Kuala Lumpur, 14 Sep - Kursus Teknik Kamera DSLR dan Adobe Photoshop yang telah berlangsung di Syarikat Maxvec Sdn Bhd, Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur mulai 10 hingga 14 Sep 12 telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan apabila keseluruhan pesertanya memberikan maklum balas positif akan keberkesanan kursus tersebut.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai teknik penggunaan mengenai teknik penggunaan kamera DSLR serta penggunaan Adobe Photoshop kepada anggota TLDM yang bertugas di Markas Formasi dan unit-unit TLDM. Kursus yang dilaksanakan secara teori dan praktikal ini bertujuan memberi pengetahuan kepada peserta tentang teknik dan konsep gambar yang efektif selain latihan bagi mereka dalam menyediakan gambar yang berkualiti, kreatif dan menarik. Kursus anjuran Sel Perhubungan Awam Markas Tentera Laut ini melibatkan seramai 20 orang pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat dari unit sekitar Lembah Klang dan Pangkalan TLDM Lumut.
Kursus dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pengajar dari Syarikat Future Makers Sdn Bhd. Dengan cara penyampaian kursus yang menarik, para peserta yang pada awalnya tiada pengetahuan asas tentang kamera telah menunjukkan perubahan yang ketara. Dalam masa singkat, mereka telah berjaya menunjukkan kreativiti masing-masing dalam teknik penggunaan kamera DSLR.
Rujukan : 150912/02
Sumber : Perhubungan Awam Markas Tentera Laut
Artikel : BM PNK Md Nasir Bin Mohamed
Last modified on Saturday, 15 September 2012 17:37