PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

PANGLIMA TENTERA LAUT BERBUKA PUASA BERSAMA SULTAN SELANGOR

Klang, 5 Ogos – Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar telah menghadiri jemputan berbuka puasa dan sembahyang terawih bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj  di Masjid Istana Alam Shah, Bandar Diraja Klang.

Kira-kira 200 orang terdiri dari kerabat Diraja Selangor, pegawa-pegawai dan pesara kanan kerajaan, para media serta pelajar tahfiz Istana Alam Shah telah menghadiri majlis ini. Sempena majlis berbuka puasa ini juga, DYMM Sultan Selangor telah memberi sumbangan berupa wang tunai kepada pelajar tahfiz Istana Alam Shah.  Di samping itu juga,  pihak Ariani Textiles & Manufacturing (M) telah menyerahkan cek zakat sebanyak RM 328,298.63 kepada baginda. 
Hadir sama adalah Panglima Angkatan Tentera YBhg Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Polis Negara YBhg Tan Sri Ismail Omar serta Mantan Panglima Tentera Laut iaitu YBhg Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Anwar bin Hj Mohd Nor (Bersara) dan YBhg Laksamana Tan Sri ilyas bin Hj Din (Bersara).


Rujukan: 060812/01
Sumber: Perhubungan Awam Markas Tentera Laut
Artikel & Jurufoto: BM PNK Md Nasir

 

 

Last modified on Monday, 03 September 2012 12:37
Rate this item
(1 Vote)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version