PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

MAJLIS BERBUKA PUASA WISMA SAMUDERA

Lumut, 8 Ogos – Bulan ramadhan merupakan bulan yang agung, penuh kemuliaan dan juga bulan yang selalu dijadikan momentum dan cas-cas ion positif untuk meningkatkan kebaikan, ketakwaan serta menjadi lautan amal ibadah bagi orang-orang yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sebahagian para ulama kita membahagi fasa bulan Ramadhan kepada 3 fasa iaitu fasa rahmat (10 hari pertama) , fasa maghfiroh (10 hari kedua) seterusnya fasa pembebasan dari api neraka. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Salman al- farisi, “Adalah bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka.”

   
Bertempat di Wisma Samudera, Pangkalan TLDM Lumut telah berlangsungnya majlis berbuka puasa pegawai TLDM. Majlis ini dihadiri oleh lebih kurang 200 orang pegawai TLDM di pangkalan dan kapal serta yang lebih istimewa, ialah kehadiran Panglima Armada YBhg Laksamana Madya Dato’ Abd Hadi Bin A.Rashid. Antara pegawai kanan yang lain turut hadir ialah Panglima Sistem Armada Laksamana Muda Dato’ Hj. Khairuddin Bin Khalid, Panglima Bantuan, Laksamana Pertama Abdul Aziz bin Mohd Sani.

Majlis dimulakan dengan sedikit tazkirah sebagai santapan rohani yang disampaikan oleh Mej Shahrim Bin Abd Hamid sementara menunggu waktu berbuka. Setelah selesai berbuka puasa, majlis di teruskan dengan solat isyak dan solat tarawikh berjemaah dan kemudian berakhir dengan hidangan jamuan moreh.  Majlis berbuka puasa berjemaah ini telah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan ukhuwah islamiah di kalangan pegawai-pegawai TLDM.
 

Rujukan : 080812/02
Sumber : Perhubungan Awam Markas Armada
Artikel Dan Gambar : LK I TNL Mohd Radhi bin Awang
Last modified on Monday, 03 September 2012 13:49
Rate this item
(0 votes)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version