PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

AI FM PROMOSI HARI TERBUKA PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

Kuala Lumpur, 28 Jun - Sempena Hari Terbuka Pusat Hidrografi Nasional TLDM pada 30 Jun dan 1 Julai ini, pelbagai publisiti telah dirancang dalam mempromosikan hari bersejarah ini. Antara media elektronik yang berbesar hati menjemput TLDM bagi menghebahkan acara ini adalah slot radio berbahasa Mandarin, Ai FM.
Kesinambungan dari wawancara bersama Ketua Pengarah Hidrografi dalam slot Selamat Pagi Malaysia pada 20 Jun 12, kini peluang diberikan kepada pegawai berkepakaran hidrografi berbangsa Cina untuk ke udara iaitu Lt Kdr Lim Siong Hui TLDM dijemput oleh Ai Fm bagi memberi penerangan dengan lebih jelas berkenaan bidang tugas Hidrografi secara amnya dan acara hari terbuka secara khususnya.

Keseluruhan slot selama hampir 45 minit itu turut melibatkan panggilan dari pendengar yang berminat dan mahu memperolehi maklumat lebih lanjut berkenaan program ini.  Slot ini bukan sahaja mampu menarik para pendengar untuk ke PHN bagi meraikan hari besar hidrografi ini tetapi turut mampu menarik lebih ramai remaja berbangsa cina untuk menganggotai TLDM.

Rujukan : 280612/08
Sumber : Perhubungan Awam Markas Tentera Laut
Artikel dan Jurufoto : BM PNK Md Nasir bin Mohamed

 

Last modified on Thursday, 28 June 2012 23:05
Rate this item
(0 votes)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version