Kuala Lumpur, 23 Mei - YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar, Panglima Tentera Laut dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) yang baru pada pagi ini dalam acara serah menyerah dan terima tugas bagi menggantikan YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Rodzali bin Daud TUDM, Panglima Tentera Udara bertempat di Bilik Teratai, Tingkat 5, Kementerian Pertahanan.