012 telah dilaksanakan dengan jayanya mulai 15 Jun 2012 sehingga 21 Jun 2012 bertempat di sekitar kawasan Pangkalan TLDM Lumut, Manjung, Trong dan Ipoh. Secara keseluruhannya, kesemua aktiviti dan latihan yang di rancang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut jadual dan perancangan seperti yang telah ditetapkan dalam fasa perancangan eksesais sebelum ini. CARAT 2012 bukan sahaja telah meningkatkan kesefahaman dan kerjasama melalui latihan secara gabungan dan bersama, malahan lebih luas lagi telah memberikan peluang kepada kedua-dua buah angkatan tentera berinteraksi seterusnya menyumbang kepada hubungan baik dua hala di antara negara Malaysia dan Amerika Syarikat melalui platform ketenteraan.
![]() |
![]() |

CARAT 2012 adalah merupakan latihan tahunan dua hala antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan United States Navy (USN) yang dipersetujui di bawah Program Perjanjian Latihan Bersama Malaysia dan Amerika Syarikat. Ia juga adalah latihan berskala penuh yang meliputi Latihan Medan dan Latihan Pos Pemerintahan. CARAT 2012 ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan saling khidmat dalam perancangan dan pelaksanaan operasi bersama dan gabungan di antara kedua-dua Angkatan Tentera.
![]() |
![]() |
Eksesais selama 7 hari ini merangkumi eksesais Command Post Exercise (CPX), Military Operations, Law and Public Affairs Symposium (MILOPS), Medical Symposium, Diving Operations (DIVEOPS), Explosive Ordnance Disposal Exercise (EODEX), Community Service (COMSERV), Engineer Community Assistance Programme (ENCAP) dan Force Protection Training.
![]() |
![]() |
Program Community Service (COMSERV) atau Projek Jiwa Murni telah dilaksanakan di dua Pusat Kebajikan iaitu Rumah Amal Haruman Kasih, Ayer Tawar dan Persatuan Kebajikan Orang Cacat, Manjung. Bagi program Engineer Community Assistance Programme (ENCAP) telah diadakan buat julung kalinya di Pulau Pasir Hitam, Larut Matang Selama. Projek Pengaplikasian Bekalan Tenaga Elektrik Solar dan Sistem Tadahan Air adalah untuk kegunaan Klinik Desa di pulau tersebut. Program-program seumpama ini diadakan bagi meningkatkan pemahaman penduduk bahawa ketenteraan bukan sahaja menjurus kepada operasi perang malah ia lebih dikembangkan lagi melalui program khidmat masyarakat. Ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara tentera Malaysia, Amerika Syarikat dan penduduk setempat.
|
|
![]() |
Eksesais yang diadakan selama seminggu ini turut mendapat perhatian Commander Logistics Group Western Pacific (COMLOG WESTPAC), Rear Admiral Thomas F. Carney di mana penglibatan beliau hampir di setiap program yang dilaksanakan. Dengan berakhirnya eksesais ini, jalinan kerjasama di antara ATM dan US Navy akan dapat diteruskan lagi bagi eksesais CARAT siri yang ke 19 atau akan dikenali sebagai CARAT 2013 pada tahun hadapan.

Rujukan: 210612/04
Sumber: Perhubungan Awam Markas Armada
Last modified on Thursday, 21 June 2012 18:24








