
Turut hadir dalam pembentangan adalah Pegawai Memerintah KD PELANDOK Kepten Shanmuganathan a/l Kanagasabai TLDM, Pegawai Memerintah Pusat Kepimpinan TLDM Kepten Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin TLDM, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta warga KDP dan PK TLDM.

Prestasi keseluruhan kedua-dua unit meningkat berbanding audit tahun 2009. Audit Pengurusan Tahunan 2012 ini berlangsung dari 9 Julai 2012 dan hasil audit dibentangkan 13 Julai 2012. Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, YBhg Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman dalam ucapan pembentangan menyatakan bahawa segala laporan serta teguran semasa pembentangan audit perlu ditambahbaik supaya ia akan meningkatkan kualiti, prestasi dan kecemerlangan unit sebagai institusi yang melibatkan kejurulatihan dan kepimpinan.

Perbentangan diakhiri dengan jamuan ringan di Khatib Lounge KD PELADOK. Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM menerima tabik hormat Kawalan Suku sebelum beredar meningalkan KD PELANDOK.

Rujukan: 140712/07
Sumber: Perhubungan Awam MPL
Artikel dan Foto: LK TNL Mohd Shahidan Azizan