Oct 24

Pengiktirafan Siijl Kemahiran Malaysia

Written by  0 comment

PENGIKTIRAFAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

1

1. Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) merupakan persijilan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia. JPK merupakan salah satu badan akreditasi pembelajaran selain dari Agensi Kelayakan Malaysia di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Ketika ini, SPKM menawarkan 5 tahap persijilan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan 3, Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (Tahap 5). Dalam mendapatkan SPKM ini, terdapat 3 kaedah yang boleh digunakan iaitu:

a. Pusat Bertauliah (PB).

b. Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

c. Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

2



2. PPT atau Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) didefinisikan sebagai satu kaedah penilaian terhadap pekerja mahir untuk mendapatkan pengiktirafan bagi keterampilan semasa dalam bidang kemahiran tertentu berdasarkan pencapaian terdahulu berpandukan kepada National Occupational Skills Standard (NOSS).

3. Ketika ini program Persijilan Kemahiran Malaysia bagi kaedah PPT/RPEL sedang dilaksanakan oleh TLDM bagi anggota yang masih berkhidmat dengan kerjasama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).

4. PERHEBAT telah memeterai Memorandum Persefahaman dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) pada 2 Feb 17 disaksikan oleh Menteri Pertahanan dan Menteri Sumber Manusia bagi perlaksanaan program RPEL. PERHEBAT dilantik oleh JPK sebagai wakil tunggal bagi pelaksanaan RPEL ke atas warga ATM dan ia dilaksanakan secara percuma dengan tajaan oleh PSMB.

5. Keutamaan perlaksanaan RPEL bersama PERHEBAT ini fokus kepada anggota lain-lain pangkat yang bakal menamatkan perkhidmatan di antara 3 hingga 5 tahun di bawah kategori B40. SPKM yang dibuka hanya bagi persijilan Tahap 4 iaitu Diploma Kemahiran Malaysia.

3


6. Walau bagaimanapun, bagi bekas warga TLDM yang telah bersara, program yang sama boleh dilaksanakan secara terus kepada PERHEBAT.
PERHEBAT turut menawarkan peluang yang sama kepada pesara TLDM melalui program ini berdasarkan kepada permohonan bidang yang diingini pesara. Program ini akan mengiktiraf pesara melalui pengalaman kerja yang terdahulu berdasarkan beberapa proses:
a. Pembangunan portfolio (pembuktian pengalaman terdahulu).
b. Pembangunan projek dan pembentangan.
c. Temuduga.


7. Sekiranya pesara boleh melaksanakan ketiga-tiga proses di atas, pesara bakal dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang yang dimohon di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran.


8. Maklumat lanjut berhubung program ini boleh didapatkan daripada:

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Kurikulum
PERHEBAT

Rate this item
(0 votes)
Read 2028 times Last modified on Wednesday, 01 November 2017 02:00

Latest from fitrehashim

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 376

Semalam 412

Bulan ini 6433

Keseluruhan 335918

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM