PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT FORMASI MARKAS BANTUAN

Lumut, 9 Ogos 12 – Markas Bantuan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Tabung Zakat ATM kepada saudara baru TLDM di Masjid An-Nur Pangkalan TLDM Lumut sempena bulan menyambut Bulan Ramadhan 1433H.


Majlis ini dihadiri oleh warga Markas Bantuan dan unit bawah naungan iaitu PROTELA Lumut, Depot Bantuan TLDM, Depot Senggara Kenderaan, 96 HATL dan Wisma Samudera. Turut memeriahkan majlis ini ialah YBhg Panglima Bantuan iaitu P/Laksma Abdul Aziz bin Md Sani. Majlis ini dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pegawai Kanan KD MALAYA iaitu Mejar Md Syamrim bin Abd Hamid  sehingga masuk waktunya berbuka puasa. Seterusnya majlis diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah, menikmati juadah makan malam, Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih.

Majlis ini diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan kepada saudara baru TLDM dengan seramai 12 anggota penerima yang merangkumi 2x pegawai dan 10x anggota LLP. Diharapkan melalui Sumbangan ini dapat memberi semangat serta kekuatankeimanan yang tinggi dalam diri untuk menjadi muslimin dan muslimah yang sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. Majlis berbuka puasa ini diakhiri dengan moreh.

Rujukan : 090812/08
Sumber: Perhubungan Awam Markas Bantuan.

Artikel: Lt Fazlan Fahme bin Puzi TLDM (PRO MB).
Jurufoto: BM TMK Azhar (MB).

Last modified on Monday, 03 September 2012 16:33
Rate this item
(0 votes)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version