PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

SINOPSIS KURSUS SISTEM BAHAGIAN DAN PENGURUSAN INTEGRITI SIRI 3/12

Kursus ini telah dilaksanakan di PK TLDM pada 10-13 Jul 12 di Integrity Hall, PK TLDM. Kursus yang dilaksanakan selama 4 hari ini telah dihadiri oleh 24 orang pegawai yang berpangkat Lt TLDM ke bawah dari pelbagai unit. Objektif kursus ini adalah untuk mengingatkan kembali peserta tentang tugas-tugas sebagai Pegawai Bahagian dalam pelaksanaan tugas harian di samping menanam dan mengamalkan nilai integriti dalam diri dan organisasi. Kursus ini sedikit sebanyak telah membantu peserta kursus agar lebih memahami bidang tugas sebagai Pegawai Bahagian dan pendekatan yang boleh diambil serta cara untuk manangani permasalahan anggota bawahannya.

 

Antara program menarik yang telah dilaksanakan untuk kursus ini adalah Lawatan Sambil Belajar (LSB) ke Penjara Taiping. Tujuan lawatan ini untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang kesan dan akibat hilangnya Integriti pada diri. Modul-modul lain juga diajar seperti, Pengendalian Dokumen Perkhidmatan Anggota, Undang-undang dan Akta Angkatan Tentera 1972, Pengurusan Kewangan, Rasuah serta Kepimpinan dalam Perspektif Islam. Kesemua modul ini disampaikan oleh tenaga pengajar yang dijemput daripada  Agensi Luar, Pegawai Kanan dari Cawangan Undang-undang Mk TL dan pegawai unit ini sendiri.

Secara keseluruhannya, kursus ini dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah digariskan tanpa sebarang masalah. Majlis penutup kursus ini dilaksanakan  oleh Pegawai Memerintah PK TLDM Kept Mohd Fadzli Kamal bin Mohaldin TLDM dengan upacara penyampaian sijil serta ucapan penutup.

Rujukan: 140712/03
Sumber : Perhubungan Awam PK TLDM 

Last modified on Monday, 16 July 2012 12:27
Rate this item
(1 Vote)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version