PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA PRIHATIN TEHADAP PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Kuala Lumpur, 27 Jun – Komitmen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menitik berat pendidikan di kalangan warga anak-anak ATM sentiasa dijaga.  Ini jelas terbukti melalui penambahbaikan prasarana, skim pendidikan dan insentif yang diberikan kepada anak-anak warga ATM yang cemerlang dalam pelajaran.  
 

Pada hari ini Yang Berhormat Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi telah menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ATM Ke-22  Tahun 2012 di Auditorium Kementerian Pertahanan.  Seramai 389 orang pelajar terdiri dari 255 orang  pelajar memperolehi keputusan 6A ke atas dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) manakala 134 orang pelajar memperolehi keputusan 5A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
 YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada anak-anak yang berjaya serta kepada ibu bapa dan para guru yang telah berusaha membimbing anak-anak sehingga berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan PMR dan SPM.

Dalam pada itu,  YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT dan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang sentiasa membantu dan menghulurkan bantuan untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan anak-anak ATM.
 
Pada tahun 2011, bilangan pelajar yang cemerlang telah meningkat sebanyak 19.8% dengan 304 pelajar cemerlang dalam SPM dan 651 pelajar cemerlang dalam PMR menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 955 pelajar cemerlang berbanding 797 pelajar yang cemerlang pada 2010.

Turut hadir bersama, Panglima Tentera Laut mewakili Panglima Angkatan Tentera; YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar, Timbalan Panglima Tentera Darat mewakili Panglima Tentera Darat; Lt  Jeneral Dato’ Seri Panglima Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi dan Panglima Tentera Udara; YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud.
Rujukan : 280612/01
Sumber : Perhubungan Awam Markas Tentera Laut
Artikel dan Jurufoto : BM PNK Md Nasir bin Mohamed 
Last modified on Wednesday, 16 January 2013 11:13
Rate this item
(1 Vote)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version