Sep 05

TAKLIMAT TN50D BUAT WARGA PANGKALAN LUMUT

LUMUT – 13 Jul. Bertempat di Dewan Bestari, KDP telah berlangsung taklimat TN50D sebagai inisiatif mendapatkan aspirasi warga dalam mendokong Program Transformasi Nasional 2050 negara.

1
Sepanjang sesi taklimat berlangsung

2
Taklimat disampaikan oleh Kdr Ahmad Rashidi bin Othman TLDM

Program yang dilaksanakan melibatkan sesi pagi dan petang, melibatkan 175 pegawai serta 250 anggota Lain-Lain Pangkat. Taklimat yang disampaikan oleh Kdr Ahmad Rashidi bin Othman TLDM di bawah seliaan Bahagian Prestasi, Markas Pemerintahan Armada Barat.

3
Sesi pagi melibatkan kehadiran para pegawai

4
Sesi pagi melibatkan kehadiran anggota lain-lain Pangkat

Program yang diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada warga berkenaan 5 Nilai Teras TN50D yang telah digariskan oleh Kementerian Pertahanan. Secara tidak langsung penerangan berkaitan aspirasi yang merupakan matlamat utama dicungkil dalam kalangan warga menjadi pokok utama program diadakan. Jelas terlihat keterujaan warga dalam menyenaraikan setiap aspirasi TN50D dalam menentukan hala tuju berupaya dicapai. Adalah diharapkan program seumpama ini berupaya memberi pendedahan dan diteruskan buat warga Navy People seiring usaha memastikan TN50D mencapai hala tuju yang ditetapkan.

Rujukan:050917/01
Sumber : Markas Pemerintahan Armada Barat
Artikel : Markas Pemerintahan Armada Barat
Jurufoto : Markas Pemerintahan Armada Barat

Last modified on Tuesday, 05 September 2017 04:10

MEDIA SOSIAL

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI MARITIM 2018

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 227

Semalam 335

Bulan ini 6495

Keseluruhan 321152

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM