PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT TLDM 2012M/ 1433H: MPL JOHAN KESELURUHAN

Lumut,  13 Julai – Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat TLDM  telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium M. Sidek Shabudin KD Pelandok. Dengan kemenangan bagi kategori Pegawai dan Qariah, MPL telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan pada tahun ini.

Seramai 21 orang peserta telah memperdengarkan bacaan dan mewakili setiap Markas. Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut Yang Berbahagia Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Mohammed Noordin bin Ali.


Senarai Pemenang bagi Tilawah Al-Quran Peringkat TLDM pada tahun ini adalah seperti berikut:

 

Kategori Qari

 

Tempat Pertama: 824563 BM TME(P) Mohd Hafizan bin Mohamad dari Markas Wilayah Laut 1 – 92%

Tempat Kedua: 817717 BM TNL Murazkhi bin Hj. Termizi dari Markas Pendidikan dan Latihan TLDM – 87%

Tempat Ketiga: 824372 LK TNL (PKM) Zulkernain bin Mohd Nor dari  Markas Sistem Armada – 74%

 

Kategori Qariah

 

Tempat Pertama: Pn. Hasmiah binti Yusuf dari Formasi Markas Pendidikan dan Latihan TLDM - 89%

Tempat Kedua: Pn. Rozaihan binti Razali dari Formasi Markas Tentera Laut- 74%

Tempat Ketiga: 5500929 LK I KOM Nur Syatirah binti Mohd Radzali dari Markas Wilayah Laut 1 – 61%

 

Kategori Pegawai

 

Tempat Pertama: Lt Mohd Arif bin Soef TLDM dari Markas Pendidikan dan Latihan – 91.5%

Tempat Kedua: Lt Mohd Shamram bin Ramli TLDM N/405368 dari Markas Bantuan – 87.5%

Tempat Ketiga: Kdr Mohd Razib bin Tahir TLDM N/402445 dari Markas Wilayah Laut 2 – 86%

Johan mengikut kategori telah menerima wang tunai RM 2000, Piala Iringan, Sijil Penyertaan dan Buku Berjudul Mukmin Profesional. Naib Johan menerima wang tunai RM 1500, Sijil Penyertaan dan Buku Berjudul Mukmin Profesional. Tempat Ketiga pula menerima wang tunai RM 1000, Sijil Penyertaan dan Buku Berjudul Mukmin Profesional. Bagi saguhati pula, setiap peserta menerima wang tunai RM 300, Sijil Penyertaan dan Buku Bertajuk Himpunan Hadis Modal Insan.

Turut hadir menjayakan majlis ini YBhg. Toh Muda Orang Kaya-kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Dato' Ab. Wahab bin Dato' Seri Azizul Hassan, Orang Besar Jajahan Manjung, Panglima Sistem Armada, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan warga TLDM.

 

Majlis ini turut diserikan dengan persembahan dari Kumpulan Caliph TLDM.


Rujukan: 140712/01
Sumber: Perhubungan Awam Markas Armada

Artikel: Lt Kdr Wan Noraini binti Wan Abdullah TLDM
Jurufoto: BM PWP Mohd Nordin bin Kasim

Last modified on Monday, 16 July 2012 12:19
Rate this item
(0 votes)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version