Sep 25

KARNIVAL KEJOHANAN SUKAN ANTARA PERKHIDMATAN ATM 2017 PANGKALAN LUMUT

Lumut, 25 Sep 17 – Majlis Karnival Kejohanan Antara Perkhidmatan ATM 2017 di Pangkalan TLDM Lumut telah bermula. Sebanyak 4 acara sukan telah dipertandingkan iaitu Bola Tampar, Memanah, Basikal dan Ping pong. Pertandingan kejohanan seperti ini adalah landasan terbaik ATM dalam melahirkan atlet yang berdaya saing dan mempunyai motivasi yang tinggi. Ini sekaligus menyokong teras kesiagaan Kementerian Pertahanan khususnya dalam melahirkan modal insan yang bertaraf dunia. Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2017 telah membuka tirainya di  Pangkalan TLDM Lumut pada 25 Sep 17.

1

2
Memanah
3

4
Bola Tampar
5

6
Ping Pong

Kompleks Sukan KD MALAYA bersama ke empat-empat Persatuan Sukan telah berusaha menjayakan Karnival Kejohanan kali ini. Kesungguhan dan kegigihan Markas Pangkalan Lumut dan Persatuan-Persatuan Sukan TLDM dalam melaksanakan persiapan yang terbaik sepanjang kejohanan berlangsung membuktikan sokongan padu terhadap karnival sukan Antara Perkhidmatan ATM. Selain itu Karnival Sukan pada kali ini turut menerapkan nilai-nilai perjimatan yang tinggi selaras dengan situasi semasa. Setakat ini ,TLDM telah pun menjadi juara selama 9 tahun berturut-turut. Krelibiliti dan kesiagaan mental serta fizikal atlet TLDM melambangkan potensi serta usaha yang berterusan dalam melahirkan pejuang Bangsa dan Negara.
    
Rujukan: 250917/03
Sumber: Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut
Artikel: Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut
Jurufoto: Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut

Last modified on Monday, 25 September 2017 07:04

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 376

Semalam 412

Bulan ini 6433

Keseluruhan 335918

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM