PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

LATIHAN MENEMBAK SENJATA KECIL MARKAS ANGKATAN KAPAL SELAM

Kota Kinabalu, 20 Sep - Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) telah jayanya melaksanakan latihan penembakan senjata kecil di  Kem Paradise Unit Lapang Sasar Kota Belud pada 18 hingga 20 Sep 12.

 

 

Objektif latihan menembak senjata kecil kali ini  adalah untuk memberi pendedahan kepada warga mengenai tatacara dan pengendalian senjata kecil, menilai kemampuan, kemahiran dan teknik pengendalian senjata kecil, mencungkil bakat baru penembak bagi membentuk pasukan menembak Markas dan mencapai sasaran aktiviti tahunan Markas.

Latihan penembakan ini dipecahkan kepada 3 kumpulan utama masing-masing terdiri daripada pegawai, bintara dan laskar kanan ke bawah yang diketuai oleh Pegawai Kanan MAKS. Manakala sesi penembakan pula dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu penembakan senjata Armee Universal  Gewehr (AUG) Styer, penembakan rifel Colt M4 dan penembakan General Purpose Machine Gun (GPMG) SS70. Bagi mencapai objektif latihan, jarak penembakan pada kali ini dibuat pada 200 meter bagi penembakan AUG Styer dan Colt M4 dan 300 meter bagi penembakan GPMG. Sebanyak 9,960 butir peluru bagi jenis 5.56mm ball dan 800 butir peluru jenis 7.62mm mixed belt dari Elaun Latihan Tahunan digunakan bagi tujuan latihan tersebut.

Latihan dimulakan dengan taklimat keselamatan oleh Pegawai Tapak Tembak (PTT) iaitu P/PWI PKL(GI) Teruna bin Hassan dengan dibantu oleh PWII PAP(PKL) Khairul Azman bin Abd Khalid dalam memastikan segala aspek kecuaian dan kelalaian pengendalian senjata kecil yang boleh mengakibatkan insiden yang tidak diingini berlaku. Latihan setiap hari bermula jam 0800H dan selesai jam 1630H. Latihan ini dilaksanakan dengan  menggunakan sasaran Figure 11/59 dan sasaran Falling Plate dan selesai pada jam 1530H. Warga juga didedahkan dengan tatacara menyelenggara senjata kecil serta mengenali bahagian-bahagiannya. 


Rujukan: 210912/01
Artikel : LT  KDR  MOHD  KHAIRUNIE BIN MOHAMED TLDM
Jurugambar : BM JTP MOHD NIZAM BIN YUSOF


Last modified on Friday, 21 September 2012 13:01
Rate this item
(2 votes)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version