PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

KEJOHANAN GOLF 5 PENJURU

Kota Kinabalu 14 Jul – Pertandingan Golf 5 penjuru yang diadakan di Nexus Golf Resort Karambunai. Kejohanan Golf yang kali ke-3 diadakan telah dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melibatkan Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM),Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pertandingan telah bermula sekitar jam 1430h. Pertandingan ini telah disertai seramai 80 peserta terdiri dari warga TLDM,TDM,APMM, dan PDRM.

 

Pertandingan Kategori Kumpulan yang dipertandingkan telah dimenangi oleh : -


Kategori Kumpulan.

            (1)       Pertama: Polis Diraja Malaysia (PDRM)

            (2)       Kedua: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

            (3)       Ketiga: Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM)

            (4)       keempat : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

            (5)       kelima: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

 

Pasukan Golf Tentera Laut Diraja Malaysia telah diwakili oleh Panglima Wilayah Laut 2, YBhg Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Mohammad Rosland Omar dan Ketua Staf Markas Wilayah Laut 2 (KS) Kepten Yusri bin Hj Mohd Yunus TLDM serta 15 peserta lain betul-betul membuktikan keupayaan TLDM dalam pertandingan ini.

Pertandingan selesai sekitar jam 1820h dan telah diakhiri dengan jamuan makan malam. Tahniah dan syabas kepada para pemenang, semoga pertandingan pada kali ini dapat dijadikan sebagai tali ikatan dalam menjalinkan perhubungan yang erat lagi di antara badan-badan penguatkuasaan. 

Rujukan : 160712/03
Sumber: Perhubungan Awam Markas Wilayah Laut 2

Artikel: LK I PBK Ahmad Tarmizi Bin Zainol
Jurugambar: LK PAP Mohd Faiez Bin Jaafar

Rate this item
(0 votes)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version