KUALA LUMPUR, 11 Jul – Kept Sabri Zali TLDM menyerahkan tugas Pengarah Rancang Markas Tentera Laut (MkTL) yang disandangnya kepada Kept Shamsuddin Hj Ludin TLDM hari ini. Majlis serba ringkas ini diadakan di The Kitchen Cawangan Rancang dan turut dihadiri Pegawai Kanan Markas.
Kept Sabri akan bertukar keluar dan menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Sumber Manusia MkTL. Sebagai tanda kenangan dari warga Bahagian Rancang dan Operasi (RANOP), Kept Chan Peng Cheong TLDM, Pengarah Komunikasi menyampaikan cenderahati kepada beliau sebagai mewakili warga RANOP.
Rujukan: 110712/02
Sumber: Perhubungan Awam Markas Tentera Laut
Artikel: LK I TNL Hairianti Haidir