PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

TLDM BERJAYA LAKSANAKAN PENERBANGAN EHSAN

 

Lumut, 27 Jun – Pesawat FENNEC dari Skuadron 502, Unit Udara Tentera Laut Diraja Malaysia yang berpangkalan di Lumut telah berjaya melakukan penerbangan ehsan bagi memindahkan pesakit yang merupakan mangsa serangan lelaki yang disyaki tidak siuman dari Hospital Manjung, Perak ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) petang tadi. Pesakit Ting Kong Ang, 48 tahun cedera parah dan putus tangan akibat ditetak oleh seorang lelaki yang disyaki tidak siuman di Ayer Tawar, Perak. Kejadian berlaku dihadapan restoran milik beliau sendiri.

Markas Armada menerima panggilan kecemasan dari Hospital Manjung pada jam 3:15 petang telah bertindak pantas menugaskan pesawat FENNEC pada jam 5:50 petang dan seterusnya melakukan penerbangan ke HUKM. Pesawat tersebut selamat mendarat jam 6:50 petang dalam tempoh 1 jam masa penerbangan. Seterusnya pesakit dengan segera dikejarkan ke bilik rawatan oleh tim perubatan HUKM untuk menerima rawatan selanjutnya.

 Pesawat FENNEC tersebut telah diterbangkan oleh juruterbang Lt Kdr Khairul Isma bin Ibrahim TLDM dan dibantu oleh Lt Kdr Mohd Zunairi bin Abu Bakar TLDM. Turut bersama dalam penerbangan tersebut ialah Doktor pengiring dari Hospital Manjung, Dr Rinish a/l Porairaj.

TLDM sentiasa perihatin dan sedia memberi bantuan penerbangan ehsan kepada mana-mana warga Malaysia yang memerlukan. Penerbangan ehsan ini membuktikan bahawa TLDM sentiasa siaga untuk mengoperasikan aset-asetnya apabila diperlukan. 

 

 

Rujukan : 280612/05
Sumber : Perhubungan Awam Markas Armada

Last modified on Thursday, 28 June 2012 12:34
Rate this item
(3 votes)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version