![]() |
![]() |
Sebelum menyampaikan amanatnya, PM KDP, Kepten K.Shanmuganathan TLDM terlebih dahulu memulakan ucapan beliau dengan menyampaikan amanat dan ucapan Hari Raya daripada Yang Berbahagia Panglima Tentera Laut kepada semua warga KD PELANDOK. Seramai 2170 orang warga KDP yang terdiri daripada pegawai, jurulatih, staf, staf awam dan pelatih telah hadir semasa sesi perjumpaan ini.
![]() |
|
Tujuan utama perjumpaan adalah untuk memberi nasihat, peringatan, kesedaran dan panduan sebelum semua warga KDP pulang ke kampung untuk bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi. Antara intipati ucapan beliau adalah memeriksa kenderaan secara menyeluruh, memastikan rumah termasuk peralatan elektrik dalam keadaan selamat, merancang perjalanan, mematuhi peraturan jalanraya, mengawal perbelanjaan dengan belanja secara berhemah, mengamalkan pemakanan secara sihat serta menjauhi perkara-perkara yang memudaratkan diri sendiri, keluarga dan perkhidmatan. Disamping itu, Kepten K.Shanmuganathan TLDM juga memaklumkan bahawa sambutan Hari Raya Pertama akan diadakan di Auditorium KD PELANDOK khusus untuk warga KDP yang bertugas pada hari tersebut. Mereka digalakkan membawa keluarga serta anak-anak. Warga KDP yang tidak pulang berhari raya juga digalakkan hadir untuk memeriahkan lagi suasana. 
Rujukan : 090812/07
Artikel : Perhubungan Awam KDP
Jurufoto : BM JTP Maliq Faisal Ismail



