![]() |
Lawatan satu hari tersebut telah dimulakan dengan menandatangani buku pelawat dan seterusnya melaksanakan kunjungan hormat ke atas Pegawai Memerintah KD SULTAN IDRIS I, Kept Suhaimi bin Sani TLDM. Semasa kunjungan hormat tersebut terdapat beberapa isu dan topik yang dibincangkan terutamanya mengenai pengurusan latihan serta pertukaran pendapat dan pandangan oleh kedua-dua belah pihak Selesai kunjungan hormat, Delegasi TNI-AL telah diberikan taklimat pengenalan mengenai KD SULTAN IDRIS I dan fungsinya sebagai sebuah pusat latihan pegawai yang berprestij dan terunggul. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Jurulatih KD SULTAN IDRIS I iaitu Kdr Erman Shahril bin Adlan TLDM. Pada sesi soal jawab, delegasi lawatan menyatakan rasa kagum dengan keupayaan KD SULTAN IDRIS I khasnya dalam melahirkan pemimpin TLDM di masa hadapan.
![]() |
Setelah selesai taklimat, Delegasi TNI-AL telah dibawa melawat dan melihat kemudahan latihan di KD SULTAN IDRIS I. Antara tempat-tempat yang dilawati adalah Makmal Bahasa, Makmal Rules of the Road(ROR) serta berpeluang melihat pelaksanaan Kursus Pemerintahan dan Turus (Modul Laut) yang sedang berlangsung Sejurus selesai lawatan, Delegasi TNI-AL seterusnya mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Armada Yang Berbahagia Laksamana Madya Dato’ Abd Hadi bin A. Rashid.

Program diakhiri dengan jamuan makan malam bersama Pegawai Memerintah KD SULTAN IDRIS I dan Pegawai Memerintah KD PELANDOK di Best Western, Marina Island. Program secara keseluruhannya telah dilaksanakan dengan jayanya dan banyak perkongsian idea yang dibincangkan di antara KD SULTAN IDRIS I dengan TNI-AL dalam mengeratkan kerjasama dalam bidang latihan kedua-dua tentera laut.
Rujukan : 120912/01
Sumber: Perhubungan Awam KD SULTAN IDRIS 1
Jurufoto : PW I TNL M.Nor bin Moamed
Penulis Artikel : LT Mohd Nazar bin Bahril TLDM

