PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

LAWATAN KAKITANGAN AWAM KD PELANDOK KE PENYELAKU ANJUNGAN(WASPADA)

Lumut, 27 Jun – Seramai 51 orang kakitangan awam yang berkhidmat di KD PELANDOK(KDP) telah membuat lawatan sambil belajar di Penyelaku Anjungan (WASPADA) petang tadi.  Kesemua rombongan lawatan telah diberi taklimat fungsi dan peranan Penyelaku Anjungan oleh Pegawai Waren 1 KOM Abdul Malek bin Abdul Hamid iaitu salah seorang Jurulatih di WASPADA.  Mereka juga telah diberi  peluang untuk merasai sendiri pengalaman bagaimana situasi kapal belayar ke laut secara simulasi.  Semoga dengan pendedahan sedemikian diharap dapat  memberi gambaran kepada anggota awam mengenali dan memahami kerjaya seorang anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia.

Rujukan : 280612/03
Sumber : Perhubungan Awam KDP
Artikel & Jurufoto : BM JTP Maliq Faisal Ismail

Last modified on Thursday, 28 June 2012 09:37
Rate this item
(1 Vote)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version